19-20 hb. 4. 2008- Detik bersejarah dalam hidup. AKU BERJAYA MENAWAN PUNCAK GUNUNG IRAU. satu kenangan yang cukup sukar dilupakan. Aku bersama kelab Putra seramai 25 orang berangkat dari seroja, Uitm ke Cameron Highland dan tiba di tanah rata pada petangnya. lebih kurang jam 3 petang, Khemah telah siap dibina awal2 oleh kumpulan pertama yang menaiki van ke puncak gunung berinchang dan kami berjalan kaki dari tanah rata ke atas. Fuh bagai nak tercabut buku lali... dengan sejuk serta penatnya, aku daki juga sehinggalah ke puncak. Tiba di sana, khemah sudah siap didirikan, kemudian unggun api dinyalakan walaupun kayu memang terang-terang basah. namun dinyalakan juga berkat kehebatan kami.. hehehe... malam tu kami makan ayam masak merah dan daging masak kurma... fuhh.. cukup berselera... dan malamnya kami ke puncak berinchang beramai2.. balik setengah jam kemudian. Masuk tidur jam 11... tu pun aku tak boleh nak tido... SEJUKKKK!!!... dalam khemah pun sejuk.. sleeping bag aku tu rasanya dah tak panas lagi dah.. sejuk macam dalam peti ais. aku tidur2 ayam je lah malam tu.. jam 5.40 aku bangun dan berwuduk... macam berwuduk dalam peti ais je.. sejuk amat! kami menunaikan solat subuh berjemaah macam solat Maghrib semalam. Selepas sarapan kami buat regangan tubuh sebelum mendaki puncak gunung Irau kecil dan Irau besar. Mak datuk! bagai tercabut kaki dan lutut masa nak pegi je.. balik tu laagilah sakit.. sampai kat atas .. makan meggi je... dan lepak kejap.. amik gambar dan balik sepanjang jalan tu amik gambar juga.. sampailah di tapak perkhemahan kembali. dan aku bersama beberapa org berjalan kaki turun ke tanah rata. mujurlah Van ada dan mengangkut kami ke pekan berinchang... selepas menunaikan solat Zohor dan Asar sekali gus... kami menjamu selera di kedai Tom Yam Ikan bakar tepi Masjid Kayangan... jam 6 kami kuar dari pekan tu dan jam 11 malam sampai di Seroja Uitm... alhamdulillah... lega .. tetapi badan sakit2 ...hihiiihi.. minggu depan nak pi Langkawi lak...
Balik dari Irau tu(Hari rabu) JJ memang bagi diskaun RM 4 bagi tiket wayang hari itu. So harganya RM 6 shj laa... Aku bergegas ke TGV JJ. nak tgk cite Forbidden Kingdom- lakonan Jet Li Dan Jackie Chan. Ceritanya biasa sahaja. lagenda Wukong. Cuma yang buat filem ni menarik ialah gandingan mantap dua bintang besar Jet Li Dan Jackie Chan. (Alangkah bestnyer kalau diorang bertiga dengan Tony Jaa-pelakon Ong Bak tu...) Anyway cite ni banyak menggunakan teknik CGI yang terbest sekali. dan babak pertarungan Jet Li dan JC adalah babak yang paling dinanti-nantikan oelh semua peminatnya... aku cukup teruja dengan teknik mereka masing2... memang best apalgi bila JL memainkan watak Wukong. laaagi gempak..! jalan cerita nya memang berbeza sikit dari lagenda asal dan buku-buku komik yang aku baca. best laa.. 3 bintang dari 5 bintang aku bagi filem ni.. kiranya aku kuar panggung pun senyum puasss... JL dan JC berentap di pewagam! satu babak yang sukar dilupakan orang!