The Alien - Link Select

Isnin, 22 Jun 2015

SOLAT FARDHU DAN RAKAATNYA???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
”Maha suci Allah yang telah menjalankan (ASRA) hamba-Nya (Muhammad) pada waktu malam dari al-Masjidil-Haram (di Mekah) ke al-Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami memberkati sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
[ Q.S. AL-ISRA 17 : 1 ]

“Maka apakah kamu (musyrikin Mekah) hendak membantahnya tentang apa yang dilihatnya itu?, Dan sungguh, dia (Muhammad) telah melihatnya (dalam rupanya yang sebenar) pada waktu yang lain (Mihraj), Iaitu di Sidratulmuntaha, Dekat dengannya ada syurga tempat tinggal."
[ Q.S AL-NAJM 53 : 14 – 15 ]

 “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu, dalam tiga masa; sebelum SOLAT FAJAR dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari ( Az-Zahri ), dan sesudah SOLAT ISYAK; itulah tiga masa bagi kamu...”
[ Q.S. AN-NUR 24 : 58)

WAKTU SOLAT
“PELIHARA-lah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) SOLAT-SOLAT, khasnya SOLAT WUSTA (SOLAT PERTENGAHAN), dan berdirilah kerana ALLAH (dalam SOLAT kamu) dengan taat dan khusyuk.”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 238 ]

"Dan DIRIKANLAH SOLAT- SOLAT(wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang  ( pagi dan petang ), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama SOLAT) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.”
[ Q.S. HUD 11 : 114 ]

“DIRIKANLAH olehmu SOLAT- SOLAT ketika gelincir matahari (ZOHOR) hingga waktu gelap malam (ASAR, MAGHRIB DAN ISYAK), dan Bacaan Fajar sesungguhnya Bacaan Fajar itu adalah disaksikan. Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah TAHAJJUD padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
[ Q.S. AL-ISRA 17 : 78-79 ]

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan untuk mengerjakan SOLAT pada hari JUMAAT, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), Apabila telah ditunaikan SOLAT, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”
[ Q.S. JUMU’AH 62 : 9-10 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Aku telah didatangi Buraq. Yaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keledai tetapi lebih kecil dari bighal. Ia merendahkan tubuhnya sehingga perut buraq tersebut mencapai ujungnya." Beliau bersabda lagi: "Maka aku segera menungganginya sehingga sampai ke Baitul Maqdis .... Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar seperti telinga gajah dan ternyata buahnya sebesar tempayan." Beliau bersabda: "Ketika beliau menaikinya dengan perintah Allah, maka sidrah muntaha berubah. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya karena indahnya. Lalu Allah memberikan wahyu kepada beliau dengan mewajibkan shalat lima puluh waktu sehari semalam. Lalu aku turun dan bertemu Nabi Musa Alaihissalam, dia bertanya, 'Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? ' Beliau bersabda: "Shalat lima puluh waktu'. Nabi Musa berkata, 'Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan karena umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencoba Bani Israel dan menguji mereka'. Beliau bersabda: "Aku kembali kepada Tuhan seraya berkata, 'Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku'. Lalu Allah subhanahu wata'ala. mengurangkan lima waktu shalat dari beliau'. Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan berkata, 'Allah telah mengurangkan lima waktu shalat dariku'. Nabi Musa berkata, 'Umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi'. Beliau bersabda: "Aku masih saja bolak-balik antara Tuhanku dan Nabi Musa, sehingga Allah berfirman: 'Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan lima waktu sehari semalam. Setiap shalat fardu dilipatgandakan dengan sepuluh kali lipat. Maka itulah lima puluh shalat fardu. Begitu juga barangsiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, niscaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya barangsiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, niscaya tidak dicatat baginya sesuatu pun. Lalu jika dia mengerjakannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya'. Aku turun hingga sampai kepada Nabi Musa, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih saja berkata, 'Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan'. Aku menjawab, 'Aku terlalu banyak berulang-ulang kembali kepada Tuhanku, sehingga menyebabkanku malu kepada-Nya'."
Daripada Anas bin Malik R.A, Tsabit al-Bunani, Hammad bin Salamah dan Syaiban bin Farrukh
[ H.R.S  : Imam Muslim Ra. A. ]

“Turun Jibril, lalu dia menjadi imam bagiku Dan aku sholat bersamanya, kemudian aku sholat bersamanya, lalu aku sholat bersamanya dan aku sholat bersamanya dan aku sholat bersamanya Nabi menghitung dengan lima anak jarinya.”
Daripada Abu Mas’ud R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

