Isnin, 17 Disember 2007

MY BEST TEAM IN THE TOWN... SAPA-SAPA NAK JOIN... MARILAH... TAKDE YURAN... JUST JOIN JE... MERIAHKAN SUKAN FIZIKAL INI...
MARI! MARI!
anda mahu tahu sukan ini? Sila klik di link My Game parkour!

ARENA 2077


Wilayah Utara, Bumi
17 Disember 2059 Masihi





Khai mencapai gelas minuman yang dihulurkan isterinya, Julia. Kembang kempis hidungnya menghidu aroma kopi itu. Anaknya yang berusia 5 tahun, Neo Adam sekadar memerhatikan telatah mereka suami isteri sambil pelahan-lahan mencedok bubur nasi bercampur pisang itu dan menyuapkannya ke mulut. Bubur nasi pisang itu sudah separuh dihabiskan.
Khai menghirup air kopi itu pelahan-klahan. Sememangnya kopi pekat jenis Serikopi dari Bandar itu memang nikmat dan sedap berbanding kopi yang selalu di belinya dari kedai runcit Tok Solen. Apatah lagi bila diminum ketika masih panas dan berwap. Julia, membuka penutup bekas lauk. Aroma Tom yam makanan laut berlegar ke segenap pelusuk ruang makan mereka. Isterinya mencedok lauk ke dalm pinggan yang telah disediakan. Dan Belum sempat Khai menjamah bahagiannya satu dentuman pada pintu hadapan jelas kedengaran.
Khai bingkas. Segera dicapainya Pedang Mentari Utara. Pedang warisan dari datuknya itu berdengung halus seolah-olah tahu yang dia akan bermandi darah pada malam ini. Dengan genggaman kemas pada hulu pedang yang diperbuat dari perak metalik dan bahan-bahan besi yang asing itu dia melangkah pelahan ke ruang hadapan. Langkahnya umpama pendekar yang bersedia menyerang musuh. Cukup berhati-hati.
Nalurinya menegaskan. Satu melapetaka akan berlaku ke atas mereka malam ini. Ini memikirkan apa yang berlaku siang tadi di Centralpolis. Mungkin berkaitan! Desisnya. Dia sebagai pejuang gerila dalam menentang Maharaja Kaisar berselindung dengan nama Khai, seorang petani di Wilayah Utara itu. Lebih dari setahun dia menetap di wilayah itu tanpa gangguan. Dan malam ini dia pasti segala-galanya akan berakhir. Dia sedikit kesal dan menyesal mengapa persediaan itu tidak dilakukannya. Sekurang-kurangnya anakdan isterinya akan selamat walaupun dia tangkap malam itu.
Matanya tajam melilau ruang tamu. Dia tersentak. Jantungnya berdegup lebih pantas. Rasa cemasnya mula menular. Pintu rumahnya terkopak. Beberapa pasang tapak kasut but jenis yang dipakai oleh tentera dan polis kelihatan memenuhi ruang lantai yang ditaburi serpihan pintu rumahnya. Dia segera berputar ke belakang.
Buk!
Satu tumbukan singgah di mukanya. Dia terpelanting. Pedang mentari Timur terlepas dari genggaman lantaran tumbukan yang cepat dan berat itu. Dia tersungkur di atas permaidani merah ruang tamunya. Hidungnya mula berdarah. Menitik pelahan di permukaan permaidaninya. Dia mendongak melihat penyerangnya. Seluruh ruang tamunya dipenuhi polis dan tentera yang tiba-tiba muncul tanpa disedarinya. Senjata jenis Vulcan-Protonium dibidikkan ke arahnya. Cahaya terang lampu yang dikepilkan bersama senjata itu menyilaukan pandangannya.
“Khai… aku tak sangka!”
Satu suara kedengaran. Suara yang tidak asing baginya. Satu suara yang cukup dikenali sejak dari zaman kanak-kanaknya.
“Asoka!” dia terkejut dengan kehadiran teman rapatnya itu.
“Ha! Ha! Ha!”
“Apa semua ini?!” Khai bertanya dengan nada cemas dan rasa ingin tahunya meluap-luap.
“Tentu kau terkejut! Bukan?!” nada sinisnya bergetar memecah kesunyian malam. Asoka berpakaian serba gelap itu menghampirinya. Lalu mencekak bajunya.
Khai terpaksa bangkit. Kerisauannya mula menerjah benaknya. Dia tidak pernah takut dengan ancaman maut tetapi kehadiran dan keterlibatan sahabat baiknya itu membuatkannya terkejut dan benar-benar tidak menyangka sahabatnya itu sanggup menganiaya dirinya.
“Abang!!!”
Julia terpekik ketakutan dengan apa yang disaksikan oleh mata kepalanya. Dua orang anggota Polis segera memegangnya dan membidikkan senjata mereka kepada wanita itu. Anaknya Neo Adam turut berada di situ. Di samping Julia yang mula panik dan takut.
Asoka sekadar memandang wanita itu seketika.
“Kau tau… aku cukup benci dengan orang seperti kau. Aku tak sangka kau adalah anggota militan Selendang Merah! Khai… malam ini nasib kau akan ditentukan oleh Maharaja Kaisar. Jangan salahkan aku! Kau yang memilih jalan ini.”
“Jahannam kau Asoka!” seranahnya, geram.
Dia menolak tubuh itu dan melepaskan satu tendangan. Khai muntah darah dengan tendangan yang cukup pantas dan berat itu. Dia tahu dia akan tumpas malam ini. Melihat jumlah dan bilangan anggota tentera dan Polis yang bersama Asoka adalah sukar baginya melarikan diri dan menyelamatkan anak dan isterinya dari maut. Dia sedar hukuman yang bakal diterimanya sejak dia menganggotai Selendang Merah sekiranya kerajaan Kaisar akan menangkap dan menghukumnya. Tiada hukuman yang setimpal dengan kesalahannya kecuali hukuman ‘Mati’. Kini kerana terpaksa dia redha dengan ketentuan nasibnya malam ini.
Neo Adam yang menyaksikan ayahnya diperlakukan demikian terasa hendak menangis dan geram. Walaupun dia masih berumur 5 tahun. Dia faham apa yang berlaku malam itu. Dan secara tiba-tiba juga dia meluru ke arah lelaki yang menendang tubuh ayahnya itu lalu mengigit kakinya. Asoka terjerit kesakitan. Dengan rasa marah dia menendang Neo Adam tanpa belas kasihan lagi. Budak mentah itu terpelanting ke arah dinding dan tidak bergerak lagi.
“Adam!!!”
“Keluarga pengkhianat! Masih hingusan lagi sudah pandai menyakiti orang! Biadap!” tengking Asoka.
Sepantas itu juga Julia meluru ke arah Asoka dengan geram dan marah. Dan tanpa bertangguh Asoka melancarkan penumbuk sulungnya ke arah Julia dan tepat pada kepala wanita itu. Julia terpelanting ke belakang. Percikan darah merah segar membasahi lantai rumahnya.
“Julia!!!” jerit Khai penuh risau dan takut. Takut isterinya itu maut ketika itu juga. Dia merangkak pantas ke arah tubuh Julia. Dengan penuh rasa syahdu dan prihatin dia menrangkul tubuh kaku itu. Hancur luluh hatinya melihat isteri tercinta itu dalam keadaan yang cukup menyayat hati.
“Julia!?” suaranya bergema ketika bunyi klik bergema.
“Blam!!!”
Apakah yang berlaku pada Khai? Siapa Asoka? Selamatkah Neo Adam? anda ingin tahu? ikuti kisahnya dalam Novel Arena 2077 yang bakal terbit!