The Alien - Link Select

Sabtu, 26 November 2016

MATI???




Kalimat mati di dalam al-Qur'an (1)

Perkataan mati diterjemah daripada beberapa kalimat al-Qur'an. Oleh kerana bilangan ayat yang mengandugi perkataan tersebut agak banyak maka senarai dibuat dalam dua halaman.
Di sini disenaraikan hanya ayat-ayat mengandungi kalimat-kalimat yang terbit daripada akar mim wau ta, iaitu matamamatmawtahmaytmaytahmayyit dan amata - yang bukan sahaja diterjemah kepada mati malah bangkai dan maut jua, menurut konteks ayat.
Di halaman kedua pula disenaraikan kalimat-kalimat lain yang juga diterjemah kepada mati.

Ayat-ayat yang mengandungi kalimat-kalimat daripada akar yang disebut tadi adalah:

2:19. Atau seperti awan hujan dari langit, yang di dalamnya kegelapan, dan guruh, dan kilat. Mereka letak jari-jari mereka di dalam telinga mereka terhadap bunyi petir kerana takut akan mati; dan Allah meliputi orang-orang tidak percaya (kafir).
2:28. Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya kepada Allah memandangkan kamu adalah orang-orang yang mati, lalu Dia hidupkan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan?
2:56. Kemudian Kami bangkitkan kamu setelah kamu mati supaya kamu berterima kasih.
2:73. Maka Kami berkata, "Pukullah dia dengan sebahagiannya." Begitulah Allah hidupkan orang-orang yang mati, dan Dia perlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu faham.
2:94. Katakanlah, "Jika tempat kediaman akhir di sisi Allah itu khas untuk kamu, dan tidak untuk manusia lain, maka inginkanlah kematian jika kamu berkata benar."
2:132. Dan Ibrahim wasiatkan anak-anaknya dengan ini, dan Yaakub, "Wahai anak-anakku, Allah telah pilih untuk kamu agama; maka jangan kamu mati kecuali dalam kemusliman."
2:133. Kenapa, adakah kamu saksi-saksi apabila kematian datang kepada Yaakub? Apabila dia berkata kepada anak-anaknya, "Apakah yang kamu akan sembah sesudahku?" Mereka berkata, "Kami akan sembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu, Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, Tuhan Yang Satu; kepada-Nya kami muslim."
2:154. Dan janganlah kata terhadap orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, "Mereka sudah mati", bahkan mereka hidup, tetapi kamu tidak sedar.
2:161. Tetapi orang-orang tidak percaya dan mati dengan tidak percaya, ke atas merekalah laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia kesemuanya,
2:164. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, dan kapal yang berlayar di laut dengan manfaat kepada manusia, dan air yang Allah turunkan dari langit, dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan Dia taburkan di merata-rata di dalamnya segala yang merayap, dan perkisaran angin dan awan yang dipaksakan antara langit dan bumi, sungguh, adalah ayat-ayat (tanda-tanda) bagi kaum yang faham.
2:173. Hanyalah benda-benda ini yang Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak menderhakai, maka tidaklah berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
2:180. Dituliskan bagi kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi kematian, dan dia tinggalkan kebaikan (harta), supaya buat wasiat memihak kepada ibu bapanya, dan sanak saudara dengan baik - suatu kewajipan kepada orang-orang bertakwa.
2:217. Mereka tanya kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka palingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni-penghuni Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya.
2:243. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang keluar dari tempat tinggal mereka, beribu-ribu ramainya, kerana takut akan mati? Allah berkata kepada mereka, "Matilah!" Kemudian Dia hidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.
2:258. Tidakkah kamu renungkan orang yang debat Ibrahim mengenai Pemeliharanya kerana Allah beri kepadanya kerajaan, ketika Ibrahim berkata, "Pemeliharaku ialah Dia yang menghidupkan dan mematikan." Berkata, "Aku menghidupkan dan mematikan!" Ibrahim berkata, "Allah datangkan matahari dari timur, maka datangkanlah ia dari barat!" Lalu orang tidak percaya tercengang. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
2:259. Atau, seperti orang yang melalui sebuah bandaraya yang telah roboh di atas junjung-junjungnya. Dia berkata, "Bagaimanakah Allah hidupkan ini setelah ia mati?" Maka Allah matikannyaseratus tahun, kemudian Dia bangkitkannya kembali, dengan berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal?" Dia berkata, "Saya tinggal sehari, atau sebahagian hari." Berkatalah Dia, "Tidak, kamu telah tinggal seratus tahun. Lihatlah pada makanan dan minuman kamu - ia tidak basi, dan lihatlah pada keledai kamu. Begitulah Kami buat kamu satu ayat bagi manusia. Dan lihatlah pada tulang-tulang, bagaimana Kami akan susunkannya, dan kemudian kelubunginya dengan daging." Maka, apabila telah jelas kepadanya, dia berkata, "Saya tahu bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu."
2:260. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkan kepadaku bagaimana Engkau hidupkan orang-orang yang mati." Dia berkata, "Kenapa, tidakkah kamu percayai?" Dia berkata, "Ia, tetapi supaya hatiku tenteram." Berkatalah Dia, "Ambil empat ekor burung, dan jinakkanlah mereka kepada kamu, kemudian letaklah sebahagian mereka di atas tiap-tiap bukit, kemudian serulah mereka, dan mereka akan datang kepada kamu dengan segera. Dan adakah kamu tahu bahawa Allah Perkasa, Bijaksana?"
3:27. Engkau jadikan malam masuk ke dalam siang, dan Engkau jadikan siang masuk ke dalam malam, dan Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang matidaripada yang hidup, dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa Engkau hendaki tanpa hitungan."
