The Alien - Link Select

Selasa, 21 September 2010

AMANAT DATO' VC UiTM

Dalam keadaan sekarang kita perlu fikirankan yg terbaik utk org Melayu. Peluang yg ada di UiTM perlu diberi utk majukan Org.Melayu dan Bumiputra. Kadang2 kita lupa sejarah dan menjadi terlalu liberal sehingga kita menyoalkan hak yg ada pada kita. Tanpa perpaduan org Melayu dan kerajaan Melayu mungkin UiTM akan hilang. Jangan kita lupa 7 Wasiat Raja Raja Melayu. Perpaduan Orang Melayu akan jaminkan perpaduan antara semua kaum. Semua kaum boleh bersatu dan perpaduan Orang Melayu akan jaminkan keamanan di negara kita yg disayangi oleh semua kaum.

Wasiat Raja Raja Melayu.
Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

* Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu .
* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).