The Alien - Link Select

Ahad, 12 Disember 2010

SABAH... JOM!



Bahagian Pedalaman adalah salah satu bahagian pentadbiran di Sabah. Bandar utama di dalam bahagian ini ialah Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan.

BEAUFORT
Beaufort bererti "kota yang indah" dalam bahasa Perancis silam, ia merupakan bandar dan daerah di Sabah di Malaysia timur di kepulauan Borneo. Penduduknya dianggarkan sekitar 61,698 pada 2000. Ia merupakan bandar provincial sekitar 90 kilometer selatan Kota Kinabalu, dengan rumah kedai dibina tinggi dari jalan bagi mengelakkan banjir berkala dari Sungai Padas. Pada asalnya ditubuhkan bagi membantu kemajuan ekonomi dalaman Sabah, kemakmuran awalnya berkait rapat dengan penanaman getah. Semasa Perang Dunia II, ia merupakan tepak pertempuran antara tentera Jepun dan Australia. Kemakmurannya kini bergantung kepada industri kelapa sawit. Beaufort merupakan perhentian Kereta api Borneo Utara yang dikendalikan oleh Sutera Harbour Resort. Stesyen kereta api di Beaufort bertarikh dari 1905. Khidmat harian biasa dikendali oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Khidmat perubatan dibekalkan oleh hospilal kerajaan 140 katil yang mempunyai khidmat rawatan utama dan kedua. Terdapat tiga klinik swasta dalam kawasan bandar. Beaufort biasanya dilawati oleh tetamu bagi berakit air putih melalui Jeram Padas di Sungai Padas berhampiran yang dinilai sungai Grade 2 hingga 3. Pasar terbuka, yang dikenali sebagai tamu diadakan setiap minggu pada petang Jumaat sehingga petang Sabtu. Keluaran tempatan seperti buah segar, sayuran, daging segar, dan ayam hidup dijual di situ. Hari ia diadakan berbeza dari daerah ke daerah yang lain. Beaufort juga terkenal di Sabah bagi hidangan cinanya yang dikenali sebagai Mee Beaufort, hidangan mee dihidang kering atau berkuah. Beaufort merupakan bandar berkembar kepada Beaufort, North Carolina.


KUALA PENYU
Kuala Penyu merupakan salah satu kawasan yang terletak dalam bahagian Bahagian Pedalaman, Sabah.

SIPITANG
Sipitang merupakan pekan, daerah dan juga kawasan parlimen yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Jumlah penduduk di daerah Sipitang dianggarkan seramai 12,076 pada tahun 1980, 24,349 pada tahun 1991 dan dijangka akan meningkat kepada 56,634 pada tahun 2010 . Sipitang adalah pekan negeri Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak. Pekan Sipitang terletak sejauh 44 kilometer ke selatan Beaufort, dan 144 kilometer ke selatan ibu kota Sabah, Kota Kinabalu.

Sejarah
Sebelum tahun 1884, Sipitang adalah di bawah naungan Kesultanan Brunei. Pada 5 November 1884, Sultan Brunei menyerahkan kawasan jajahannya dari Sipitang ke Kuala Penyu kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU). Penyerahan ini berikutan daripada sogokan yang diberikan oleh gabernor SBBU, William Treacher, kepada pihak Sultan.

Pada 7 September 1901 pula, Sultan Brunei menyerahkan kawasan dari Sungai Sipitang sehingga ke Sungai Trusan kepada SBBU. Sehubungan dengan itu, SBBU memperoleh kawasan Mengalong dan Merantaman di Sipitang pada 12 September 1901. Pemberian ini diperoleh daripada geran yang diberikan oleh Pangiran Tengah Damit ibni al-Marhum Pangiran Anak Bongsu. Kawasan-kawasan tersebut diperoleh secara berasingan kerana kawasan sebegitu adalah hak milik persendirian pangiran-pangiran (putera-putera) melalui hak tulin mereka, maka tidak terletak di bawah kuasa Sultan.

