The Alien - Link Select

Selasa, 17 Mei 2016

WAKTU SOLAT MENURUT QUR’AN ???


WAKTU SOLAT

ALLAH S.W.T
berfirman :
 "Kami buatkan malam dan siang sebagai dua ayat; kemudian Kami hapuskan ayat malam, dan Kami buatkan ayat siang untuk melihat supaya kamu cari pemberian daripada Pemelihara kamu, dan supaya kamu tahu bilangan tahun, dan hitungan; dan segala sesuatu Kami jelaskan dengan cukup jelas."
[Q.S. 17 : 12]

Dalam sehari ada 24 jam, dalam sehari juga ada siang dan malam.  Pembahagian jam bagi siang adalah 12 jam dan malam pula mendapat bahagian yang sama iaitu 12 jam.  Oleh itu sekiranya matahari terbit pada jam 7 pagi, maka secara lumrahnya matahari akan terbenam pada jam 7 petang.  Ini menepati masa yang diperuntukan sebanyak 12 jam.

Untuk menentukan waktu solat yang tepat bagi  ‘2 TEPI SIANG’.  Kita wajib faham sistem 24 jam sehari ataui 12 jam siang dan 12 jam malam. 

"Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam..."
[ QS 11 : 114 ]

KATA KUNCINYA : SIANG (zon yang merujuk kepada matahari terbit dan sebelum terbenam)

Tepi siang pertama adalah tepat pada waktu Fajar  seperti yang digambarkan dalam surah AL-BAQARAH 2 : 187.   Waktu Fajar adalah permulaan bagi siang.  Ia digelar TEPI SIANG PERTAMA.  Manakala Tepi siang kedua ialah pada waktu akhir siang iaitu pada jam waktu sebelum matahari terbenam(Masih dalam zon Siang). 

Sekiranya Waktu Fajar atau siang bermula pada jam 6 pagi.  Maka waktu siang akan berakhir pada tepat 12 jam bermula dari jam 6 pagi, iaitu tepat pada jam 6 petang.  Dan dari contoh ini, waktu TEPI SIANG KEDUA ialah pada jam 6 petang. Ini memenuhi peruntukan 12 jam untuk siang.

Sekiranya waktu solat Fajar ditentukan dari mula terbit Fajar hingga matahari terbit iaitu dalam lebih kurang dari jam 6 pagi hingga jam 7 pagi ketika matahari terbit.  Maka waktu solat Fajar itu ada tempoh masa selama sejam atau lebih.    Manakala, Solat Wusta  yang ditunaikan di antara dua solat (Solat Fajar dan Solat Isyak) tepat pada jam 6 hingga 7 petang (cukup 12 jam peruntukan untuk siang : jam 7 pagi –jam 7 malam jumlah semuanya 12 jam). 12 jam lagi adalah peruntukan untuk waktu malam.


Menurut surah Al- Muzzammil : 20  

Malam dibahagikan kepada tiga.  Menggunakan sistem 1/3 malam, 2/3 malam  dan separuh malam(1/2).  Oleh itu malam ada 12 jam. Malam bermula dari jam 7 petang  pada waktu matahari terbenam hingga jam 7 pagi pada waktu matahari terbit.  Ini juga cukup 12 jam seperti mana siang ada 12 jam.

"Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah tentukan malam dan siang..."
[Q.S. AL-MUZZAMMIL : 20]


SISTEM MUZZAMMIL 20
berikut ialah pembahagian malam menurut sistem ini.
1/3 malam  kali dengan 12 jam :  setiap bahagian malam akan mendapat 4 jam.

Oleh itu :
Jam 7 hingga jam 11 malam ada 4 jam.  dari jam 11 hingga jam 3 pagi ada 4 jam  dan dari jam 3 pagi hingga jam 7 pagi ada 4 jam.  jumlah kesuluruhannya adalah 12 jam untuk malam.

2/3 malam pula merujuk kepada jam 3 pagi dalam sistem ini. 

