The Alien - Link Select

Rabu, 15 Disember 2010

PLANET BARU!!!


DOHA - Sepasukan ahli astronomi diketuai Qatar bagi mencari planet baru di cakerawala telah menemui sebuah planet yang mengelilingi sebuah bintang yang terletak sejauh 500 tahun cahaya dari Bumi.
Planet tersebut dinamakan Qatar-1b, sempena nama negara Asia Barat itu.
Planet itu sebahagian besarnya terbentuk daripada gas dan 20 peratus lebih besar berbanding Musytari iaitu planet kelima dan terbesar dalam sistem suria.
Yayasan Qatar Bagi Pembangunan Pendidikan, Sains Dan Komuniti semalam memberitahu, penemuan planet baru itu akan dilaporkan dalam jurnal bulanan, Monthly Notices of the Royal Astronomical Society.
"Penemuan planet Qatar-1b merupakan pencapaian yang hebat sekali gus membuktikan komitmen Qatar untuk menjadi pelopor dalam bidang sains inovatif dan penyelidikan," kata ketua bancian sistem planet luar suria yang juga pengarah penyelidikan yayasan berkenaan, Dr Khalid Al Subai.
Seorang lagi ahli astronomi dalam penyelidikan itu, Professor Keith Horne dari Universiti St. Andrews di Scotland berkata, planet Qatar-1b membuat pusingan lengkap mengelilingi bintangnya setiap 1.4 hari bermakna satu tahun di planet itu menyamai 34 jam di Bumi.
Sebahagian planet itu menghadap bintangnya berbeza dengan Bumi yang berputar pada setiap 24 jam yang menyebabkan berlakunya siang dan malam. - AFP

PENULIS : Satu kemajuan yang bagus untuk umat Islam. Selain menunjukkan kita juga adalah agama yang mahir ilmu Bintang, kita juga dapat membuka mata musuh yang menganggap kita ini BODOH!... aku tertarik dengan planet QATAR 1B ini, masa terlalu pantas di atasnya, setahun di Bumi sama sdengan satu hari di sana (34 jam)..terlalu laju, rasanya kompom cepat TUA! Maha Suci Allah yang meletakkan kita di Muka Bumi planet Bumi kita ini.. hargailah planet kita, kerana ianya satu sahaja yang Allah kurniakan untuk kita jaga... cuba kalau kita dicampakkan ke planet tersebut... rasanya macam pepatung umur kita, hanya beberapa hari sahaja hidup yang bersama dengan jumlah tahun kita di Bumi... pantas dan laju! – nampaknnya planet ini akan berada dalam Novel aku nanti- Planet Qatarus. Aku saja je reka nama ni dalam novel aku... bertajuk PERSEPOLIS ATLANTIS. Insyallah... masih dalam penulisan..

-PESANAN PENTING!!!-

PESANAN PENTING UNTUK SEMUA WANITA YANG PERGI KERJA, COLLEGE ATAU SEKOLAH SENDIRIAN...

Jika anda terjumpa budak kecil sedang menangis atas jalan,
yang memberi anda alamatnya dan meminta anda agar menghantarnya ke alamat tersebut.
Sila bawanya ke balai polis.
Tidak kira apa yang anda mahu lakukan,
JANGAN bawanya ke alamat yang diberikan.
Ini adalah taktik baru untuk penjenayah merogol wanita.
Sila forwardkn mesej ini kepada semua rakan anda agar mereka boleh memberi tahu maklumat ini kepada rakan2 mereka.
Terima kasih.

*Sampaikan kepada sahabat2 berkenaan.
Perangi jenayah ini habis-habisan


Dari,
ASP SUMAN KUMAR
D-9 - Bukit Aman