Sungai Sipitang menandakan sempadan British Borneo Utara dan Kesultanan Brunei sehingga tahun 1900. Pada tahun 1901, iaitu setelah SBBU memperoleh tanah dari Sungai Sipitang ke Sungai Trusan, pejabat pentadbiran ditubuhkan di Sipitang dan kawasan tersebut diletakkan di bawah nama Province Clarke. Daerah ini dinamakan sempena Sir Andrew Clarke. Matlamat penubuhan pejabat adalah untuk mengembangkan kawasan jajahan SBBU. Walau bagaimanapun, keadaan politik pada tahun-tahun berikutnya menyebabkan SBBU menjual kembali beberapa kawasan berdekatan dengan Sungai Trusan, dan sempadan Borneo utara menyusut ke Mengalong (Sindumin).

Kegiatan ekonomi utama di daerah Sipitang ialah kegiatan pembalakan. Sebuah kilang kertas dan pulpa dibina pada tahun 1987 di Sipitang dan dikendalikan oleh Sabah Forest Industries. Pada amnya, kegiatan pembalakan tidak menguntungkan orang-orang tempatan secara langsung, kerana kebanyakan mereka hanyalah terlibat dalam kegiatan perladangan dan perikanan kecil-kecilan.

TENOM
Tenom terletak di selatan Kota Kinabalu, negeri Sabah, Malaysia Timur. Tenom bersempadan dengan daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan di Indonesia. Keluasan Daerah Tenom kira kira 2,238 km atau 930 batu persegi dan meliputi Daerah Kecil Kemabong. Muka buminya bukit bukau. Hujan Tropika yang lebat dan subur didapati di tanah-tanah rendah dan berbukit bukau dan amat sesuai untuk aktiviti pertanian. Ada dua buah sungai utama iaitu Sungai Padas dan Sungai Pagalan. Sungai ini menjadi sumber bekalan air dan pengairan kawasan pertanian di kawasan ini. Empangan untuk Janakuasa hidro elektrik Tenom Pangi membekalkan elektrik ke seluruh kawasan Sabah terutama sekali di Kota Kinabalu. Ini kerana bekalan airnya banyak dan hujan pula lebat, sekitar 1,937.9mm pada tahun 2000.

NABAWAN
Nabawan merupakan salah satu kawasan yang terletak dalam bahagian Bahagian Pedalaman, Sabah.
KENINGAU
Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman. Daerah Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Ibu Negeri Kota Kinabalu melalui Tambunan atau melalui Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. Bagaimanapun lapangan terbang keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja. Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut iaitu kaum Murut, mereka memanggilnya sebagai kayu keningau. Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau sehingga mewujudkan sebuah kampung seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.

Gunung-gunung di daerah Keningau
1.Gunung Pisagan
2.Gunung Paling-paling
3.Gunung Sigapon
4.Gunung Lingan
5.Gunung Rinangisan
6.Gunung Kauran
7.Gunung Tinutudan

Senarai Kampung di Daerah Keningau
1.Kampung Kepayan Baru

TAMBUNAN
Daerah Tambunan ialah sebuah kawasan tanah tinggi yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, timur Malaysia di kepulauan Borneo. Ia terletak 81 km dari Kota Kinabalu, pada ketinggian 1000 m di Banjaran Crocker. Dianggarkan terdapat 19, 760 penduduk pada tahun 1991, dan kebanyakan daripada penduduk ini ialah daripada Kaum Dusun. Daerah ini di kelilingi oleh sawah padi dan 70 buah perkampung. Terletak ke timur daerah ini ialah Gunung Trus Madi (2462 meter),merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu. Di daerah ini juga menempatkan sebuah tugu seorang pahlawan Sabah berketurunan Suluk Bajau, Mat Salleh, seorang yang menjadi penentang semasa penjajahan British di Tanah Melayu pada akhir kurun ke 19. Pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut tentang pahlawan ini di tugu yang terletak di utara daerah Tambunan.


Gunung-gunung di daerah Tambunan
1.Gunung Trusmadi
2.Gunung Wakid
3.Gunung Panampakan
4.Gunung Ginivisan

Lain kali kita akan berkenalan dengan Bahagian Sandakan pula... see next time...
Salam

Tiada ulasan: