The Alien - Link Select

Khamis, 11 November 2010

PENYANYI FOTOGRAF- MENINGGAL DUNIA!


SHAMRIN (FOTOGRAF) KEMBALI KE RAHMATULLAH- (AL-FATIHAH)
KUALA LUMPUR - Vokalis utama kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung.
Vokalis tersebut dikejarkan ke hospital selepas dia rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini petang semalam.
Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.
"Sewaktu sedang bermain bola, dia mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasutnya.
"Dia kemudian pitam dan dikejarkan ke hospital," ujar Riot, bekas anggota kumpulan Kool yang turut berada di padang ketika itu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PENULIS : Tiba-tiba terngiang-ngiang semula lagu “DI ALAM FANA CINTA” dalam telinga aku. Memori lagu yang sukar dilupakan sebenarnya... ia mengingatkan aku dengan seseorang yang aku gelas T.Su... hehehe... tapi itu cite lama...aku malas nak buka balik memori tu... biarkan ia berlalu... INGAT NAK CARI BALIK LAGU-LAGU LAMA FOTOGRAF... HEHEHEHE apapun, kita telah kehilangan seorang lagi penyanyi berbakat besar.- aku rasakan nyawa aku juga telah berkurang sehari... masa kita adalh pasti..tapi kita tak tahu bila!