3:49. Untuk menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, 'Aku datang kepada kamu dengan satu ayat (mukjizat) daripada Pemelihara kamu. Aku ciptakan untuk kamu daripada tanah liat yang seperti bentuk burung, kemudian aku hembus ke dalamnya, dan ia jadi seekor burung, dengan izin Allah, dan aku sembuhkan orang buta, dan penyakit kusta, dan aku juga hidupkan orang yang mati, dengan izin Allah, dan aku beritahu kamu benda-benda yang kamu makan, dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.
3:91. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, dan mati dengan tidak percaya, maka tidak akan diterima daripada seseorang pun antara mereka emas sepenuh bumi, jika dia tebus dirinya dengannya; bagi mereka azab yang pedih, dan mereka tidak ada penolong-penolong.
3:102. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah sebagaimana Dia patut ditakuti, dan janganlah kamu mati melainkan dalam kemusliman.
3:119. Beginilah kamu ini; kamu suka mereka, dan mereka tidak suka kamu; kamu percayai Kitab, semuanya, dan apabila mereka berjumpa dengan kamu, mereka berkata, "Kami percaya", tetapi apabila mereka menyendiri, mereka gigit jari-jari mereka kerana marah pada kamu. Katakanlah, "Matilah dalam kemarahan kamu; sesungguhnya Allah tahu apa yang di dalam dada."
3:143. Kamu inginkan kematian sebelum kamu temuinya; sungguh kamu telah melihatnya dan kamu perhatikan.
3:144. Muhammad tiadalah melainkan seorang Rasul; Rasul-Rasul telah berlalu sebelum dia. Apakah, jika dia mati atau dibunuh, kamu akan balik di atas tumit-tumit kamu? Jika seseorang balik di atas tumit-tumitnya, dia tidak akan mudaratkan Allah sedikit pun; dan Allah akan balas orang-orang berterima kasih.
3:145. Tiada sesuatu jiwa akan mati, kecuali dengan izin Allah, pada waktu yang telah dikitabkan (ditetapkan). Sesiapa yang hendak ganjaran dunia, Kami berikannya daripadanya, dan sesiapa yang hendak ganjaran akhirat, Kami berikannya daripadanya; dan Kami akan balas orang-orang berterima kasih.
3:156. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah jadi seperti orang-orang tidak percaya, yang berkata kepada saudara-saudara mereka apabila mereka adakan perjalanan di bumi, atau mereka dalam ekspedisi perang, "Sekiranya mereka bersama kita, tentu mereka tidak mati, dan tidak dibunuh," - supaya Allah buatkan yang demikian itu suatu penyesalan di dalam hati mereka. Dan Allahmenghidupkan dan Dia mematikan; dan Allah lihat apa kamu buat.
3:157. Jika kamu terbunuh, atau mati di jalan Allah, ampunan dan pengasihan daripada Allah adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.
3:158. Sesungguhnya jika kamu mati, atau terbunuh, kepada Allah kamu dikumpulkan.
3:168. Orang-orang yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka dan mereka sendiri duduk, "Sekiranya mereka taati kita, tentu mereka tidak terbunuh." Katakanlah, "Maka tolaklah kematianitu daripada diri-diri kamu jika kamu berkata benar."
3:169. Janganlah sangka orang-orang yang terbunuh di jalan Allah sebagai sudah mati, tetapi hidup di sisi Pemelihara mereka, diberi rezeki oleh-Nya.
3:185. Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian, dan sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke Taman, akan dapat kemenangan. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan.
4:15. Dan perempuan-perempuan kamu yang lakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka saksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian matikan mereka, atau Allah adakan bagi mereka satu jalan.
4:18. Tetapi tidak diterima taubat orang-orang yang lakukan kejahatan sehingga, apabila salah seorang antara mereka didatangi kematian, dia berkata, "Sesungguhnya sekarang saya bertaubat", dan tidak juga bagi orang-orang yang mati dengan tidak percaya (kafir); bagi mereka, Kami sediakan azab yang pedih.
4:78. Di mana sahaja kamu berada, kematian akan dapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam menara-menara yang dibangunkan. Jika yang baik timpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada Allah"; tetapi jika yang buruk timpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada kamu." Katakanlah, "Semuanya daripada Allah." Bagaimanakah dengan kaum ini? Mereka hampir-hampir tidak faham sebarang hadis.
4:100. Dan sesiapa hijrah di jalan Allah, dia akan dapati di bumi banyak tempat perlindungan, dan keluasan. Dan sesiapa keluar dari rumahnya sebagai seorang penghijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian mendapatkannya, maka upahnya dijatuhkan kepada Allah; Allah Pengampun, Pengasih.
4:159. Dan tiada seorang pun daripada ahli Kitab melainkan benar-benar percayainya sebelum kematiannya, dan pada Hari Kiamat, dia jadi saksi ke atas mereka.
5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
5:106. Wahai orang-orang yang percaya, kesaksian antara kamu apabila salah seorang daripada kamu ditimpa maut, apabila dia berwasiat, ialah dua orang empunya keadilan antara kamu, atau dua yang lain daripada selain kamu, jika kamu berpergian di bumi, dan bencana maut timpa kamu. Kemudian kamu akan tahan mereka sesudah solat, dan mereka akan bersumpah dengan Allah, jika kamu ragu-ragu: "Kami tidak akan menjualnya untuk suatu harga, walaupun ia sanak saudara yang dekat, dan kami tidak juga akan sembunyikan kesaksian Allah, kerana jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang yang berdosa."
5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku kukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia dalam buaian dan dewasa, dan apabila Aku ajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu cipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu hembus ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu sembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu keluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku tahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'
6:36. Yang sahut hanyalah orang-orang yang dengar; bagi orang-orang yang mati, Allah akan bangkitkan mereka, kemudian kepada-Nya mereka dikembalikan.
