The Alien - Link Select

Sabtu, 22 April 2017

JIN???

Kalimat jin di dalam al-Qur'an


JIN diterjemah daripada janna, jinn, dan jinnah. Kesemua daripada akar yang sama iaitu jim nun nun. Kalimat jannah atau Taman dan beberapa yang lain, termasuk rasuk, turut terbit daripada akar tersebut.

Ayat-ayat yang mengandungi perkataan jin di dalam al-Qur'an adalah seperti di bawah ini:


Janna:
Daripada kalimat ini terbit dua perkataan iaitu jann (diterjemah kepada "jin") dan majnun (diterjemah kepada "rasuk"). Terdapat lima ayat mengandungi jann iaitu:

15:27. Dan jin, Kami cipta sebelumnya daripada api yang membakar.

55:15. Dan Dia cipta jin daripada api yang tiada asap.

55:39. Pada hari itu, tiada yang akan ditanya mengenai kesalahannya, tidak manusia dan tidak juga jin.

55:56. Di dalamnya perawan-perawan yang menahan gerlingan mereka, yang belum disentuh sebelum mereka oleh manusia atau jin.

55:74. Yang belum disentuh sebelum mereka oleh manusia atau jin,


Jinn:

6:100. Namun begitu, mereka adakan bagi Allah, sebagai sekutu-sekutu, jin, padahal Dia yang cipta mereka. Mereka andaikan bagi-Nya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan tanpa sebarang pengetahuan. Dia disanjung! Tingginya Dia di atas apa mereka terangkan.

6:112. Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.

6:128. Pada hari Dia kumpulkan mereka kesemuanya: "Wahai golongan jin, kamu telah banyak ambil daripada manusia." Kemudian wali-wali mereka di kalangan manusia berkata, "Wahai Pemelihara kami, sebahagian kami telah dapat kesenangan daripada sebahagian yang lain, dan kami telah sampai tempoh yang Engkau tentukan bagi kami." Dia berkata, "Apilah tempat tinggal kamu, di dalamnya tinggal selama-lamanya"; kecuali seperti yang Allah hendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu Bijaksana, Mengetahui.

6:130. "Wahai golongan jin dan manusia, tidakkah Rasul-Rasul datang daripada kamu sendiri yang ceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan beri amaran kepada kamu mengenai pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Kami saksikan terhadap diri-diri kami sendiri." Mereka ditipu oleh kehidupan dunia, dan mereka saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya.

7:38. Berkata, "Masuklah kamu kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu, daripada jin dan manusia, ke dalam Api." Setiap kali sesuatu umat masuk, ia laknatkan saudaranya sehingga, apabila mereka semua sudah berkumpul di dalamnya, yang terakhir daripada mereka berkata kepada yang pertama, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah yang sesatkan kami, maka berikan mereka azab dua kali ganda daripada Api." Berkata, "Bagi masing-masing dua kali ganda, tetapi kamu tidak tahu."

7:179. Kami ciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.

17:88. Katakanlah, "Jika manusia dan jin berkumpul untuk datangkan yang serupa dengan al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat datangkan yang serupa dengannya, walaupun mereka membantu satu sama lain."

18:50. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia lakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu ambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka musuh bagi kamu? Betapa buruknya pengganti bagi orang-orang zalim!

27:17. Dan tenteranya dikumpulkan kepada Sulaiman, daripada jin, dan manusia, dan burung, dengan berbaris.

27:39. Ifrit, daripada jin, berkata, "Saya akan datangkannya kepada kamu sebelum kamu berdiri dari tempat kamu; saya mempunyai kekuatan untuknya, dan saya dipercayai."

34:12. Dan kepada Sulaiman, angin; peraliran paginya sebulan perjalanan, dan peraliran petangnya sebulan perjalanan. Dan Kami buatkan mata air leburan tembaga kuning mengalir baginya. Dan daripada jin, ada yang bekerja di hadapannya, dengan izin Pemeliharanya; dan sesiapa antara mereka menyimpang daripada perintah Kami, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang Menyala.

34:14. Dan apabila Kami tentukan kematian kepadanya, tiada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya, melainkan haiwan daripada bumi yang makan tongkatnya; dan apabila dia jatuh, jin lihat dengan jelas bahawa sekiranya mereka tahu yang ghaib, tentu mereka tidak tetap dalam azab yang hina.

