The Alien - Link Select

Selasa, 8 Oktober 2013

SKROL UNTUK UMAT KRISTIAN???

DENGAN
NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH LAGI
MAHA PENYAYANG
SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM.
KESELAMATAN BAGI MEREKA YANG MENGIKUT CAHAYA PENTUNJUK
AMMA BA’DU
SESUNGGUHNYA PERUTUSAN INI DARIPADAKU DAN SESUNGGUHNYA AKU BERSAKSI BAHAWA

“TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH S.W.T

DAN NABI MUHAMMAD S.A.W ITU PESURUH-NYA”

WAHAI UMAT KRISTIAN
Aku memuji Allah SWT untukmu dan aku bersaksi bahawa Nabi Isa a.s ( Jesus ) adalah Roh Allah SWT dan Kalimat-Nya yang disampaikan kepada Maryam yang tidak pernah kahwin, yang suci, baik dan terjaga. Ia telah mengandungkan Isa a.s lalu Allah SWT menciptakan dari Roh-Nya dan tiupan-Nya sebagaimana Dia telah menciptakan Adam a.s dengan tangan-Nya dan tiupan-Nya.

Aku berdoa kepada Allah SWT semata, yang tiada sekutu bagi-Nya dan berserah diri dan taat kepada-Nya. Hendaklah kamu mengikuti Muhammad Rasulullah SAW, beriman kepadanya dan apa-apa yang telah datang kepadanya sepertimana para Rasul dan para Nabi  Allah SWT  sebelum baginda Rasulullah SAW.

Sesungguhnya aku menyeru kamu dengan seruan Islam dan Allah SWT akan mendatangkan padamu dua kali pahala di dunia dan di Akhirat yang kekal abadi selamanya.  Maka  apabila kamu berpaling maka kamu kuserahkan kepada Allah SWT, Tuhan seluruh alam ini.

Yakni ,

Allah SWT,
tiada Tuhan selain-Nya yang hidup kekal dan berkuasa dengan sendiri-Nya.Tiada mengantuk dan tiada pula tidur, kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at dan pertolongan di sisi Allah SWT tanpa izin-Nya? Allah SWT mengetahui apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka dan mereka hanya dapat mengetahui sedikit sahaja dari ilmu Allah SWT dengan kehendak-Nya. Qursyi-Syiar Allah SWT itu meliputi langit dan bumi. Dia tidak  merasa berat memelihara kedua-duanya. Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar.



"Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan orang-orang yang mengikuti agama Islam ini.  Agama para nabi dan Rasul ALLAH itu semuanya adalah ISLAM.  Satu-satunya JALAN yang lurus dan selamat yang patut kamu jalani. Hanya Islam ini agama di sisi ALLAH.  Barangsiapa yang memilih selain Islam. Sesungguhnya dia telah rugi di Dunia dan di Akhirat.  Telah jelas dan terang yang hak dan batil. Oleh itu, marilah kita berpegang teguh pada satu kalimat yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu. Bahawa tidak kita sembah kecuali Allah SWT dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu apa pun selain-Nya.  Tidak pula sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah SWT.

Apakah kamu mahu masuk Islam?

Islamlah…
nescaya kamu selamat!

Jika kamu  masuk Islam, sesungguhnya kamu  telah mendapat petunjuk, dan jika kamu berpaling, maka kewajiban kami hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang Islam yang berserah diri kepada ALLAH.  Sesungguhnya, ALLAH Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.”

IKHLAS DARI
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A