6:61. Dia Yang Menakluki hamba-hamba-Nya. Dia utus pencatat-pencatat kepada kamu sehingga, apabila salah seorang antara kamu didatangi kematian, Rasul-Rasul Kami matikannya, dan mereka tidak lalai.
6:93. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, "Kepada aku ia diwahyukan"; padahal tiada yang diwahyukan kepadanya, atau orang yang berkata, "Aku akan turunkan yang serupa dengan apa yang Allah turunkan"? Jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim dalam sengsara kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, "Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu kata yang tidak benar terhadap Allah, dan sombong terhadap ayat-ayat-Nya."
6:95. Sesungguhnya Allah membelah bijibiji-bijian, dan biji kurma, keluarkan yang hidup daripada yang mati; Dia keluarkan juga yang mati daripada yang hidup. Demikianlah itulah Allah; maka bagaimanakah kamu dipalingkan?
6:111. Walaupun Kami turunkan malaikat-malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang mati berkata-kata dengan mereka, sekiranya Kami kumpulkan kepada mereka segala sesuatu berhadapan muka, bukanlah mereka yang akan percayai, kecuali jika Allah hendaki; tetapi kebanyakan mereka bodoh.
6:122. Adakah orang yang sudah mati, dan Kami hidupkannya, dan buatkannya satu cahaya untuk berjalan dengannya di tengah-tengah manusia, seperti orang yang persamaannya berada di dalam kegelapan, dan tidak dapat keluar darinya? Maka dinampakkan indah bagi orang-orang tidak percaya (kafir) apa mereka buat.
6:139. Dan mereka berkata, "Apa yang di dalam perut binatang ternak ini adalah khas untuk lelaki kami, dan diharamkan kepada isteri-isteri kami; tetapi jika ia mati, maka mereka semua bersekutu padanya." Sungguh, Dia akan balas mereka atas keterangan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.
6:145. Katakanlah, "Aku tidak dapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang makan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."
6:162. Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam.
7:25. Berkata, "Di dalamnya kamu hidup, dan di dalamnya kamu mati, dan darinya kamu akan dikeluarkan."
7:57. Dia yang utuskan angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya sehingga apabila ia membawa awan yang berat, Kami halau ia ke tanah yang mati, dan dengannya turunkan air, dan keluarkan dengannya segala buah-buahan. Begitulah Kami keluarkan orang yang mati supaya kamu mengingati.
7:158. Katakanlah, "Wahai manusia, aku adalah Rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Nya, Nabi yang ummiy, yang percayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu dapat petunjuk."
8:6. Dengan membantah kamu mengenai yang benar setelah ia jadi jelas, seakan-akan mereka dihalau kepada kematian dengan mata-mata mereka terbuka luas.
9:84. Dan jangan kamu rahmati selama-lamanya ke atas sesiapa antara mereka apabila dia mati, dan jangan juga berdiri di kuburnya; mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan matisedang mereka orang-orang fasiq.
9:116. Sesungguhnya kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan, dan kamu tidak ada, selain daripada Allah, sama ada wali (pelindung) atau penolong.
9:125. Tetapi bagi orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, bagi mereka, ia menambahkan kotoran pada kotoran mereka, dan mereka mati sedang mereka orang-orang tidak percaya.
10:31. Katakanlah, "Siapakah yang beri rezeki kepada kamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang miliki pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan keluarkan yang mati daripada yang hidup, dan siapakah yang mengarah urusan?" Mereka akan berkata, "Allah." Kemudian katakanlah, "Tidakkah kamu bertakwa?"
10:56. Dia menghidupkan dan mematikan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
11:7. Dia yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak uji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."
13:31. Sekiranya sebuah Qur'an di mana gunung-gunung diperjalankan, atau bumi dibelah dengannya, atau orang-orang yang mati yang kepada mereka dapat berkata-kata - tidak, tetapi kepunyaan Allah urusan kesemuanya. Tidakkah orang-orang yang percaya tahu bahawa, jika Allah hendak, tentu Dia beri petunjuk kepada manusia kesemuanya? Dan orang-orang tidak percaya tidak berhenti-henti ditimpa dengan suatu yang mengetukkan kerana apa yang mereka kerjakan, atau ia turun dekat dengan tempat tinggal mereka, sehingga janji Allah datang; sesungguhnya Allah tidak mungkiri janji temu.
14:17. Yang dia hirup, dan hampir-hampir dia tidak boleh menelannya, dan kematian datang kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak boleh mati; dan di belakangnya, azab yang keras.
15:23. Kamilah yang menghidupkan dan mematikan, dan Kamilah pewaris-pewaris.
16:21. Sudah mati, tidak hidup, dan tidak sedar bila mereka akan dibangkitkan.
16:38. Mereka bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati, bahawa Allah tidak akan bangkitkan orang yang mati; tidak, ia adalah satu janji yang mengikat-Nya tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.
16:65. Dan Allah turunkan dari langit air, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mendengar.
16:115. Hanya benda-benda ini yang Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
17:75. Kemudian tentu Kami akan merasakan kepada kamu dua kali ganda dalam kehidupan, dan dua kali ganda daripada kematian; dan kemudian kamu tentu dapati tiada sesiapa yang menolong kamu terhadap Kami.
19:15. sejahtera ke atas dia, pada hari dia diberanakkan, dan hari dia mati, dan hari dia dibangkitkan hidup.
19:23. Dan rasa sakit beranak mendatanginya di batang pohon palma. Dia berkata, "Aduhai, sekiranya aku sudah mati sebelum ini, dan jadi sesuatu yang dilupakan!"
19:33. sejahtera ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati, dan hari aku dibangkitkan hidup."
19:66. Manusia berkata, "Apa, apabila aku sudah mati, adakah aku akan dikeluarkan hidup?"