34:41. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Engkau Wali (Pelindung) kami, selain daripada mereka; tidak, tetapi mereka sembah jin; kebanyakan mereka mukmin pada mereka."

41:25. Dan Kami tentukan bagi mereka teman-teman yang dipercayai, dan mereka menampakkan indah bagi mereka apa yang di hadapan mereka, dan yang di belakang mereka. Maka wajarlah ke atas mereka Ucapan yang mengenai umat-umat yang telah berlalu sebelum mereka, daripada jin dan manusia; sesungguhnya merekalah orang-orang yang rugi.

41:29. Dan orang-orang tidak percaya berkata, "Wahai Pemelihara kami, perlihatkan kepada kami mereka yang sesatkan kami, kedua-dua jin dan manusia, dan kami akan letak mereka di bawah kaki kami supaya mereka jadi antara orang-orang yang lebih rendah."

46:18. Mereka itu adalah orang-orang yang wajar ke atas mereka Ucapan yang mengenai umat-umat yang telah berlalu sebelum mereka, daripada jin dan manusia; merekalah orang-orang yang rugi.

46:29. Dan apabila Kami palingkan kepada kamu sekumpulan jin untuk mendengarkan al-Qur'an; dan apabila mereka menghadirinya, mereka berkata, "Diamlah!" Kemudian, apabila ia telah selesai, mereka berpaling kepada kaum mereka, memberi amaran.

51:56. Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk sembah Aku.

55:33. Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu boleh tembus pembatasan langit dan bumi, tembusilah ia! Kamu tidak menembusinya kecuali dengan satu kuasa.

72:1. Katakanlah, “Diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin mendengarkan lalu mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami telah dengar sebuah al-Qur’an yang mengagumkan,
(Surah 72 ialah Surah Jin)

72:5. Dan kami sangka manusia dan jin tidak akan mengatakan dusta terhadap Allah.

72:6. Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka menambahkan mereka dalam kekejian,


Jinnah:

11:119. Kecuali orang-orang yang kepada mereka Pemelihara kamu kasihani. Untuk itulah Dia cipta mereka, dan sempurnalah pelaksanaan kata Pemelihara kamu, "Sungguh, Aku akan penuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya."

32:13. "Sekiranya Kami hendak, tentu Kami beri tiap-tiap jiwa petunjuknya; tetapi sekarang Ucapan daripada-Ku adalah wajar - 'Sungguh, Aku akan penuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya.'

37:158. Mereka adakan satu pertalian keluarga antara Dia dan jin; dan jin tahu bahawa mereka akan dihadapkan.


114:6. Daripada jin dan manusia."





Rabu, 19 April 2017

VEGETARIAN???

Vegetarian ialah amalan pemakanan yang mengecualikan segala daging haiwan, termasuk ternakan, buruan, ikan, kerang-kerangan atau krustasia, serta keluaran sampingan penyembelihan.[1] Sebab-sebab memilih amalan vegetarian boleh berkaitan dengan moral, agama, budaya, etika, estetik, persekitaran, masyarakat, ekonomi, politik, citarasa, atau kesihatan.

Terdapat beberapa jenis pemakanan vegetarian ini, termasuk yang mengecualikan telur dan/atau mana-mana keluaran usaha haiwan seperti tenusu dan madu. Contohnya, amalan vegan mengecualikan kesemua produk haiwan dari pemakanan. Mengikut takrif yang lebih ketat, produk haiwan tidak digunakan sebagai pakaian juga, sama ada penghasilan pakaian atau benda-benda seumpamanya melibatkan nyawa haiwan atau tidak (tenusu, telur, madu, bulu, sutera, bulu kapas, dsb.) [2] A generic term for both vegetarianism and veganism, as well as for similar diets, is "Plant-based diets".[3]

Pemakanan vegetarian telah didapati memuaskan keperluan khasiat untuk semua peringkat umur, sementara kajian-kajian selidik berskala besar telah membuktikan bahawa amalan vegetarian memanjangkan umur, menyihatkan badan, dan banyak mengurangkan risiko barah dan penyakit-penyakit lain.[4]