Sabtu, 12 Januari 2008

ahad.. keje wooo

Petang, 2pm...
sakit buntut aa duduk lama2 kat kerusi ni... rasa perit dan panas je... Sebelum ni sakit gak buntut ni... masa tu aku baru saja menyiapkan Novel SAM C1G1. Memang kena duduk lama2 lah... sebab nak siapkan ikut dateline bulan 10... masa tu juga aku memang akan balik kampung... so kena siapkan cepat. Tak sangka lantaran itu buntut sakit memanjang je... Sekarang ni nak duduk pun sakit pinggang... tambah lagi kalau aku balik umah... kompom tambah sakit pinggang sebab duduk berjam2 ngadap PS2.... biasalah favorite aku Dragon Ball Tenkaichi... Jet Li, Crime in L.A, Wrestling dan Resident Evil 4 memerlukan masa yang lama untuk dimainkan... memang panasssss buntut lepas tu... Tadi baru je makan tengahhari... Makan baki nasi lemak pagi tadi. Aku beli dua bungkus... satu untuk sarapan satu lagi untuk makan tgh hari... malas nak kuar waktu lunch! tu yang beli dua tu... Lagipun nak jimat minyak motor... minyak makin mahal sekarang woooo.... kalau aku tak jimat... sapa lagi nak jimat untuk aku?! ye tak?!
Lagipun sekarang ni Tambang bas pun naik... Tol Naik... macam-macam aa yang naik sekarang... Gaji naik bepa je... fuh!!! Mencabar betul hidup ni yek?! Macam rasa nak balik kampung je... Tanam jagung ke, tanam betik ke, tanam cili ke... apa2 lah yang nak ditanam... yang penting boleh hidup! Agi idup agi ngelaban!!! ( See..nampak tak? walaupun aku bukan orang sarawak, tetapi aku boleh je cakap bahasa diorang... terrrerrr tak aku ???!! )
Hari ni aku baca artikel tentang bawang putih... lepas baca je artikel tu.. aku rasa beruntung sangat sebab aku adalah penggemar bawang putih yang tegar.... disebabkan itu jugalah... aku sentiasa sihat (Alhamdulillah) sekurang-kurangnya aku makan 2 ulas bawang putih setiap hari untuk mengekalkan kesihatan luar dalam aku ini...
Hmm.. saat ini aku menaip dan siapkan blog aku yang kononnya best sangat ni sambil layan lagu2 rock melayu hangat yang lama2... Best juga layan lagu ni.... Pelajar pun bukan ramai ahad ni... pagi tadi ada juga dalam 10 orang ... petang2 ni kuranglah... yang ada pun 5 orang je... tu pun pompuan lebih ramai dari lelaki... mana lah perginya lelaki kat universiti ini????

keje

Hari ini hari ahad. OT lagi... Keje macam aku ni... memang kena paksa laa... Walaubagaimanapun, aku tetap bekerja kerana Allah semata-mata. Pagi ahad ini patutnya aku tengah tengok tv, layan cite kartun laa... Tapi akhirnya ? Aku di sini di meja sudut IT ini... Hari ini malas betul nak menulis... Novel genre fantasi aku dah dua hari tertangguh... idea lari agaknya... tu yang mindblock je ni... hihihi... harap2 siaplah nanti novel aku ni... (Gigi dan gusi tengah meragam ni... warrgghhh!!!! ) SAM C1G1 masih stuck kat PTS... wargghh!!
Semalam hari sabtu... aku pi JJ kat Klang, Saja jalan2, borink duk kat umah... so aku amiklah masa ke sana.. lagi pun aku cadang nak tengok wayang. Ada satu cerita yang baru kuar... cerita 'In the name of The King'- lakonan Jason Statham yang aku respek gile lakonan dia... dia berlakon cerita Transporter 1 & 2 memang dah gempak.. lepas tu dia join Jet Li pula dalam cerita Rogue Assassin. Memang lagilah gempak.... Cerita dia memang oklaahh... cuma sahaja cara dia berlawan dalam cerita epik fantasi tu agak keterlaluan... Skil berlawan orang2 moden tetapi zaman dulu2.. oklah gak....
Lepas tu aku gi MPH... cari buku yang boleh bagi sya idea untuk novel aku yang terbaru ni... jenis fantasi juga... tetapi aku tak jumpa laa.. aku jumpa pula buku katun tajuk 'Mat Som'. Agak kelakar dan best ceritanya.... aku baca sampai habis.... aku ingat cina kat kedai tu jeling-jeling aku je.. aku tak peduli... aku terus baca sampai habisss... (Mende ni aku biasa buat kat kedai mamak- Ali Shoping di s. 17- baca buku komik Wira Tunggal dan Raja Rimba serta Pedang Setiawan)
jam 6 petang tu aku balik umah... dan solat asar... lepas tu aku kuar balik nak cari makan malam pula... so... aku pi s. 24, makan kat sana(Kat sini menu dia sedap2 belaka) dan solat kat surau berdekatan dengan gerai 24. Lepas tu aku gi kedai cd/DVD.. nak beli DVD cerita movies... 3 in 1... banyak aa cerita cetak rompak dia... (ni kalau kena ambush elok ni...) Tapi aku taklah lapor kat mana2 pihak... sebab aku pun memang beli kat sana...
hiihiiiiiihihi...