Selasa, 20 Mei 2008
manuskrip SAM C1G1
Ahad, 18 Mei 2008
CUTI 3 HARI
Rabu, 14 Mei 2008
KRIMNA adalah watak utama yang jahat dalam novel fiksyen sains aku yang bertajuk SAM C1G1- Krimna. Sebenarnya agak susah juga nak wujudkan Krimna ketika aku masih berhempas pulas mencari watak yang sesuai untuk mencabar kehebatan SAM C1G1- si Cyborg Melayu yang terhebat di dunia rekaan Prof. Ikmal dengan teknologi SULUKEN CORPORATION. Kebetulan pula masa tu aku baru je selesai menonton Fantastic 4. Dan menyaksikan kehebatan Siver-surfer yang sangat menarik hati itu. Akhirnya aku ambil keputusan untuk meniru model tu... Aku namakannya KRIMNA (Krim + Na). Ia sangat berbeza dgn silver surfer. Krimna memiliki bentuk yang sama dengan manusia. tetapi penampilan imejnya sangat berbeza jika dibandingkan dengan silver surfer. Krimna berkepala botak dengan kulit hitam keperakkan. kemampuannya adalah meluncur di udara(terbang) dengan kelajuan yang pantas. mampu menembak bebola tenaga seperti hero-hero Dragon Ball... Kuasanya bersumberkan bintang seperti matahari. Dalam novel aku, Krimna datang ke bumi dengan niat untuk jadikan matahari sebagai sumber kuasa yang tidak terhad. Oleh itu sebagai hero Bumi, Sam C1G1 yang baru sahaja dibina dan telah selesai ujian telah dihantar untuk memerangi Krimna dan seterusnya menghapuskan makhluk asing itu dari muka bumi.
Ahad, 11 Mei 2008
AJAIBNYA AIR-CIPTAAN ALLAH SWT SEBAGAI UBAT.
RESEPI TERAPI AIR
Terapi Air telah banyak menunjukkan hasil yang menakjubkan dalam rawatan pelbagai penyakit. Pengamal sains perubatan tradisional di India meyakini terapi ini dapat membantu penderita pelbagai penyakit. Anda tidak perlu membelanjakan duit yang banyak untuk ubat-ubatan, suntikan, diagnosis yang mahal dan sebagainya. Hanya dengan meminum lima hingga enam gelas iaitu lebih kurang 1.5 liter air bersih, ianya dapat menyembuhkan beberapa penyakit. Anda perlu mencuba sendiri terapi ini dahulu barulah percaya dengan kehebatan Terapi Air. Mereka yang mengalami masalah dibawah telah mendapat faedah daripada Terapi Air dan ada juga yang telah sembuh:
Sakit kepala
Asthma
Tekanan Darah tinggi/Hyper Tension
Bronchitis
Anemia
Pulmonary Tuberculosis (TB)
Rheumatism
Meningitis
Batu Karang
Obesiti
Arthritis
Hyper acidity
Sinusitis
Batuk
Kencing manis
Laryngitis
Kanser
Sembelit (Constipation)
Keracunan Makanan
BAGAIMANA AIR BERTINDAK?Minum air yang bersih dan tulen dengan kaedah yang betul akan membersihkan tubuh badan. Air ini akan membersihkan dan menyucikan kolon (colon) dengan lebih efektif bagi penghasilan darah yang segar. Apabila kolon bersih, nutrien daripada makanan yang diambil seharian akan mudah diserap dan ini akan menghasilkan darah segar.
BAGAIMANA MEMPRAKTIKKAN TERAPI AIR?
Ketika bangun daripada tidur di waktu pagi, sebelum anda memberus gigi, minumlah air masak atau air tapis atau air distil sebanyak 1.5 liter. Bagi mendapatkan efek yang lebih baik, jangan makan atau minum air lain seperti kopi , teh dan sebagainya dalam masa satu jam sebelum dan selepas terapi air bermula. Pada mulanya memang sukar untuk minum lima hingga enam gelas air dalam satu masa, namun jika sudah biasa ia tidaklah sesukar diawal terapi. Ketika menjalani Terapi Air ini, minumlah sebanyak mungkin air daripada 1.5 liter tadi dan hanya boleh berhenti seketika selama 2 minit, kemudian terus habiskan baki air tersebut. Perlu dingatkan agar anda tidak minum atau mengambil minuman beralkohol pada malam sebelum Terapi Air ini dijalankan. Adalah normal sekiranya anda kencing 2-3 kali dalam sejam, kekerapan ini akan kembali normal selepas beberapa jam.
BERAPA LAMA TERAPI INI AKAN MENUNJUKKAN KESANNYA?Daripada pengalaman dan kajian yang dibuat oleh ahli Terapi Air, masa yang diambil untuk terapi ini berkesan bagi beberapa masalah kesihatan adalah seperti berikut:
Constipation 1 day
Hyper acidity 2 days
Kencing manis 7 days
Tekanan Darah tinggi/Hyper Tension 4 weeks
Kanser 4 weeks
Pulmonary TB 3 weeks
Manakala dicadangkan kepada penderita Arthritis atau Rheumatism agar mempraktikkan Terapi Air sebanyak tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan malam, sejam sebelum makan selama seminggu dan selepas itu teruskan terapi ini dua kali sehari sehingga sembuh.
