Ahad, 13 Januari 2008

penjenayah ?

Alhamdulillah... lega sikit... kes Nurin tu dah ada perkembangan yang positif... Penjenayah itu telah ditangkap semalam... elokla... penjenayah tidak akan lepas dari hukuman dunia... kalau terlepas .. laagilah kesian kat penjenayah tu... masuk NERAKA !!!... sangggup ke dia?? tentulah tak sanggup ingat NERAKA tu macam rumah ker apa? Sebab tu lah diwujudkan undang2 dunia... agar manusia yang buat dosa tu boleh diringankan hukumannya di akhirat kelak... kalau terlepas dari hukuman dunia... cuba banyangkan apa yang bakal berlaku ke atas penjenayah tu kat Akhirat ??? Hukuman yang kekal abadi... Nak ker ??????? Rogol dan bunuh?Mudah je hukumannya kat orang2 macam ni...Macam biasalah... sebat 100 kali bagi perogol bujang dan rejam bagi perogol yang dah berkahwin dan di buat di depan orang ramai dengan liputan media seluruh dunia.... lepas tu tentang bunuh pula...terpulanglah pada keluarga mangsa sama ada hukuman bunuh atau ganti rugi sahaja....
Penjenayah juga manusia...kita mesti selamatkan mereka dari NERAKA Allah SWT, dengan menghukum yang berdosa di dunia lagi... kita jgn ikut emosi apabila menghukum... ikutlah perundangan agama yang disediakan... kalau lah hukum HUDUD dikuatkuasakan di Malaysia.. Nescaya tidak akan ada kes-kes jenayah macam ni dalam Malaysia ni... Ini tak... ramai yang menentang hukum Tuhan...
BERIKUT IALAH HUKUMAN2 YANG TERMAKTUB DALAM A-QUR'AN
“Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” (2:229)."Dalam qisas ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang yang mempunyai minda, supaya kamu bertakwa” (2:179).
HUKUMAN BAGI JENAYAH MENCURI :
“Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana” (5:38).
HUKUMAN BAGI JENAYAH ZINA :
“Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan,” (24:2).
HUKUMAN JENAYAH BUNUH :
“Wahai orang-orang yang percaya, ditetapkan bagi kamu ialah pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh ….. tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Tuhan kamu, dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih” (2:178).
HUKUMAN BAGI KESALAHAN LIWAT ATAU SEKS SEJENIS :

1. “Dan perempuan-perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan” (4:15).
2. “Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan-SEKS SEJENIS), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya; Sesungguhnya Allah adalah Yang Menerima Taubat, Pengasih” (4:16).
HUKUMAN BAGI PEMINUM ARAK :
Oleh kerana hukuman bagi peminum arak tidak dijelaskan di dalam al-Quran, maka rasul tidak menjatuhkan sebarang hukuman mengenainya. Sebaliknya pula dia menyampaikan ayat-ayat Tuhan yang menyatakan amalan itu adalah dosa besar (2:219), kotor, amalan syaitan dan minta dijauhkan (5:90), di samping menyebabkan permusuhan dan kebencian antara manusia, dan minta berhenti daripada meminumnya (5:91). Dengan nasihat ini orang yang takut kepada Tuhan tentu berhenti daripada minum arak.
HUKUMAN ORANG MURTAD :
“Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui” (5:54).

HUKUM QISHASH Hukuman Qishash adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah hukumannya di dalam Al-Quran dan hadits yang WAJIB dikenakan ke atas penjenayah yang sabit kesalahannya. Hukuman Qishash adalah hukuman balas ke atas kesalahan tertentu, iaitu membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan luka, mencederakan dibalas dengan mencederakan ke atas yang melakukan kesalahan sebagaimana yang dilakukannya sahaja. Kesalahan-kesalahan yang WAJIB dikenakan hukuman qishash adalah seperti berikut:: 1) Membunuh orang lain dengan sengaja. 2) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja. 3) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja adalah WAJIB dikenakan hukuman qishash ke atasnya (iaitu ke atas yang melakukan pembunuhan,) iaitu dengan dibalas bunuh. Dalilnya adalah ayat ke 128, Surah Al-Baqarah. Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang yang lain, atau melukakannya, adalah WAJIB dibalas dengan hukuman qishash mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu, dan juga mengikut jenis anggota yang dicederakan atau dilukakan tadi. Dalilnya adalah ayat ke-45, Surah Al-Maidah.

so... senidiri mau ingat laahh...



Hari ni demam sikit.. demam selsema... lepas minum madu asli campur bawang putih... lega sikit laa.. klau tak berair je hidung ni...

lepas ni ingat nak gi klinik.... minta ubat doktor sikit..

AKU DITEKAN !

Malam tadi berlaku satu insiden yang biasanya aku alami ketika tidak berwuduk untuk tidur di malam hari. Aku ditekan! Ditekan oleh satu tenaga yang maha dashyat! Aku tidak pasti Syaitan jenis apa yang biasa buat kerja ni... Pernah berlaku pada korang tak ??? tentu pernah kan?! Beginilah ceritanya... Malam tadi aku memang tidur tak sempat nak berwuduk... Biasanya aku memang berwuduk sebelum tidur kerana ia amalan rutin yang diwarisi dari 'datuk' aku. Namun, entah bagaimana aku terbangun pada jam 1 pagi dan terkucil. Aku bangun dan ke tandas untuk buang apa-apa yang patutlah... tetapi lepas tu, malangnya sebab mengantuk sangat, aku tidak ambil wuduk... tetapi terus baring atas tilam busuk aku tu... lepas tu aku terlelap... dah tak sedar dah masa tu... Lepas tu, tiba-tiba aku merasakan melihat seseorang di hujung bilik aku yang memang sengaja aku gelapkan. Aku mengesan satu lembaga yang besar dan tingginya sampai ke siling rumah. Mata merah dan menggerunkan. Masa tu, aku memang agak dah aku akan kena tekan. Tetapi, aku tidak mampu nak bersuara atau bergerak. Aku bagaikan terbuai-buai dalam ruang kosong yang sangat dalam. Lepas tu seluruh tubuh terasa kejang dan bagai disentak-sentak.
Masa itulah aku teringat 'Allah'... dengan zikir yang jauh dalam hati aku menyebut 'Allhuakbar' berkali-kali sehingga aku merasa kembali ringan dan lega... aku melihat lembaga tadi bergegas hilang dari pandangan ku. Saat itu aku semakin kuat dan pelahan-lahan suaraku semakin kuat dan bergema agak kuat di malam yang hening dan sepi itu.
Aku bangun dan ambil wuduk lalu solat 2 rakaat. Kemudian seperti biasa aku baca ' Amalan sebelum tidur' yang juga susunan aku sendiri yang terdiri daripada ayat2 khusus yang selalu aku amalkan sebelum tidur.
Alhamdulillah...
gangguan kena 'tekan' tu tidak berulang lagi...
MORAL CERITA INI : Ingat! jangan terlalai... sesungguhnya Syaitan akan ambil kesempatan dari kelalaian kita itu. Syaitan itu musuh kamu yang nyata... maka jangan lah kamu berkawan dengan mereka.! Musuhi la mereka sperti mana mereka memusuhi moyang kamu iaitu Adam dan Hawa...