The Alien - Link Select

Rabu, 21 April 2010

ALHAMDULILLAH... AKU DAH SEMBUH....


Hari ini hari khamis. sepatutnya ku pakai baju batik hari ini... tapi macam malas lak nak pakai.. last sekali aku pakai balik baju semalam. mujurlah badan aku ni bukan jenis yang berbau busuk. aku boleh pakai baju yang sama selama seminggu utuk kerja.. dan ini tdak berbau busuk. aku bersyukur dengan nikmat Allah ni... kengkawan aku yang lain, masyallah...sehari seklai tukar baju, deodorant pula pagi petang tunyuk kat ketiak, nak kawal bau badan katanya... aku bukan apa... aku tak pernah sentuh deodorant sekali pun setelah aku ditegur oleh mak agar jangan pakai sesekali deodorant kalau tak mahu ketiak buuk dan berbau... alhamdulillah, aku ikut kata2 mak aku yang dilafazkannya 20 tahun lepas.... masa tu aku darjah 5 kalau tak silap, dah mula berjinak2 dengan barangan lelaki seperti deodorant... hehehe... aku pakai dua kali je kalau tak silap lepas tu kantoi oleh mak aku yang memang memakai deodorant... dia pakai tapi melarang aku memekainya... ada orang kata pedulikan, tapi bagi aku kalau mak aku kata 'JANGAN' maka aku segera patuh sebab aku yakin ada sebabnya... lepas dua puluh tahun baru lah aku faham kata2 mak aku tu... alhamdulillah... seee.. ada hikmahnya kata2 mak aku tu... dia tahu kesan buruk deodorant kalau dah mula memakainya, kompom takkan tahan sehari, ketiak mula busuk semula... kekadang ketiak rasa melekit juga, tapi taklah busuk snagat. tapi aku takkan sentuh deodorant... apa aku buat.. aku pakai limau nipis, ambil airnya dan sapu kat situ dan alhamdulillah, ia bertahan seminggu sebvelum ia berbau kurang sedap. dan aku akan sapu lagi air tu seminggu kemudian... murah dan berkesan.
anyway..aku bukannya nak cerita pasal ketiak atau badan berbau...
aku nak cite pasal, kencing kotor yang serang aku minggu lepas. pagi tadi aku hadir appointment dengnan doktor dan urine test dibuat... akhirnya doktor mengesahkan banyak perubahan pada air kencingku... maknanya aku dah sihat.. alhamdulillah. tapi doktor tetap bagi aku ubat air potassium mix. yang rasanya macam air kelapa muda itu... aku suka air tu, memang rasa kelapa... mungkin saintisa amik air keapa letak dalam tu kot? heheehhe.. apa pun, alhamduillah aku dah sihat, sakit belakang dah lenyap... ini berkat kesembuhan yang Allah kurniakan melalui urutan refleksologi sejak tiga berturut2 yang aku buat dua petang semalam dan pagi tadi... tdan pagi tadi juga aku masak barli semula dan minum airnya segelas besar.... fuh, memang sedap air barli ni rupanya... ada hikmahnya juga bila aku sakit, sekurang2nyaaku kenal air Barli tu sedap rupanya... heheheh.
hari ni aku keje malam kat sudut IT, petang karang nak makan nasi goreng kat satu restoran yang best tu, depan UNISEL belakang SHELL... kat situ memang tempat paling best kalau nak jamu selera...
"barulah aku sedar... mencegah lebih baik dari mengubat sebenarnya... heheheeh..."
anyway.. hari ini juga merupakan HARI BUMI-22 APRIL!

PUTRAJAYA 22 April – Sempena Hari Bumi yang disambut di seluruh dunia hari ini, Malaysia melancarkan kempen di seluruh negara untuk menanam 26 juta pokok menjelang 2014.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas melancarkan kempen yang bertema “Hijaukan Bumi: Satu Warga, Satu Pokok,” di sini hari ini.
Angka 26 juta dipilih berdasarkan kira-kira 26 juta penduduk Malaysia pada ketika ini.
Sejumlah 16,200 pokok ditanam sempena pelancaran itu, di mana 500 daripadanya ditanam di tapak pelancaran di Presint 5 berhadapan dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Manakala selebihnya ditanam di tapak pelancaran di Alor Star, Kedah; Kangar, Perlis; Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak; Bachok, Kelantan; Kemaman, Terengganu; Pulau Melaka, Melaka; Seremban, Negeri Sembilan; Kulai, Johor; Temerloh, Pahang; Padang Kota Lama, Pulau Pinang; Hulu Selangor, Selangor; Kota Kinabalu, Sabah; dan Petra Jaya, Sarawak.
"Dianggarkan seluas 38,470 hektar kawasan hutan terosot, kawasan hutan yang telah dibalak, kawasan pesisiran pantai dan kawasan-kawasan bandar akan ditanam pokok di bawah kempen ini menjelang 2014,” katanya semasa melancarkan kempen itu.
Unggah berkata, kempen itu selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan negara ini dilitupi kawasan berhutan, selaras dengan komitmen Malaysia di Persidangan Rio pada 1992.
Pada masa ini katanya, jumlah keluasan kawasan berhutan adalah 56.4 peratus dan jika termasuk kawasan tanaman pertanian negara, ia meliputi 75 peratus daripada keluasan tanah negara.

rujukan : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm

P/S : MARI KITA HIJAUKAN BUMI KITA DENGAN MENANAM SEMULA SEGALA JENIS POKOK. SATU POKOK SATU INDIVIDU...