Nabi SAW di datangi oleh Jibril a.s dan berkata kepadanya, “Bangunlah dan lakukan solat.” Maka beliau melakukan solat ZOHOR ketika matahari tergelincir. Kemudian waktu ASAR menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Asar ketika panjang bayangan segala benda sama dengan panjang benda itu. Kemudian waktu MAGHRIB menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Maghrib ketika matahari terbenam. Kemudian waktu ISYA' menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Isyak ketika syafaq (mega merah) menghilang. Kemudian waktu SUBUH menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Subuh ketika waktu fajar merekah/ menjelang.”
Daripada Jabir bin Abdullah R.A
[ H.R.S : Imam Ahmad, Nasai dan Tirmizi Ra. A. ]

”Aku adalah orang yang paling menghafal di antara kalian tentang shalatnya Rasulullah SAW. Aku melihatnya tatkala bertakbir , menjadikan kedua tangannya sejajar dengan kedua pundaknya, dan jika ruku’, beliau menetapkan kedua tangannya pada kedua lututnya, lalu meluruskan punggungnya. Dan jika beliau mengangkat kepalanya, maka ia berdiri tegak hingga kembali setiap dari tulang belakangnya ke tempatnya. Dan jika beliau sujud, maka beliau meletakkan kedua tangannya tanpa menidurkan kedua lengannya dan tidak pula melekatkannya (pada lambungnya), dan menghadapkan jari-jari kakinya kearah kiblat. Dan jika beliau duduk pada raka’at kedua, maka beliau duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirasy), dan jika beliau duduk pada raka’at terakhir, maka beliau mengedepankan kaki kirinya dan menegakkan kaki yang lain, dan duduk diatas tempat duduknya – bukan di atas kaki kiri- (duduk tawarruk).”
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]




SEJARAH DAN ASAL-USUL 5 SOLAT FARDHU
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.


SOLAT SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh adalah Nabi Adam iaitu tatkala keluarnya Nabi Adam dari Syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama dilihatnya ialah kegelapan, membuatkannya berasa takut sangat. Lalu apabila Fajar Subuh keluar, maka Nabi Adam menunaikan solat dua rakaat.


Rakaat pertama : Bersyukur terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua : Bersyukur siang telah menjelma.

Niat Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat  kerana Allah Ta'ala”
Rakaat pertama itu kalimah Tauhid
Rakaat yang  kedua kalimah Rasul

HUKUMAN MENINGGALKAN SOLAT SUBUH :
Allah akan mencampak ke dalam Neraka Jahannam selama 60 000 tahun Aqabah Akhirat.



SOLAT ZOHOR
Orang pertama mengerjakan solat Zohor Nabi Ibrahim A.S., iaitu tatkala Allah S.W.T. memerintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. seruan datangnya waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama : Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua : Bersyukur dibukakan dukacitanya juga anaknya.
Rakaat ketiga : Bersyukur dan bermohon keredhaan Allah.
Rakaat keempat : Bersyukur korbannya digantikan kibas

Niat Solat Zohor:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat  kerana Allah Ta'ala”

Waktu Zohor 4 rakaat :
1. Rakaat pertama menandakan wujudnya Dzat Allah.
2. Rakaat kedua menandakan wujudnya Sifat Allah.
3. Rakaat ketiga menandakan wujudnya Asma’ Allah.
4. Rakaat yang keempat menandakan wujudnya Af'al Allah.

HUKUMAN MENINGGALKAN SOLAT ZOHOR :
Dosa seperti membunuh 1000 orang Islam.


SOLAT ASAR
Orang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus A.S., iaitu tatkala dikeluarkan Allah dari perut ikan nun. Ikan nun memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus segera menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur diselamatkan Allah daripada 4 kegelapan, iaitu:

Rakaat pertama : Kelam kesalahan.
Rakaat kedua : Kelam air laut.
Rakaat ketiga : Kelam malam.
Rakaat keempat : Kelam perut ikan.

Niat Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat  kerana Allah Ta'ala
Waktu ‘Asar 4 rakaat, menyatakan kepada 4 alam :
1. Rakaat pertama menyatakan kedudukan di Alam Roh.
2. Rakaat kedua menyatakan kedudukan di Alam Mithal.
3. Rakaat ketiga menyatakan kedudukan di Alam Ajsam.
4. Rakaat keempat menyatakan kedudukan di Alam Insan.

HUKUMAN MENINGGALKAN SOLAT ASAR  :
Dosa seperti meruntuhkan kiblat umat Islam iaitu Ka'abah.


SOLAT MAGHRIB
Orang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa A.S.,tatkala dikeluarkan Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu menunaikan solat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama : Menafikan ketuhanan selain Allah Maha Esa.
Rakaat kedua : Menafikan tuduhan tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : Meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan hanya satu iaitu Allah, tiada dua atau tiga.

Niat Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat  kerana Allah Ta’ala”
Waktu Maghrib 3 rakaat, menyatakan kepada 3 diri :
1. Rakaat pertama menyatakan hal keadaan Diri Azali.
2. Rakaat kedua menyatakan hal keadaan Diri Terperi.
3. Rakaat ketiga menyatakan hal keadaan diri terdiri.

