The Alien - Link Select

Isnin, 20 September 2010

OKU DI SABAH?


Pengenalan

Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekataan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.

Definisi


OKU adalah seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat (Akta OKU 2008)

Dasar OKU

Dasar Orang Kurang Upaya adalah menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusiaan seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari

Perkhidmatan Yang Disediakan :-

Pendaftaran Orang Kurang Upaya [OKU]

Pendaftaran Orang Kurang Upaya adalah bertujuan untuk mengumpul bilangan dan taburan Orang Kurang Upaya di Negeri Sabah untuk maksud perancangan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya akan dikeluarkan kepada OKU yang telah berdaftar dengan jabatan ini sebagai pengenalan diri mereka dan untuk memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Terdapat 6 jenis warna mengikut kategori ketidak upayaan seperti yang berikut:-

jenis-jenis kad OKU
CELEBRAL PALSY
LAIN-LAIN
FIZIKAL
MASALAH PEMBELAJARAN
PENDENGARAN
PENGLIHATAN


Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya hanya dikeluarkan kepada Orang Kurang Upaya yang Berwarganegara Malaysia sahaja.

Dokumen Yang Diperlukan

1. 1 salinan Sijil Lahir atau Kad Pengenalan OKU [Perlu disahkan oleh Pegawai Pendaftaran Negara]
2.1 salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa OKU [Perlu disah oleh Pegawai Pendaftaran Negara]
3.3 keping gambar OKU berukuran Kad Pengenalan
4.Borang Pendaftaran Dan Cadangan Kanak-Kanak Keperluan Khas (0-18 Tahun) BPKKK 1 (Pindaan 2003) diberi percuma atau,
5.Borang Pendaftaraan Dan Cadangan Penempatan Orang Kurang Upaya (18 tahun ke atas) JKMM. Daftar OKU 1/2003 diberi percuma. Sila klik sini untuk muat turun borang.
6.Siasatan dan proses selanjutnya dilakukan oleh Pegawai Kebajikan yang berkenan.
Tempat Pendaftaran
Di semua Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah di Bahagian/Daerah yang berhampiran.

Keistimewaan Kepada Orang Kurang Upaya Yang Telah Berdaftar Dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah

•Pengecualian bayaran rawatan perubatan di hospital kerajaan termasuk bayaran khidmat pakar, ubat-ubatan dan kemasukan ke wad kelas 3
•Potongan 50% tambang penerbangan (Domestik) sistem Penerbangan Malaysia bagi OKU dan 25% bagi pengiring
•Pegecualian bayaran dokumen [Paspot Antarabangsa ] perjalanan ke luar Negara (Jabatan Imigresen Malaysia)
•Peluang mengikuti latihan dan pemulihan yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
•Peluang untuk mendapatkan pendidikan dengan Elaun RM150.00 sebulan bagi Pelajar OKU di Sekolah Rendah atau Menengah
•Pengecualian bayaran Pendaftaran Pelajar Pekak bagi Latihan Kemahiran Kementerian Pelajaran, Elaun RM300 sebulan bagi IPT, 75% potongan yuran pengajian di Open Universiti Malaysia
•Pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia
•Peluang pekerjaan di sektor swasta yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Kerja
•Pencen Terbitan dan Waktu Bekerja Anjal yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Awam
•Pakej penyayang Syarikat Telekom Malaysia yang memberi pengecualian bayaran sewa telefon bulanan, pakej panggilan 103(Operator) percuma, panggilan pindaan menunggu / dail semula dan pakej khas Streamyx.
•Pelepasan Cukai Pendapatan untuk ibu / bapa /penjaga yang bekerja.
•Pengecualian Cukai Jalan bagi kenderaan yang dimiliki oleh OKU [Jabatan Pengangkutan Jalan]
•Pengecualian 50% Duti Eksais Kenderaan Nastional sahaja [ Jabatan Kastam Malaysia]
•Pengecualian bayaran untuk mendapatkan Kad Pengenalan [Jabatan Pendaftaran Negara)