The Alien - Link Select

Ahad, 3 Julai 2011

MUHAMMAD ZULQARNAEN


28.6.2011- TARIKH KERAMAT yang membuat aku cukup teruja dan bersyukur yang teramat-amat. mengapa tidak? Muhammad Zulqarnaen telah memecahkan rumah rahimnya walaupun dengan cara yang tak normal. tetapi aku cukup gembira, zuriatku yang dikandung ibunya 9 bulan itu, walaupun seminggu lebih awal dari jangkaan telah keluar ke dunia ini dengan selamat. pada masa yang sama... status aku telah bertukar dari seorang suami kepada Status "Bapa". satu title yang menunjukkan aku bukan muda lagi ( hahaha ) ...aku dah tua! dan kubur semakin dekat. begitulah hakikat hidup manusia ini. semoga semuanya selamat. Insyallah... aku tak upload gambar Muhammad Zulqarnaen atas sebab keselamatan. namun, semuanya selamat alhamdulillah...

dan seminngu aku cuti isteri bersalin, hari jumaat aku daftarkan nama anakku di JPN dengan nama yang telah aku pilih dan telah ditentukan Allah untuknya.hari ini hari ahad, hari terakhir aku cuti untuk sesi ini. esok aku ada kursus selama 2 hari... Interpersonal skill. aku just nak kursus sebab nak makan free, ilmu free... sapa taknak?? kan??.. rugilah sapa tak nak!