Dan 1/2 malam ialah tepat pada jam 1 pagi kalau dikira dari jam peruntukan 12 jam bermula dari jam 7 malam hingga 7 pagi siang.

Oleh itu sekiranya waktu solat lebih awal berbanding dari terbit matahari iaitu sebelum jam 7 pagi.   Waktu solat tepi siang kedua akan berakhir pada jam 6 petang.  Ini merupakan pembahagian adil dari segi jam dan waktu siang dan malam.

Oleh itu untuk menentukan di mana awal malam berada.  Kita akan akan ikut sistem 1/3 ini.  Menurut sistem ini 4 jam pertama dari malam adalah awal malam, 4 jam seterusnya adalah kegelapan tengah malam atau tengah malam dan 4 jam selepas itu adalah akhir malam.

Oleh itu Solat yang dilakukan pada awal malam rentang waktunya adalah bermula dari jam 7 hingga jam 11 malam.  Ini merupakan ‘Awal Malam’.  Dalam surah 11 : 114, “..dirikanlah solat… dan pada awal malam(Zulafan minalail) .  Maka waktu kita solat dari jam 7 hingga jam 11 malam.  Solat yang ditunaikan di awal malam adalah solat ISYAK.  Kerana ISYAK bermaksud  SENJA  atau  “AWAL MALAM.”

"Dan mereka datang kepada bapa mereka pada waktu ISYAK (‘ISHAAN : AWAL MALAM); mereka menangis."
[ QS.12 : 16 ]

Yang bermula ketika ‘matahari terbenam hingga kegelapan malam’ - Selari dengan ayat AYAT INI YANG MENERANGKAN LAGI BAGAIMANA SITUASI DAN KIRAAN BERMULA UTNUK AWAL MALAM. IAITU DARI TERBENAM MATAHARI HINGGA KEGELAPAN MALAM.

"Lakukan solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam..." [Q.S. 17 : 78]



Matahari terbenam dalam jam 7 ke atas dan Selepas jam 11 malam akan jadi lebih gelap.-KEGELAPAN MALAM.

Oleh itu, jelas di sini dari pengiraan siang dan malam, pembahagian masa dan wahyu yang diutarakan sebagai dalil.  Saya memutuskan bahawa waktu-waktu solat 3 waktu adalah seperti berikut.

SOLAT FAJAR  : Jam 6-7 pagi (Tepi siang pertama : Zon Siang)
SOLAT WUSTA : Jam 6-7 petang (Tepi siang kedua: Zon Siang)
SOLAT ISYAK : JAM 7-11 malam ( Zon Awal malam)




NAMA-NAMA SOLAT



SOLAT FAJAR  
(SALATI FAJR)
Keadaan Waktu Fajar disebut dalam ayat  2:187
Nama solat Fajar disebut dalam ayat 24:58
Waktu solat Fajar di sebut dalam 11:114




SOLAT WUSTA
(SALATI WUSTA)
Keadaan Waktu Wusta disebut dalam 17 :78
Nama solat disebut dalam 2:238
Waktu solat disebut dalam 11:114


SOLAT ISYAK
(SALATI ISYAK)
Keadaan Waktu Isyak disebut dalam 11:114, 17:78
Nama solat disebut dalam 24:58
Waktu Solat disebut  dalam 11:114

*SEKIRANYA TERTINGGAL MANA-MANA SOLAT 3 WAKTU.  TIDAK PERLU MENGGANTINYA TETAPI MOHONLAH AMPUN KEPADA ALLAH. 

"Yang, apabila mereka lakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan minta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan siapakah yang akan ampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka lakukan sedang mereka mengetahuinya." (3:135)

 *CONTOH DOA MOHON AMPUN KEPADA ALLAH.

"Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunkanlah aku." (28:16)

"Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami percaya; ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lindungilah kami daripada azab Api." (3:16)


"Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak ampunkan kami dan kasihani kami, tentu kami jadi antara orang-orang yang rugi." (7:23)


WALLAHU'ALAM











Tiada ulasan: