Isnin, 30 Jun 2008
MIMPI?
Ahad, 29 Jun 2008
it's a long road
Khamis, 26 Jun 2008
TODAY?
Permainan hidup
KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang
haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa
dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
dari masa ke semasa.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya
Guru kepada anak muridnya.
"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan
selainnya.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid,
begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,
sehingga kita tidak sedar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya
murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."
RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..
TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN
HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA
AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!
UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN
KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA
DIRI!!
JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA
BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI
KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.
YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN. .. Sebagai umat Islam yang
bertanggungjawab, tolonglah forwardkan e-mel ini kepada sahabat2 Islam
kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan telada dan yang buruk
dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR
Rabu, 25 Jun 2008
DEMAM
Isnin, 23 Jun 2008
KURSUS KENEGARAAN PENANG
so... perjalanan yang membosankan pun bermula dengan jayanya. hehehe... sampai di jambatan Pulau Pinang. aku rasa seronok bangat hehehe.. sebab inilah kali pertama aku jejak kaki ke pulau ini... Pulau Mutiara yang menjadi rebutan sultan dan Francis Light, si tamak yang kurang ajar. Pulau ini kini dibawah kuasa pembangkang. Orang cina lah yang berkuasa kat sini... hiihi.. kami sampai di kem pada jam 4 petang lebih kurang laa.... dan pendaftaran pun bermula... lepas tu kumpul kat dewan... dan akhirnya diberi taklimat sebelum ke dorm masing2... aku dapat Tanjung Dawai A. bersama aku adalah Haikal member induksi aku. aku tidur kat atas katil besi dia pula kat bawah. Boleh tahan tempatnya... betul-betul kat tepi laut...http://maps.google.com/?ie=UTF8&ll=5.296028,100.185163&spn=0.014743,0.018711&t=h&z=16 klik kat sini ./. anda boleh tgk kem tu dengan jelas... hihihi... makan enam kali sehari... dan part paling memboringkan ialah part ceramah... hihihih.. aku bantai tidur kat belakang. ngantuk wooo... bila sampai kertas kerja 'Rakyat' je ... sempat lelap laaa juga... anyway kursus ini adalah untuk menyemai semangat cintakan negara dan paling penting kami diajar sejarah negara .. aku rasa macam baca balik buku teks sejarah tingkatan 3 dulu... hihiihii.. seronok tgk slaid and filem yang tak pernah aku tgk selama ini... walaupun hitam putih tetapi ada nilai sejarah yang sgt mahal di setiap tayangan di dewan. banyak aktiviti yang kami lalui. antaranya Abseiling... ntah apa2 ntah.. aku yang first time nak turun pakai tali menggelabah woooo.... aku kan main takut ... aku gayat sebenarnya.. tapi sebab aku macam nampak senang je .. aku try la juga... hahahaha... macam spiderman je aku rasa... takut nak lepas tali.. aku turun pelahan-lahan. gile ! punya aktiviti... hahahah... lepas tu aku gelabah la sampai masa makan. nampak je nasi...hilang gelabah aku.. hahaha... takut campur lapar gile!.. esoknya aku dan tema lain( 1-6) buat lak senam aerobik... masa ni seronok gile... macam2 gaya peserta yang timbul.... ada bakat gak diorang ni buat senaman mememnatkan badan ni yaa... hehehe aku paling suke senaman cam ni sebenarnya.. tambah2 lagi bila kak lela jadi model kat depan... hahaha..seronok wa cakap lu... ini yang bestnyer bila ikut kursus... ada 3 perkara yang aku suka kursus...pertama mestilah makanan... kedua aktiviti senaman dan ketiga.. part usha2 aweks... hahahaha gile bangat aku ni yaa?? hehehehe.. anyweay dalam kelas aku ada dua aweks cun la juga... hehhe.. malangnya dua2 takleh kacau... hahaha satu anak dara dah ada BF ,... aku bukan jenis yang kacau GF orang... gile ke ape?!?!?! sorang lagi isteri orang !! laaagi laaa aku takut kacau... naya je!... hehehe anyway satu kelas ngan diorang seronok gile... aku dalm kumpulan Perajurit tanah air- lagu pun lagu perajurit tanah air.... hahaha padan lah.. lepas tu ada jumpalh 13 orang lak tu.. aku teringat cite 13th warriors lakonan Antonio Banderas .... hahaha campur laa Uitm dan JPN... fasilitator kami adalah E. Jaafar... Orang melayu (Perkara 160 (2) ).. hehe hafal lagi aku ngan perkara2 perlembagaan ini yaa.. hehehe... banyak perkara yang aku belajar selama 5 hari kat situ. satu yang tak bestnya ialah walaupun aku baca semua buku tentang perkara2 dlm perlembagaan ... haram satu pun tak kuar exam .. hahhaa ... maklum lah aku kat sasaran 3 ... semua soalan senang gile.. rasa penat je baca buku sampai pagi.. hehehe... uhuhuhuhu... so hari terakhir lepas exam buat pula aktiviti kembara dalam hujan renyai2... seronok gile dapat masuk hutan balik... macam kera kena belacan rasanya... cuma saja aku bukan KERA ....! hehehehe.
hari itu aku dapat dua keping gambar besar... satu gambar keseluruhan peserta dan satu lagi gambar kumpulan 6... dan jam 12.30 tgh malam ... kami tiba di uitm selepas satu perjalan yang sangat menggembirakan.... satu perjalan dari KEM ke UITM shah alam yang tidak boring lagi.... masing2 melalak menunjukkan bakat2 terpendam dengan menyanyi dalam bas sepanjang jalan. hihiiii termasuk aku laa....
Aku tak sabar2 nak balik umah... tilam dan bantal busuk aku menunggu.... tak sabar2 nak tidur atas tilam sendiri... dan paling penting ialah.. Lagenda Adamus akan disambung lagi heheheh.... kali dengan urutan perjalanan yang lebih mencabar dan menyeronokkkan.... hihiih
Anyway..kalau nak tau seronok ke tak??? pi la join kursus ni kalau ada peluang!!!
KURSUS??!?!?!?!!?!
KENEGARAANNN!!!!!!
hahahaha!... (tetiba aku teringat penghulu melaungkan 'Kursus' jadi dengan sebutan 'Kurus'.. kuat pyula tu... En. fauzi pun terkejut! Aku dan yang lain gelak .. hahahahah)