The Alien - Link Select

Isnin, 4 Oktober 2010

MEROKOK ITU HARAM DI SISI ISLAM!

FATWA: Merokok Itu Haram
Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-

* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

MEROKOK ITU HARAM DI SISI ISLAM!

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan(Membunuh) keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dan mencemarkan maruah keislaman
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)
11. Rokok adalah PEMBUNUH SENYAP!
12. Rokok merendah Maruah penghisapnya


7-CADANGAN BUAT HUKUMAN

1. Perokok wajib disebat 10 sebatan yang memberi pengajaran di khalayak ramai\
2. Didenda RM 1000 bagi setiap batang rokok yang dihisap untuk pesalah yang disabitkan kesalahan merokok di tempat awam.
3. Kerajaan naikkan lagi harga rokok hingga RM 1 sebatang.... lagi bagus!
4. Pulaukan perokok- ada je yang merokok sebelah kita, terus tinggalkan walaupun dalam mesyuarat atau sedang berkomunikasi.
5. Halau terus perokok yang merokok di dalam rumah anda dan premis2 awam._ikut cara yahudi lebih berkesan.
6. Dirikan poster dan papan tanda Fatwa "HARAM MEROKOK DI SISI ISLAM!"
7. KUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG PENGHARAMAN ROKOK INI!

ROKOK NAIK HARGA!?

Orang ramai sokong langkah kerajaan naikkan harga rokok
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Orang ramai menyokong tindakan kerajaan menaikkan harga rokok di pasaran sebanyak 70 sen berkuat kuasa hari ini kerana ia dapat mengurangkan jumlah perokok baru.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, mereka juga yakin kenaikan itu akan menyebabkan perokok tegar berfikir untuk mengurangkan jumlah rokok yang dihisap setiap hari.

Mohamad Abdullah, 47, yang bekerja di Kedutaan Venezuela bersetuju dengan kenaikan tersebut kerana ia akan dapat menghalang golongan remaja terlibat dalam kegiatan tidak berfaedah itu.

''Sekurang-kurangnya kenaikan harga rokok akan menghalang golongan pelajar yang tidak mempunyai duit daripada membeli rokok,'' katanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim semalam mengesahkan bahawa kerajaan telah menaikkan harga sekotak rokok yang mengandungi 20 batang daripada RM9.30 kepada RM10 sekotak.

Mohd. Deraman Mat Yunus, 30, pula percaya kenaikan harga rokok akan menyebabkan mereka yang merokok mengurangkan jumlah yang dihisap setiap hari.

Bagi seorang pesara, Nordin Bukhari, 66, kerajaan perlu menaikkan harga rokok lebih tinggi bagi menghalang kewujudan perokok baru terutama dalam kalangan remaja.

Katanya, dia mempunyai anak yang merokok dan tidak dapat membuangnya kerana ia sudah menjadi satu tabiat.

''Walaupun anak saya mempunyai hasrat untuk membuang tabiat itu tetapi ia tidak berjaya dilaksanakan. Oleh itu, saya cadangkan agar kerajaan menaikkan harga rokok lebih tinggi pada masa akan datang,'' katanya.

Bagaimanapun, bagi golongan perokok mereka meminta agar kenaikan itu dikurangkan kerana ia tidak menjamin mereka untuk berhenti merokok.

Menurut Norsham Abdullah, 31, walaupun dia memahami sebab kerajaan menaikkan harga rokok, namun kenaikan sebanyak 70 sen adalah terlalu tinggi.

''Saya harap kerajaan dapat menimbang semula kenaikan yang terlalu tinggi. Ini kerana walaupun harga rokok dinaikkan orang yang sudah lama merokok seperti saya tidak mungkin dapat membuang tabiat ini,'' katanya.

Mohd. Izwar Mohd. Noor, 22, pula memberitahu, kenaikan yang terlalu tinggi akan menyebabkan orang ramai mencari alternatif lain seperti rokok seludup yang lebih murah.

''Pada dasarnya usaha kerajaan untuk mengurangkan jumlah perokok di negara ini tidak akan tercapai sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian,'' katanya.

Perkara yang sama disuarakan oleh Norazhiam Abdul Rahim, 21, yang berpendapat kenaikan harga rokok itu terlalu tinggi dan tidak munasabah.

''Kalau orang ramai beralih kepada rokok seludup, yang rugi adalah kerajaan dan objektif hendak mengurangkan jumlah perokok di negara ini tidak akan tercapai,'' katanya.

Sementara itu, pegawai pemasaran, Sin Wei Soon, 22, yang merokok sejak lapan tahun lepas menegaskan, dia tidak mungkin dapat membuang tabiat merokok walaupun kerajaan menaikkan harganya.

Sehubungan itu, Wei Soon meminta kerajaan menimbang semula kadar kenaikan itu yang disifatkannya terlalu tinggi.

Katanya, orang ramai termasuk perokok tidak membantah kenaikan tersebut tetapi biarlah berpada-pada.

PENULIS : Tak jual terus laaagi baguS!-SELAMAT AKU DARI PEMBUNUH DIAM INI!---- MEROKOK ADALAH HARAM DI SISI ISLAM.