The Alien - Link Select

Khamis, 18 Ogos 2016

SURAH YA SIN ???



Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. 
36:1. Ya Sin. 
36:2. Demi al-Qur'an yang bijaksana. 
36:3. Sesungguhnya kamu adalah di kalangan para utusan, 
36:4. Di atas jalan lurus. 
36:5. Penurunan daripada Yang Perkasa, Yang Pengasih, 
36:6. Supaya kamu beri amaran kepada kaum yang bapa-bapa mereka tidak diberi amaran, lalu mereka lalai. 
36:7. Wajarlah Ucapan ke atas kebanyakan mereka, lalu mereka tidak percayai. 
36:8. Sesungguhnya, Kami letak pada leher-leher mereka belenggu-belenggu sampai ke dagu, lalu kepala-kepala mereka ditinggikan, 
36:9. Dan Kami letak di hadapan mereka satu benteng, dan di belakang mereka satu benteng; dan Kami tutup mereka, lalu mereka tidak melihat. 
36:10. Sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri amaran kepada mereka atau kamu tidak beri amaran kepada mereka, mereka tidak percayai. 
36:11. Kamu hanya beri amaran kepada orang yang ikut Peringatan, dan yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib; maka berilah dia berita gembira dengan ampunan dan upah yang mulia. 
36:12. Sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan orang yang mati, dan tulis apa yang mereka dahulukan, dan apa yang mereka tinggalkan; segala sesuatu Kami jumlahkan di dalam imam (rekod) yang nyata. 
36:13. Buatlah bagi mereka satu persamaan - penduduk sebuah bandaraya apabila utusan-utusan datang kepadanya, 
36:14. Apabila Kami utus kepada mereka dua orang, tetapi mereka dustakan mereka, maka Kami utus yang ketiga untuk memperkuatkan. Mereka berkata, "Sesungguhnya kami adalah utusan-utusan kepada kamu." 
36:15. Mereka berkata, "Tiadalah kamu, melainkan manusia-manusia yang serupa dengan kami; Yang Pemurah tidak turunkan  sesuatu. Tiadalah kamu, melainkan kamu berdusta." 
36:16. Mereka berkata, "Pemelihara kami tahu bahawa kami adalah utusan-utusan kepada kamu, 
36:17. Dan atas kami hanyalah untuk sampaikan yang jelas." 
36:18. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu. Jika kamu tidak berhenti, kami akan rejam kamu, dan akan menimpa kamu, daripada kami, azab yang pedih." 
36:19. Mereka berkata, "Ramalan kamu adalah bersama kamu, jika kamu diingatkan; tetapi kamu adalah kaum yang membazir (berlebihan)." 
36:20. Kemudian datang seorang lelaki dari bahagian kota yang terjauh, berlari; dia berkata, "Wahai kaumku, ikutlah utusan-utusan, 
36:21. Ikutlah orang yang tidak minta upah kepada kamu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar. 
36:22. Dan mengapakah aku tidak akan sembah Yang memulakan aku, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan? 
36:23. Apa, adakah aku akan ambil selain daripada Dia, tuhan-tuhan yang pengantaraannya, jika Yang Pemurah hendak mudarat untukku, tidak berguna bagiku sedikit pun, dan yang tidak selamatkan aku? 
36:24. Sesungguhnya aku, jika begitu, adalah dalam kesesatan yang nyata. 
36:25. Sesungguhnya, aku percaya kepada Pemelihara kamu; maka dengarlah aku!" 
36:26. Dikatakan, "Masuklah ke Taman!" Dia berkata, "Alangkah baiknya sekiranya kaumku tahu, 
36:27. Bahawa Pemeliharaku ampunkan aku, dan Dia letak aku di kalangan orang-orang yang dimuliakan." 
36:28. Dan Kami tidak turunkan kepada kaumnya, selepas dia, sebarang tentera dari langit, dan tidak juga Kami turunkan apa-apa. 
36:29. Ia hanyalah satu Teriakan, dan tiba-tiba, mereka senyap dan kaku. 
36:30. Aduhai, sesalnya hamba-hamba itu! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka memperolok-olokkannya. 
36:31. Apa, tidakkah mereka lihat berapa banyaknya generasi yang Kami telah musnahkan sebelum mereka, dan tiadalah bagi mereka untuk mereka kembali? 
36:32. Mereka, kesemua mereka, akan dihadapkan kepada Kami. 
36:33. Dan satu ayat bagi mereka ialah bumi yang mati: Kami hidupkannya, dan keluarkan biji-bijian daripadanya, yang daripadanya mereka makan, 
36:34. Dan Kami buatkan di dalamnya kebun-kebun palma dan anggur, dan padanya Kami pancarkan mata air, 
36:35. Supaya mereka memakan buah-buahannya, dan apa yang tangan-tangan mereka buat. Apa, tidakkah mereka berterima kasih? 
36:36. Dia disanjung, yang mencipta semua pasangan daripada apa yang bumi tumbuhkan, dan daripada diri-diri mereka sendiri, dan daripada apa yang mereka tidak tahu. 
36:37. Dan satu ayat bagi mereka ialah malam; Kami menanggalkan siang daripadanya, dan tiba-tiba, mereka dalam kegelapan. 
36:38. Dan matahari - ia berlayar ke satu tempat rehat yang tetap; itulah ketentuan Yang Perkasa, YangMengetahui. 
36:39. Dan bulan - Kami tetapkan ia dengan pengkalan-pengkalan sehingga ia kembali seperti sebatang dahan palma yang tua. 
36:40. Tidaklah patut bagi matahari memotong bulan, dan tidak juga malam mendahului siang, masing-masing berenang dalam falak (orbit). 
36:41. Dan satu ayat bagi mereka ialah bahawa Kami bawa keturunan mereka di dalam kapal yang penuh muatan,
36:42. Dan Kami ciptakan untuk mereka yang serupa dengan apa yang mereka tunggang,