HUKUMAN MENINGGALKAN SOLAT MAGRIB :
Dosa seperti berzina dengan ibu bapa sendiri.


SOLAT ISYAK
Orang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa A.S., tatkala Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar negeri Madyan, sedang dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacita waktu Isyak akhir. Lalu Nabi Musa menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur kehilangan perasaan dukacita tersebut, iaitu:

Rakaat pertama : Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga : Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat : Dukacita terhadap anak Firaun.

Niat Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat  kerana Allah Ta’ala”
Waktu Isya’ 4 rakaat, menandakan 4 nama bagi diri yang batin :
1. Rakaat pertama menyatakan bersifat Wujud, mengesakan Dzat Allah.
2. Rakaat kedua menyatakan bersifat Ilmu, mengetahui akan Sifat Allah.
3. Rakaat ketiga menyatakan bersifat Nur, menyatakan ia akan Asma’ Allah.
4. Rakaat keempat menyatakan bersifat Syuhud, ma’rifat akan Af'al Allah.

 HUKUMAN MENINGGALKAN SOLAT ISYAK  :
Allah tidak redha kepada orang yang meninggalkan solat ini tinggal di bumiNya dan guna segala nikmatNya.

*Nabi Muhammad SAW adalah orang pertama yang menunaikan solat Isyak dengan melewatkannya sehingga ke tengah malam.

LIMA KEMULIAAN KEPADA YANG ISTIQAMA DENGAN SOLAT
1.    Kemuliaan di dunia
2.    Dihindarkan dari siksa kubur
3.    Mendapatkan doa2 dari orang2 sholeh
4.    Dimudahkan dalam menyusuri Siratal Mustaqim.
5.    Dihindarkan dari pemeriksaan amal ibadah di dunia.


HUKUMAN DAN AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT FARDHU

ALLAH S.W.T
Berfirman :
"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) SAQAR?" Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan SOLAT.”
[ Q.S. AL-MUDDATHTHIR 74 : 42-43 ]


RASULULLAH  NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Sesungguhnya amalan pertama akan dihisab pada seseorang hamba ialah SOLAT-nya. Jika solatnya baik maka sesungguhnya beliau telah berjaya dan selamat dan sekiranya solatnya rosak maka sesungguhnya rugi dan binasalah ia. Sekiranya berlaku sesuatu kekurangan pada solat fardhunya, maka Tuhan Pemelihara Azza wa Jalla akan berfirman (kepada para malaikat-Nya) : Lihatlah oleh kamu adakah hamba-Ku mempunyai ibadat tathowwu’? Lalu solat fardhunya itu disempurnakan dengan solat tathowwu’-nya itu. Kemudian seluruh amalan dihisab sedemikian juga.”
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Tirmidzi, An-Nasa’i, Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan Al-Hakim Ra. A. ]

“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat.”

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
7. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
8. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
9. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
10. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
11. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
12. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
13. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
14. Allah SWT TIDAK akan memandangnya dengan kasih sayang.
15. Allah SWT TIDAK akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di Neraka.

"Perjanjian di antara kita orang ISLAM dan orang KAFIR ialah SOLAT dan sesiapa meninggalkan SOLAT.  Sesungguhnya dia telah menjadi seorang KAFIR.”
[ H.R.S : Imam Tirmidzi Ra. A. ]

"Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat."
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

 “Rasulullah SAW diperlihatkan  pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu  menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya.
Lalu Rasulullah SAW bertanya:
“Siapakah ini wahai Jibril?”
Penghulu Malaikat, Jibril A.S menjawab:
“Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat Fardhu.”
[ H.R.S : Imam Tabrani Ra. A. ]

“Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat. Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan. Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.”
Daripada Abdullah bin Umar R.A
[ H.R.S : Imam Ahmad, Tabrani dan Ibnu Hibban Ra. A. ]

WALLAHU’ALAM


Q.S. AL-HIJR 15 : 43-45 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
"Dan sesungguhnya Neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).  "Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)". Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
[ Q.S. AL-HIJR 15 : 43-45 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al Qur'an dan mengajarkannya."
Daripada Usman bin 'Affan R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

"Orang yang membaca Al Qur'an dengan terbata-bata karena susah, akan mendapat dua pahala."
Daripada Saidatina Aisyah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]

"Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Qur'an seperti buah Utrujjah (sejenis limau), baunya harum dan rasanya sedap. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur'an seperti buah kurma, tidak ada baunya tapi rasanya manis.
Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur'an seperti Raihanah (jenis tumbuhan), baunya wangi tapi rasanya pahit.
Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Qur'an seperti buah hanzhal (seperti buah pare), tidak berbau dan rasanya pahit.”
Daripada Abu Musa Al Asy'ari R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]

"Sesungguhnya Allah mengangkat (martabat) sebagian orang dan merendahkan sebagian lainnya dengan sebab Al Qur'an."
Daripada Umar bin al Khatthab R.A

 [ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]