Sabtu, 10 Mei 2008
Rabu, 7 Mei 2008
mengapa???
BELLA and SINDARELLA
SOLO
Selasa, 6 Mei 2008
JATA NEGARA DAN RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Rakyat Malaysia ada yang tak hafal pun rukun negara ni. PELIK! tapi inilah yang berlaku. Sekarang kerajaan siap mewajibkan rukun negara ini dipaparkan di permukaan tin minuman dan kotak2 minum. sampai macam tu sekali. menggambarkan betapa teruknya rakyat kita ni...
lima rukun je... mudah nak ingat... dan satu lagi ada pula yang ingat tapi langsung tak faham maksudnya... haiyyaa... ni punya olang aa... baik duduk kat negara Israel laa... baru sedar nanti betapa bestnya duk Malaysia... Aku rasalah dalam banyak2 Jata negara kat dunia ni... jata negara malaysia ni adalah yang kedua tercantik dan terbest sekali...
Well... semalam aku balik awal. ingatkan nak pi training sikit.. tapi terpaksa dibatalkanlah kerana Kajol nak aku teman dia pi pasar malam kat s.17...
KUASA SULTAN PULA DIPERTIKAI!!!
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Isnin, 5 Mei 2008
KANGAR KECOH??? TV3-BERSAMAMU BANTULAH...
Ahad, 4 Mei 2008
SAYEMBARA FIKSYEN SAINS 2008
Dengan mengambil kira prospek masa depan sains sebagai ruang untuk penciptaan karya kreatif tersebut, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kumpulan Utusan mengambil inisiatif menganjurkan Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan.
Seperti dijelaskan oleh Pengarah Penerbit UTM, Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar, sayembara tersebut merupakan usaha kedua-dua institusi tersebut untuk meningkat dan menggalakkan manipulasi daya cipta, kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar tempatan, tenaga pengajar khasnya dan rakyat Malaysia secara umumnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, sasaran utama penyertaan iaitu semua pelajar dan staf Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia, selain mereka yang berminat untuk menyertainya.
“Penyertaan ini terbuka kepada umum tetapi mereka mesti mestilah warganegara Malaysia dan karya wajib dihasilkan dalam bahasa Malaysia,” katanya.
Sebenarnya, menurut Ahmad Zaki, idea untuk mengadakan sayembara tersebut bermula dengan Sayembara Novel Cereka Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTM pada 15 Ogos tahun lalu. Ia bersempena Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2007.
Sebagai penerbit ilmiah, UTM belum pernah menerbitkan genre Cereka Sains. Apabila melihat potensi buku jenis ini dapat membina minda dan berupaya menarik pembaca khususnya golongan muda untuk meminati bidang sains dan teknologi, satu usaha ke arah itu diusahakan.
“Kita melihat Kumpulan Utusan mempunyai pengalaman luas dalam penganjuran sayembara sastera dan penerbitan. Ini bertepatan dengan objektif UTM menarik minat penulisan rakyat Malaysia.
“Dengan adanya kerjasama dengan Kumpulan Utusan, Penerbit UTM yakin akan mendapat sebanyak mungkin penyertaan dan sayembara ini dilihat akan lebih berjaya,’’ tambah beliau.
Ahmad Zaki mengakui, Penerbit UTM pada dasarnya memerlukan rakan media/penerbit swasta yang berpengalaman luas dalam penganjuran sayembara serta berpengaruh untuk berganding bahu dalam usaha ini.
Sebagai penganjur bersama, UTM akan bertanggungjawab membiayai sepenuh kos berkaitan penganjuran sayembara tersebut termasuk kos hadiah, penganjuran bengkel penulisan, honororium panel hakim, mesyuarat panel hakim serta kos lain yang berkaitan.
Dalam pada itu, beliau berkata, hasil kerjasama tersebut, Kumpulan Utusan bersetuju berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam penganjuran sayembara novel dan seterusnya penerbitan novel.
Ini termasuk penyediaan kriteria penilaian dan jadual kerja penghakiman, pelantikan panel hakim, pengendalian mesyuarat penghakiman dan pelaporan, fasilitator bengkel penulisan dan proses lain yang berkaitan.
“Paling menarik, penyertaan terbuka kepada individu atau berkumpulan. Sesebuah kumpulan yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi tiga orang ahli kumpulan.
“Peserta boleh menghantar seberapa banyak karya. Tiada had penyertaan sama ada bagi peserta individu atau berkumpulan,” ujar beliau.
Sementara itu, majlis pelancaran sayembara dan majlis menandatangani MoU oleh UTM dan Utusan Melayu bakal diadakan pada 7 April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.
Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah;
Pertama (RM15,000, watikah dan trofi), tempat kedua (RM7,500, watikah dan trofi), ketiga (RM5,000, watikah dan trofi) manakala lima pemenang sagu hati masing-masing akan menerima RM500, watikah dan trofi.
Sementara itu, keterangan lanjut mengenai sayembara tersebut hubungi Sekretariat Sayembara Fiksyen Sains & Teknologi, Penerbit UTM di 07-5218166 (Yosman Mohd. Bain).
* BENGKEL Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi akan diadakan pada 6 April bermula pukul 8 pagi di Bilik Kelantan, PWTC. Ia akan dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Amida Abdulhamid. Setiap peserta akan dikenakan bayaran RM50.