20:74. Sesiapa yang datang kepada Pemeliharanya sebagai seorang yang berdosa, baginya Jahanam; di dalamnya dia tidak mati, dan tidak juga hidup.
21:34. Kami tidak buat sesuatu makhluk sebelum kamu untuk hidup dengan kekal; maka, jika kamu mati, adakah mereka akan hidup selama-lamanya?
21:35. Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian; dan Kami uji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu dikembalikan.
22:6. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar (Hak), dan Dia hidupkan yang mati, dan berkuasa atas segala sesuatu.
22:58. Dan orang-orang yang hijrah di jalan Allah dan dibunuh atau mati, Allah pasti akan beri rezeki kepada mereka dengan rezeki yang baik; dan sesungguhnya Allah, Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.
22:66. Dia yang hidupkan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu. Sesungguhnya manusia tidak berterima kasih (kafir).
23:15. Kemudian sesudah itu kamu pasti mati.
23:35. Apa, adakah dia janjikan kamu bahawa apabila kamu sudah mati, dan menjadi tanah dan tulang, kamu akan dikeluarkan?
23:37. Tidaklah ia melainkan kehidupan dunia kita; kita mati, dan kita hidup, dan kita tidak akan dibangkitkan.
23:80. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan bagi-Nya pergantian malam dan siang; apa, tidakkah kamu faham?
23:82. Mereka berkata, "Apa, apabila kami sudah mati, dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan dibangkitkan?
23:99. Sehingga, apabila kematian datang kepada seorang daripada mereka, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, kembalikanlah aku,
25:3. Namun begitu, mereka ambil untuk mereka tuhan-tuhan, selain daripada-Nya, yang tidak cipta sesuatu sedang mereka sendiri diciptakan; dan mereka tidak berkuasa atas mudarat atau manfaat kepada diri-diri mereka sendiri; dan mereka tidak berkuasa atas kematian, dan tidak juga kehidupan, dan tidak juga kebangkitan.
25:49. Supaya Kami hidupkan tanah yang mati, dan memberi minum daripadanya, daripada apa yang Kami ciptakan, binatang ternak dan manusia yang ramai.
25:58. Tawakallah kepada Yang Hidup, Yang Tidak Mati, dan sanjunglah dengan memuji-Nya. Cukuplah dengan Dia menyedari kesalahan-kesalahan hamba-hamba-Nya,
26:81. Yang matikan aku, kemudian hidupkan aku,
27:80. Kamu tidak dapat jadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu dapat jadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur.
29:57. Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian; kemudian kepada Kami kamu dikembalikan.
29:63. Jika kamu tanya mereka, "Siapakah yang turunkan dari langit air, dan dengannya hidupkan bumi setelah ia mati?" mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Segala puji bagi Allah." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak faham.
30:19. Dia keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan keluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Dia hidupkan bumi setelah ia mati; begitulah kamu akan dikeluarkan.
30:24. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah Dia perlihatkan kepada kamu kilat, untuk ketakutan dan harapan, dan Dia turunkan dari langit air, dan Dia hidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham.
30:40. Allah ialah Dia yang cipta kamu, kemudian Dia rezekikan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu; adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang buat sesuatu daripada yang demikian itu? Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!
30:50. Maka perhatikanlah bekas-bekas daripada pengasihan Allah, bagaimana Dia hidupkan bumi setelah ia mati; sesungguhnya Dia yang hidupkan yang mati, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.
30:52. Kamu tidak akan jadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu jadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur.
31:34. Sesungguhnya Allah, Dia mempunyai pengetahuan mengenai Saat; Dia turunkan hujan; Dia tahu apa yang di dalam rahim. Tiada jiwa tahu apa yang ia akan usahakan esok, dan tiada jiwa tahu di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.
32:11. Katakanlah, "Malaikat maut yang diamanahkan untuk kamu akan mematikan kamu, kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu dikembalikan."
33:16. Katakanlah, "Lari tidak bermanfaat kepada kamu, jika kamu lari daripada kematian atau pembunuhan, jika demikian, tidaklah kamu diberi kesenangan hidup, kecuali sedikit."
33:19. Dengan kikir kepada kamu. Apabila ketakutan datang kepada mereka, kamu lihat mereka pandang kepada kamu, dengan mata-mata mereka berputar-putar seperti orang ditutupi kematian; tetapi apabila ketakutan telah pergi, mereka cela kamu dengan lidah yang tajam, dengan kikir untuk miliki yang baik. Mereka itu tidak pernah percayai; Allah jadikan sia-sia amalan-amalan mereka; dan itu, bagi Allah, mudah.
34:14. Dan apabila Kami tentukan kematian kepadanya, tiada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya, melainkan haiwan daripada bumi yang makan tongkatnya; dan apabila dia jatuh, jin lihat dengan jelas bahawa sekiranya mereka tahu yang ghaib, tentu mereka tidak tetap dalam azab yang hina.
35:9. Allah ialah Dia yang mengutus angin, yang menggiatkan awan, kemudian Kami menghalaunya ke tanah yang mati, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati. Begitulah Kebangkitan.
35:22. Tidaklah sama yang hidup dengan yang mati. Allah jadikan mendengar sesiapa Dia hendaki; kamu tidak dapat jadikan orang-orang yang di dalam kubur untuk mendengar.
35:36. Bagi orang-orang tidak percaya, bagi mereka api Jahanam; mereka tidak diakhirkan dan dimatikan, dan tidak juga azabnya diringankan untuk mereka. Begitulah Kami balas setiap orang yang tidak berterima kasih (kafir).
36:12. Sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan orang yang mati, dan tulis apa yang mereka dahulukan, dan apa yang mereka tinggalkan; segala sesuatu Kami jumlahkan di dalam imam (rekod) yang nyata.
