The Alien - Link Select

Rabu, 9 Februari 2011

NAZAR ANDA LUNASKAN!

Nazar ialah janji manusia kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini wajib ditunaikan. Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib.

1 Nazar adalah ibadah
2 Dalil al-Quran
3 Wajib tunaikan nazar, jika tertangguh
4 Kafarah penebus nazar
5 Rujukan
6 Lihat juga

Nazar adalah ibadah
Sesuatu nazar yang berbentuk ibadah yang asalnya sunat akan menjadi wajib dengan bernazar untuk melakukannya. Contohnya, anda bernazar untuk puasa hari Isnin dan hari Khamis selama sebulan. Sedangkan hukum asal Isnin dan Khamis adalah sunat, namun dengan bernazar berubah menjadi wajib. Contoh-contoh nazar:-

1.Berpuasa
2.Mencukur rambut
3.Sedekah
[sunting] Dalil al-Quran
Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Haj ayat 29 :

“ Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu. ”

Berdasarkan kepada ayat ini jelaslah bahawa menunaikan atau menebus nazar adalah wajib.
Manakala dalam surah al-Insan ayat 7, Allah swt berfirman yang bermaksud:

“ (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini. ”

Wajib tunaikan nazar, jika tertangguh
Apabila seseorang itu telah bernazar maka wajib ke atasnya melangsaikan tanpa bertangguh apabila hajatnya dikabulkan oleh Allah SWT. Maka nazar adalah hutangnya kepada Allah SWT yang telah berjanji menunaikan sesuatu ibadat seperti mana yang dinazarkan. Maka pada dasarnya janji itu wajib ditepati tanpa bertangguh bila mampu berbuat demikian.

Adapun amalan yang perlu dilakukan oleh seseorang berpandukan suruhan Allah SWT dalam al-Quran apabila gagal menunaikan nazarnya kepada Allah SWT, firman di dalam Surah al-Maidah ayat 89 yang bermaksud:

“ Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur. ”

Kafarah penebus nazar
Maka berpandukan kepada ayat di atas jelas bahawa kafarah (penebus) bagi nazar adalah seperti berikut:

1.Memberi makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu.
2.Memberi pakaian kepada 10 orang miskin
3.Memerdekakan seorang hamba
4.Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa selama tiga hari.
Oleh yang demikian, bagi mereka yang bernazar hendaklah menunaikan nazar mereka dan bagi mereka yang terlepas pandang atau terlupa maka hendaklah ditebus nazar itu dengan melakukan salah satu dari kaffarah yang dinyatakan di dalam Al Quran

BUNGA BUKAN SEMUSIM



MEMBACA semula novel ini, pada kali keempat... buat aku semakin teruja!
berikut ialah sinopsisnya...

Kamal Hanafi, seorang pemimpin pelajar yang cemerlang dan berani dalam memperjuangkan nasib teman pelajar. Masalahnya, dia terlibat dengan kumpulan lelaki yang anti perempuan. Pun dia dicemburui (digilai ramai pelajar wanita).

Di tahun akhir, dia terjebak cinta apabila melihat seorang freshie yang diorientate dengan teruk sekali. Mereka mula berkawan, namun hubungan itu tidak lama apabila Zarida Hanim berjaya melanjutkan pelajarannya ke universiti. Zarida Hanim aktif di sana dalam kegiatan budaya.

Kamal Hanafi mendapat posting kerja di sebuah negeri pantai timur. Sebagai pemimpin pelajar dia tertekan apabila kebolehannya tidak berjaya dikembangkan kerana pandangan serong orang pantai timur. Dalam masa yang sama orang tempatan ingin menawarkan jodoh, sedangkan hatinya masih tersangkut pada Zarida Hanim. Dia menulis surat, tetapi Zarida Hanim menjawab yang dia masih belum memikirkan soal rumahtangga.

Sayang, gadis itu kemudiannya dijodohkan dengan lelaki pilihan keluarga tanpa pengetahuan Kamal Hanafi. Gadis itu mendiamkan diri dan sering mengelak. Apabila diketahui, Kamal Hanafi benar-benar kecewa. Dia terasa benar yang dia diperbodohkan membuatkan sentimen lama yang anti perempuan itu membuak kembali.

Dia berhenti kerja, kemudian menceburi bidang pengiklanan di ibu kota. Dia berpeluang menemui sekian ramai wanita lawa yang berfikiran terbuka. Dia membalas dendam kesan kekecewaannya itu. Nina Kamariah yang mengajarnya. Dia turut mengambil upah melarikan dadah dari Thailand untuk kingpin dadah di ibu kota.

Dalam masa yang sama dia menemui mummy yang mengajarnya jadi gigolo. Kegiatannya meluas dan mempunyai kenalan di segenap peringkat termasuk tokoh politik terkemuka. Maka banyak job agensi kerajaan diperoleh dan dia membuka sebuah agensi pengiklanan sendiri. Dia punya banyak wang dan terkenal. Namun wanita-wanita lawa masih menjadi mangsa buat melampiaskan nafsu serakah dan dendam kesumatnya.

Setelah sekian lama baru dia teringat untuk menjenguk ibu-ayah di kampung. Dia tidak dapat mengelak apabila ibu ingin menjdohkannya dengan Nurshila, anak Ustaz Khamis - teman lama mereka.

(refr:http://ikanlepu.blogspot.com/p/karya-bunga-bukan-semusim.html)

P/S : mengujakan dalam bab pertembungan dengan The Red Dragon... Kamal Hanafi is the HERO!