36:43. Dan jika Kami hendaki, Kami tenggelamkan mereka kemudian tidak ada yang kepadanya dimohonkan pertolongan bagi mereka, dan tidak juga mereka diselamatkan,
36:44. Melainkan sebagai satu pengasihan daripada Kami, dan satu kesenangan untuk satu waktu.
36:45. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Takutilah apa yang di hadapan kamu, dan apa yang di belakang kamu supaya kamu dikasihani."
36:46. Dan tiada sesuatu ayat daripada ayat-ayat Pemelihara mereka yang datang kepada mereka melainkan mereka berpaling daripadanya.
36:47. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Nafkahkanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu", orang-orang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Apa, adakah kami memberi makan kepada orang yang, jika Allah hendak, Dia memberinya makan? Kamu hanyalah dalam kesesatan yang nyata!"
36:48. Dan mereka berkata, "Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?"
36:49. Mereka hanya menanti satu Teriakan untuk mengambil mereka ketika mereka sedang bertengkar, 
36:50. Kemudian mereka tidak boleh buat sesuatu wasiat, dan tidak juga mereka kembali kepada keluarga mereka. 
36:51. Dan trompet ditiup; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka. 
36:52. Mereka berkata, "Celakalah kami! Siapakah yang bangkitkan kami daripada tempat tidur kami? Inilah apa Yang Pemurah janjikan, dan para utusan berkata benar." 
36:53. Ia hanyalah satu Teriakan; kemudian tiba-tiba, mereka kesemuanya dihadapkan kepada Kami. 
36:54. Maka pada hari ini, tiada jiwa dizalimi sedikit pun, dan tidaklah kamu dibalas melainkan dengan apa kamu buat. 
36:55. Sesungguhnya penghuni-penghuni Taman pada hari ini sibuk dalam kegembiraan mereka. 
36:56. Mereka dan pasangan-pasangan mereka bersandar di atas sofa di tempat teduh. 
36:57. Bagi mereka di dalamnya buah-buahan, dan bagi mereka apa yang mereka seru. 
36:58. "Salam!" ialah ucapan daripada Pemelihara yang Pengasih. 
36:59. "Pisahkanlah diri-diri kamu, wahai orang-orang yang berdosa, pada hari ini! 
36:60. Tidakkah Aku buat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak sembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu, 
36:61. Dan bahawa kamu hendaklah menyembah Aku? Inilah jalan lurus. 
36:62. Ia telah sesatkan sebahagian besar antara kamu; tidakkah kamu faham? 
36:63. Inilah Jahanam yang kamu telah dijanjikan, 
36:64. Pangganglah di dalamnya pada hari ini kerana kamu tidak percaya!" 
36:65. Pada hari ini, Kami letak satu penutup pada mulut-mulut mereka, dan tangan-tangan mereka berkata-kata kepada Kami, dan kaki-kaki mereka menyaksikan terhadap apa yang mereka telah usahakan. 
36:66. Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami hapuskan mata mereka, kemudian mereka berlumba-lumba ke jalan, tetapi bagaimanakah mereka lihat? 
36:67. Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami ubah mereka di mana mereka berada, kemudian mereka tidak boleh maju, dan tidak juga mereka dapat kembali. 
36:68. Dan kepada sesiapa yang kami beri umur yang panjang, Kami lenturkan dia pada ciptaannya (tubuhnya); apa, tidakkah mereka faham? 
36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas. 
36:70. Supaya dia beri amaran kepada sesiapa yang hidup, dan supaya Ucapan jadi wajar ke atas orang-orang tidak percaya. 
36:71. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami ciptakan untuk mereka daripada apa yang tangan Kami buat, binatang ternak yang mereka miliki? 
36:72. Kami tundukkannya untuk mereka, dan sebahagiannya mereka tunggang, dan sebahagiannya mereka makan. 
36:73. Manfaat lain juga mereka dapati padanya, dan minuman. Apa, tidakkah mereka berterima kasih? 
36:74. Namun begitu, mereka ambil selain daripada Allah tuhan-tuhan supaya mereka ditolong. 
36:75. Mereka tidak boleh tolong mereka, walaupun mereka adalah tentera yang disediakan untuk mereka. 
36:76. Maka janganlah ucapan mereka menyedihkan kamu; sesungguhnya Kami tahu apa yang mereka rahsiakan, dan apa yang mereka siarkan. 
36:77. Sudahkah manusia renungkan bagaimana Kami menciptanya daripada setitis mani? Kemudian tiba-tiba, dia jadi penentang yang nyata. 
36:78. Dan dia buatkan bagi Kami suatu persamaan dan melupakan ciptaannya; dia berkata, "Siapakah yang hidupkan tulang-tulang apabila ia sudah reput?" 
36:79. Katakanlah, "Yang menghidupkannya ialah Yang menumbuhkannya pada kali pertama; Dia tahu segala ciptaan, 
36:80. Yang buatkan untuk kamu daripada pokok yang hijau, api, dan tiba-tiba, daripadanya kamu nyalakan api." 
36:81. Tidakkah Dia yang cipta langit dan bumi berkuasa untuk mencipta yang serupa dengan mereka? Ia, Dia Yang Pencipta, Yang Mengetahui. 
36:82. Perintah-Nya, apabila Dia hendakkan sesuatu adalah untuk berkata padanya, "Jadilah", maka jadilah ia. 
36:83. Dia disanjung, yang di tangan-Nya dominion segala sesuatu, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.