36:33. Dan satu ayat bagi mereka ialah bumi yang mati: Kami hidupkannya, dan keluarkan biji-bijian daripadanya, yang daripadanya mereka makan,
37:16. Apa, apabila kami sudah mati dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan dibangkitkan?
37:53. Apa, apabila kami sudah mati, dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan diberi pengadilan?'"
37:58. Apa, adakah kita tidak mati?
37:59. Melainkan kematian kita yang pertama, dan tidakkah kita diazab?
39:30. Kamu akan mati, dan mereka akan mati,
39:42. Allah mematikan jiwa ketika kematian mereka, dan yang belum mati, dalam tidurnya; Dia menahan yang kepadanya Dia telah tentukan kematian, tetapi Dia utuskan yang lain hingga satu tempoh yang dinyatakan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.
40:11. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau matikan kami dua kali, dan dua kali Engkau hidupkan kami; dan kami akui kesalahan-kesalahan kami. Adakah sebarang jalan untuk keluar?"
40:68. Dia yang menghidupkan dan mematikan; apabila Dia tentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya, "Jadilah", dan jadilah ia.
41:39. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa kamu lihat bumi tunduk; kemudian, apabila Kami turunkan air kepadanya ia bergetar dan gelembung. Sesungguhnya yang menghidupkannya ialah Yang menghidupkan yang mati; sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu.
42:9. Atau, adakah mereka ambil untuk mereka wali-wali selain daripada Dia? Tetapi Allah - Dia Wali; dan Dia hidupkan yang mati, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.
43:11. Dan yang turunkan dari langit air menurut ukuran; dan Kami hidupkan dengannya tanah (negeri) yang sudah mati; begitulah kamu akan dikeluarkan,
44:8. Tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia menghidupkan dan mematikan; Pemelihara kamu dan Pemelihara bapa-bapa kamu yang dahulu.
44:35. "Tiadalah ia, melainkan kematian kami yang pertama, dan kami tidak akan dihidupkan.
44:56. Mereka tidak akan merasakan di dalamnya kematian, kecuali kematian yang pertama. Dan Dia lindung mereka daripada azab Jahim,
45:5. Dan pada pergantian malam dan siang, dan rezeki yang Allah turunkan dari langit, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan perkisaran angin, adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham.
45:21. Atau, adakah orang-orang yang buat jahat sangka Kami akan buat mereka seperti orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik , samakah kehidupan mereka dan kematian mereka? Betapa jahatnya apa yang mereka putuskan!
45:24. Mereka berkata, "Tiadalah ia, melainkan kehidupan dunia kita; kita mati, dan kita hidup, dan tiada yang musnahkan kita melainkan masa." Mengenai itu mereka tidak mempunyai pengetahuan; mereka hanya menyangka.
45:26. Katakanlah, "Allah hidupkan kamu, kemudian matikan kamu, kemudian Dia kumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu."
46:33. Apa, tidakkah mereka lihat bahawa Allah yang cipta langit dan bumi, dan tidak berasa letih menciptanya, berkuasa untuk menghidupkan yang mati? Ia, sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu.
47:20. Orang-orang yang percaya berkata, "Mengapa satu surah tidak diturunkan?" Kemudian, apabila satu surah yang jelas diturunkan, dan di dalamnya perang disebut, kamu lihat orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit memandang kepada kamu dengan pandangan seorang ditutupi kematian padanya; tetapi yang lebih patut bagi mereka,
47:34. Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah, dan kemudian mati sedang mereka tidak percaya, merekalah yang Allah tidak akan ampunkan.
49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan janganlah mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka makan daging saudaranya yang sudah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.
50:3. Apa, apabila kami sudah mati dan menjadi tanah? Itu pengembalian yang jauh!"
50:11. Rezeki untuk hamba-hamba, dan dengannya Kami hidupkan tanah yang sudah mati. Begitulah kekeluaran (kebangkitan).
50:19. Sengsara maut datang dengan benar; itulah apa yang kamu jauhkan diri daripadanya!
50:43. Kamilah yang menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kami kepulangan.
53:44. Dan bahawa Dialah yang mematikan, dan yang menghidupkan
56:47. Mereka berkata, "Apa, apabila kami sudah mati dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan dibangkitkan?
56:60. Kami tentukan antara kamu dengan kematian; Kami tidak didahului,
57:2. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; Dia menghidupkan dan Dia mematikan, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.
57:17. Ketahuilah bahawa Allah menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya Kami jelaskan bagi kamu ayat-ayat supaya kamu faham.
62:6. Katakanlah, “Wahai kamu orang-orang Yahudi, jika kamu mendakwa bahawa kamulah wali-wali (sahabat-sahabat) Allah, selain daripada manusia lain, maka inginkanlah kematian, jika kamu berkata benar.”
62:8. Katakanlah, “Sesungguhnya kematian, yang daripadanya kamu lari, akan temui kamu; kemudian kamu dikembalikan kepada Yang Tahu yang ghaib dan yang nyata, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat.”
63:10. Nafkahkanlah daripada apa yang Kami rezekikan kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu, dan dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, mengapa tidak Engkau tangguhkan aku kepada satu tempoh yang dekat, supaya aku bersedekah, dan jadilah aku termasuk orang-orang yang salih (baik).”
67:2. yang mencipta kematian dan kehidupan, supaya Dia uji kamu, siapa antara kamu yang paling baik dalam amalan; dan Dia Yang Perkasa, Yang Pengampun,
75:40. Apa, tidakkah Dia berkuasa untuk menghidupkan yang mati?
77:26. Bagi yang hidup dan yang mati?
80:21. Kemudian mematikannya, dan menanamkannya,
87:13. Kemudian dia tidak mati di dalamnya, dan tidak juga hidup.
 