KENCING KOTOR!

JANGKITAN SALUR KENCING

UTI (Urinary Tract Infection) adalah jangkitan yang berlaku di saluran kencing. Ini selalunya disebabkan oleh kuman, terutamanya E.coli. Antara jenis-jenis yang kerap berlaku ialah (sila rujuk kepada gambar di bawah):

ureteritis - jangkitan pada ureter
sistitis - jangkitan pada pundi kencing. Jangkitan ini adalah yang paling kerap berlaku
uretritis - jangkitan pada uretra
pielonefritis - jangkitan pada ginjal / buah pinggang

Tanda-tanda

kerap kencing sepanjang hari (siang dan malam)
rasa ingin kencing yang keterlaluan, tetapi bila kencing, hanya setitik dua sahaja yang keluar
rasa pedih atau sakit semasa kencing
air kencing tidak bersih seperti berwarna keruh atau gelap. Ada juga kemungkinan darah keluar sekali
air kencing berbau kuat
sakit di bahagian bawah perut, belakang atau rusuk. Dapatkan rawatan segera. Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan yang serius di bahagian buah pinggang
demam. Dapatkan rawatan lanjut
rasa loya atau muntah

Siapa yang berisiko tinggi mendapatnya

wanita berusia 15 - 45 tahun adalah lapan kali ganda lebih terdedah kepada jangkitan kuman ini berbanding lelaki
risiko akan meningkat kepada mereka yang aktif dari segi seks
4 - 10 peratus wanita hamil mengalami kehadiran bakteria di dalam air kencing. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan lanjut, sehingga 40% daripada mereka ini akan mengalami UTI
orang yang sedang berbulan madu. Hubungan seks yang kerap pada masa tersebut mungkin menyebabkan luka kecil yang akan menyebabkan kehadiran kuman. Selain daripada itu, kebersihan perlulah dijaga dengan baik, contohnya basuh kemaluan setiap kali selepas mengadakan hubungan kelamin dengan pasangan
bed-ridden iaitu orang atau pesakit yang jarang bergerak seperti terlantar sakit dsb
struktur saluran kencing yang tidak normal
pesakit-pesakit yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah seperti pesakit barah atau kerana penggunaan steroid yang lama
penggunaan tiub di dalam saluran kencing
penggunaan diaphragm. Sila buat pemeriksaan untuk memastikan bahawa diaphragm dipasang atau berada dalam kedudukan yang betul
penyakit-penyakit lain seperti pesakit yang menghadapi BPH (Benign Prostate Hyperplasia), batu karang, dsb.
pakaian yang telalu ketat yang memerangkap lembapan, menyebabkan bakteria lebih mudah membiak
sebab-sebab lain seperti penggunaan tampon terutamanya menggunakan tangan yang tidak dibasuh

Langkah-langkah pencegahan

minum air yang banyak setiap hari. Bakteria boleh dibuang melalui kencing yang kerap
jaga kebersihan. Buang air kencing sebelum dan selepas melakukan hubungan seks. Basuh bahagian terbabit dengan bersih. Sekiranya anda menggunakan tisu, anda hendaklah mengesat dari depan ke belakang. Ini bertujuan menghalang jangkitan kuman dari bahagian dubur
penggunaan tampon hendaklah diberhentikan. Tukar kepada tuala wanita biasa
jangan tahan kencing
kurangkan pengambilan minuman berkafein, bergas atau coklat. Makanan yang diproses dan gula biasa juga hendaklah dikurangkan / diberhentikan
jangan gunakan pakaian dalam dari nylon. Gunakan pakaian yang berasaskan cotton supaya peredaran udara menjadi lebih baik

Rawatan tanpa ubat-ubatan
gunakan hot-water bottle yang diisikan dengan air panas dan tuamkan pada bahagian yang sakit
amalkan dan lebihkan pengambilan celery (saderi), persley dan tembikai
duduk berendam di dalam air yang agak panas (tambah sedikit cuka di dalamnya) selama lebih kurang 20 minit.
jauhkan dari perhubungan seks

Rawatan melibatkan pengambilan ubat
bahan pengalkali air kencing seperti Potassium Citrate (Pot-Cit) atau Ural hendaklah diambil sebagai langkah segera untuk mengawal jangkitan kuman. Air kencing yang bersifat alkali akan membantutkan pertumbuhan kuman
ambil ubat tahan sakit sekiranya sekiranya sakit
pengambilan antibiotik mungkin diperlukan. Antara yang kerap diberi ialah Bactrim. Untuk yang lebih kuat lagi ubat seperti Augmentin (Curam) mungkin akan diberikan.

BEGITULAH ANTARA CIRI-CIRI EKNCING KOTOR! sakit woooo....!