SURAH ORANG YANG MUKMIN???


DENGAN NAMA ALLAH, YANG PEMURAH, YANG PENGASIH.

40:1. Ha Mim.

40:2. Penurunan Kitab adalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Mengetahui,

40:3. Pengampun kesalahan, Penerima taubat, Keras dalam balasan-Nya, Yang Mewah; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan kepada-Nya kepulangan.

40:4. Tiada, kecuali orang-orang tidak percaya mendebatkan ayat-ayat Allah; maka jangan kamu tertipu dengan ulang-alik mereka di dalam negeri.

40:5. Kaum Nuh, sebelum mereka, telah dustakan, dan golongan-golongan selepas mereka; tiap-tiap umat bermaksud terhadap Rasul mereka, untuk mengambilnya, dan mereka membantah dengan yang palsu untuk menyangkal yang benar dengannya. Kemudian Aku ambil mereka; dan bagaimanakah dengan balasan-Ku!

40:6. Begitulah, Kata Pemelihara kamu telah wajar ke atas orang-orang tidak percaya bahawa merekalah penghuni-penghuni Api.

40:7. Mereka yang membawa Arasy, dan mereka di sekelilingnya menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan percayai-Nya, dan mereka minta ampun untuk orang-orang yang percaya, "Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunkanlah orang-orang yang bertaubat, dan ikut jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.

40:8. Wahai Pemelihara kami, dan masukkanlah mereka ke Taman Adn yang Engkau janjikan mereka dan orang-orang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

40:9. Dan lindungilah mereka daripada kejahatan-kejahatan; sesiapa Engkau lindung daripada kejahatan-kejahatan pada hari itu, kepadanya Engkau mengasihaninya; dan itulah kemenangan yang besar."

40:10. Diumumkan kepada orang-orang tidak percaya, "Sungguh, kebencian Allah adalah lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri-diri (sesama) kamu, ketika kamu diseru kepada keimanan, dan kamu tidak percaya."

40:11. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau matikan kami dua kali, dan dua kali Engkau hidupkan kami; dan kami akui kesalahan-kesalahan kami. Adakah sebarang jalan untuk keluar?"

40:12. Itu adalah kerana, apabila diseru kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu percayai. Putusan adalah bagi Allah, Yang Tinggi, Yang Besar.

40:13. Dia yang memperlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya, dan turunkan kepada kamu dari langit, rezeki; namun begitu, tiada yang mengingati kecuali orang yang berkesesalan.

40:14. Maka serulah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya, meskipun orang-orang tidak percaya membencinya.

40:15. Yang naikkan darjat, Yang mempunyai Arasy, lemparkan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya, supaya dia beri amaran kepada mereka mengenai Hari Pertemuan,

40:16. Pada hari mereka pergi, dan tiada daripada kepunyaan mereka tersembunyi daripada Allah. "Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini?" "Kepunyaan Allah, Yang Satu, Yang Menakluki.

40:17. Pada hari ini tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa yang ia usahakan; tidak ada kezaliman pada hari ini. Sesungguhnya Allah cepat buat hitungan."

40:18. Dan berilah mereka amaran mengenai Hari Yang Dekat, apabila, tercekik dengan penderitaan, hati-hati berada di kerongkongan, dan orang-orang zalim tidak ada seorang sahabat setia, dan tidak ada pengantara untuk ditaati.

40:19. Dia tahu pengkhianatan mata, dan apa yang dada sembunyikan.

40:20. Allah memutuskan dengan adil, dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak memutuskan sesuatu pun. Sesungguhnya Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Melihat.

40:21. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka lebih kuat daripada mereka sendiri dalam kekuatan, dan mereka tinggalkan bekas-bekas yang lebih kukuh di bumi; namun begitu, Allah ambil mereka dengan kesalahan-kesalahan mereka, dan mereka tidak ada sesiapa untuk pertahankan mereka daripada Allah.

40:22. Itu adalah kerana Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka tidak percaya, maka Allah ambil mereka. Sesungguhnya Dia Kuat, keras dalam balasan-Nya.

40:23. Dan Kami utus Musa dengan ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata,

40:24. Kepada Firaun, dan Haman, dan Karun; mereka berkata, "Seorang ahli sihir yang dusta!"

40:25. Dan apabila dia datangkan kepada mereka yang benar daripada Kami, mereka berkata, "Bunuhlah anak-anak lelaki orang-orang yang percaya bersama dia, dan biarkan hidup perempuan-perempuan mereka." Tetapi muslihat orang-orang tidak percaya adalah dalam kesesatan.

40:26. Dan Firaun berkata, "Biarlah aku bunuh Musa, dan hendaklah dia menyeru Pemeliharanya. Aku takut bahawa dia akan tukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di bumi."

40:27. Dan Musa berkata, "Aku berlindung pada Pemeliharaku, dan Pemelihara kamu, daripada setiap orang yang sombong, dan tidak percayai Hari Perhitungan."

40:28. Kemudian berkata seorang lelaki yang mukmin daripada keluarga Firaun yang sembunyikan keimanannya, "Apa, adakah kamu akan bunuh seorang lelaki kerana dia berkata, 'Pemeliharaku ialah Allah' walaupun dia datangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu? Jika dia seorang pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya; tetapi jika dia benar, maka sebahagian daripada apa dia janjikan kamu akan menimpa kamu. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada orang yang membazir (berlebihan), dan pendusta.

40:29. Wahai kaumku, hari ini kerajaan kepunyaan kamu, yang berkuasa di bumi. Tetapi siapakah yang menolong kita terhadap bencana Allah, jika ia datang kepada kita?" Firaun berkata, "Aku hanya lihatkan kepada kamu apa yang aku lihatkan; aku hanya beri petunjuk kepada kamu pada jalan lurus."

40:30. Kemudian berkata orang yang percaya, "Wahai kaumku, aku takut untuk kamu akan yang serupa dengan hari golongan-golongan,

40:31. Seperti keadaan kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang yang sesudah mereka; dan Allah tidak hendak zalimkan hamba-hamba-Nya.

40:32. Wahai kaumku, aku takut untuk kamu akan Hari Panggil-Memanggil,

40:33. Pada hari kamu berpaling, berundur, dengan tanpa yang melindungi kamu daripada Allah; dan sesiapa Allah sesatkan, tidak ada baginya yang beri petunjuk.

40:34. Yusof telah datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia datangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia sudah mati, kamu berkata, 'Allah tidak akan bangkitkan seorang Rasul selepas dia.' Begitulah Allah sesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan yang ragu-ragu."

40:35. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah, tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, amatlah besar kebencian di sisi Allah, dan di sisi orang-orang yang percaya; demikianlah Allah tutup setiap hati yang sombong, bongkak.

40:36. Firaun berkata, "Wahai Haman, binalah untukku sebuah menara yang tinggi supaya aku sampai di tali-tali,

40:37. Tali-tali langit, dan lihat Tuhan Musa; kerana aku sangka dia seorang pendusta." Maka kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah bagi Firaun, dan dia dihalang daripada jalan, dan muslihat Firaun hanyalah dalam kebinasaan.

40:38. Kemudian berkata orang yang percaya, "Wahai kaumku, ikutlah aku, dan aku akan beri petunjuk kepada kamu pada jalan lurus.

40:39. Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang berlalu; sesungguhnya akhiratlah tempat kediaman yang stabil.

40:40. Sesiapa buat jahat, ia tidak dibalas melainkan dengan yang serupa dengannya, tetapi sesiapa buat satu kerja baik , lelaki atau perempuan, dan dia mukmin - mereka itu akan masuk Taman, di dalamnya diberi rezeki tanpa hitungan.

40:41. Wahai kaumku, bagaimanakah dengan aku, bahawa aku seru kamu kepada keselamatan, dan kamu seru aku ke Api?

40:42. Kamu seru aku supaya aku tidak percaya kepada Allah, dan untuk sekutukan-Nya dengan apa yang aku tiada pengetahuan, sedang aku seru kamu kepada Yang Perkasa, Yang Pengampun.

40:43. Tidak syaklah bahawa kamu seru aku kepada yang tiada seruan untuknya, di dunia dan tidak juga di akhirat, dan kepada Allah kita kembali, dan bahawa orang-orang yang membazir (berlebihan) adalah penghuni-penghuni Api.

40:44. Kamu akan ingat apa yang aku kata kepada kamu. Aku menyerahkan urusanku kepada Allah; sesungguhnya Allah lihat hamba-hamba-Nya."

40:45. Maka Allah melindunginya daripada kejahatan tipu daya mereka, dan meliputi keluarga Firaun, azab yang jahat,

40:46. Api, yang kepadanya mereka dikemukakan pagi dan petang; dan pada hari apabila Saat datang, "Masukkanlah keluarga Firaun ke dalam azab yang paling keras!"

40:47. Dan apabila mereka berdebat-debatan di dalam Api, dan orang-orang yang lemah berkata kepada orang-orang yang sombong, "Sesungguhnya kami pengikut-pengikut kamu; adakah kamu berguna kepada kami terhadap mana-mana bahagian daripada Api?"

40:48. Orang-orang yang sombong berkata, "Kita semua di dalamnya; sesungguhnya Allah telah memutuskan antara hamba-hamba-Nya."

40:49. Dan orang-orang yang di dalam Api berkata kepada penjaga-penjaga Jahanam, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk meringankan bagi kami sehari daripada azab!"

40:50. Mereka berkata, "Tidakkah Rasul-Rasul kamu mendatangkankepada kamu bukti-bukti yang jelas?" Mereka berkata, "Ia, benar." Mereka berkata, “Maka serulah.” Tetapi seruan orang-orang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.

40:51. Sesungguhnya Kami akan tolong Rasul-Rasul Kami dan orang-orang yang percaya, di dalam kehidupan dunia, dan pada hari apabila saksi-saksi bangkit,

40:52. Pada hari apabila alasan-alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang zalim, dan bagi mereka laknat, dan bagi mereka, tempat tinggal yang jahat.

40:53. Dan Kami beri Musa petunjuk, dan Kami wariskan Bani Israil, Kitab,

40:54. Untuk satu petunjuk, dan satu peringatan, bagi orang-orang empunya minda.

40:55. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar, dan mintalah ampun atas kesalahan kamu, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu pada waktu petang dan awal pagi.

40:56. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, di dalam dada mereka hanyalah kebanggaan yang mereka tidak akan capai. Maka kamu berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.

40:57. Sungguh, ciptaan langit dan bumi adalah lebih besar daripada ciptaan manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

40:58. Tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang boleh melihat, orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dengan orang yang buat jahat. Sedikit sekali kamu mengingati.

40:59. Saat pasti datang, tidak ada keraguan padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.

40:60. Pemelihara kamu berkata, "Serulah kepada-Ku, dan Aku akan sahut kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina."

40:61. Allah yang buatkan untuk kamu malam, untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat. Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur (berterima kasih).

40:62. Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu, Pencipta segala sesuatu; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan?

40:63. Begitulah dipalingkan orang-orang yang sangkal ayat-ayat Allah.

40:64. Allah yang buatkan untuk kamu, bumi, sebuah tempat yang tetap, dan langit, bangunan; dan Dia membentuk kamu, dan membentuk kamu dengan baik, dan rezekikan kamu dengan benda-benda yang baik. Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu, maka berkatnya Allah, Pemelihara semua alam.

40:65. Dia Yang Hidup; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka serulah Dia, dengan menuluskan agama untuk-Nya. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.

40:66. Katakanlah, "Aku dilarang sembah orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepadaku daripada Pemeliharaku; dan aku diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam."

40:67. Dia yang cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian Dia keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian supaya kamu sampai dewasa, supaya kemudian kamu jadi tua, dan antara kamu ada yang mati sebelum itu, dan supaya kamu sampai tempoh yang dinyatakan, supaya kamu faham.

40:68. Dia yang menghidupkan dan mematikan; apabila Dia tentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya, "Jadilah", dan jadilah ia.

40:69. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah, bagaimana mereka dipalingkan?

40:70. Orang-orang yang dustakan Kitab, dan apa yang dengannya Kami utus Rasul-Rasul Kami - kelak mereka akan tahu!

40:71. Apabila belenggu dan rantai berada pada leher mereka, dan mereka diheret,

40:72. Ke dalam air yang mendidih, kemudian di dalam Api mereka dibakar,

40:73. Kemudian dikatakan kepada mereka, "Di manakah mereka yang kamu sekutukan,

40:74. Selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka sudah sesat (hilang) daripada kami; tidak, tetapi tiadalah sama sekali yang kami seru dahulu." Begitulah Allah sesatkan orang-orang tidak percaya.

40:75. "Itu adalah kerana kamu gembira di bumi tanpa patut, dan kamu sangat girang.

40:76. Masuklah pintu-pintu Jahanam, untuk tinggal di dalamnya selama-lamanya." Buruknya tempat tinggal orang-orang yang sombong!

40:77. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar. Sama ada Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami janjikan mereka, atau Kami matikan kamu, maka kepada Kami, mereka akan dikembalikan.

40:78. Kami telah utus Rasul-Rasul sebelum kamu; antara mereka, Kami ceritakan kepada kamu, dan antara mereka, Kami tidak ceritakan kepada kamu. Tiadalah bagi seseorang Rasul untuk datangkan satu ayat melainkan dengan izin Allah. Apabila perintah Allah datang, dengan adil perkara diputuskan; kemudian rugilah di sana orang-orang yang ikut yang palsu.

40:79. Allah yang buatkan untuk kamu binatang ternak, sebahagian mereka untuk ditunggangi, dan daripada sebahagiannya, kamu makan.

40:80. Manfaat lain juga kamu dapati pada mereka; dan supaya kamu mencapai satu hajat yang di dalam dada kamu, dan di atas mereka dan di atas kapal, kamu dibawa.

40:81. Dan Dia perlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; maka ayat-ayat Allah yang manakah kamu nafikan?

40:82. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka adalah lebih ramai daripada mereka sendiri, dan lebih dalam kekuatan, dan mereka tinggalkan bekas-bekas yang lebih kukuh di bumi; namun begitu, apa yang mereka usahakan tidak berguna bagi mereka.

40:83. Maka apabila Rasul-Rasul mereka datang kepada mereka, dengan bukti-bukti yang jelas, mereka gembira dengan pengetahuan yang mereka ada, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.

40:84. Kemudian, apabila mereka lihat bencana Kami, mereka berkata, "Kami percaya kepada Allah satu-satunya, dan kami tidak percaya kepada apa yang kami telah sekutukan dengan-Nya."


40:85. Tetapi iman mereka, apabila mereka melihat bencana Kami, tidak bermanfaat kepada mereka - sunnah (resam) Allah, seperti yang telah berlalu pada hamba-hamba-Nya; maka rugilah orang-orang tidak percaya di sana.