The Alien - Link Select

Selasa, 26 Oktober 2010

SUPERBUG! ALERT!


SUPERBUG!... satu penyakit baru dalam era modennya anti-biotik saintifik. di Malaysia ada satu kes semantara di luar Malaysia, banyak kes dilaporkan. Ini merupakan wabak baru- (Ya Allah... lindungi aku dan keluarga ku dari buruknya wabak ini...amin)

mari kita lihat bagaimana wabak tersebut. Wabak Superbug!

Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengesan kes jangkitan yang melibatkan bakteria 'superbug', kata menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Berikutan itu, katanya, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah diarah menjalankan ujian bagi mengenal pasti serta pengesahan kehadiran bakteria yang membawa gen NDM-1 di Malaysia.

"Sejak kejadian jangkitan bakteria 'superbug' mula dikesan pada tahun 2008, lebih banyak kes melibatkan 'superbug' mula direkodkan di seluruh dunia atau secara lebih spesifik di India, Pakistan dan United Kingdom," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, langkah pengawasan telah dimulakan di mana semua hospital di seluruh negara diarah menghantar sampel bakteria yang menunjukkan corak kerintangan tinggi terhadap kebanyakan antibiotik yang diuji, kepada kepada IMR, untuk ujian lanjut.

"Sehingga ini, tidak ada pesakit yang dijangkiti oleh 'superbug' tersebut yang dirawat di negara ini.

"Pihak IMR telah menyaring 18 isolat bakteria yang menunjukkan corak kerintangan yang tinggi dan hanya satu isolat yang positif terhadap gen NDM-1 yang dikesan di Malaysia.

"Isolat yang positif tersebut hanyalah merupakan 'colonizer' iaitu ia tidak menyebabkan penyakit dalam seseorang pengidap penyakit barah tetapi hanyalah pembawa.

"Ujian susulan terhadap sampel dari pengidap barah tersebut adalah negatif," tambahnya.

Liow berkata, kementerian kesihatan akan terus menjalankan pemantauan bagi mengesan awal dan mengambil langkah pencegahan bagi memastikan kejadian kes jangkitan bakteria ini, tidak merebak di Malaysia.

Pesakit itu seorang pesakit perempuan dan telah dirawat di Hospital Ampang...beliau sudah keluar tetapi masih berterusan menerima rawatan.

"Tetapi beliau mempunyai sakit lain, leukemia...superbug tidak menimbulkan ancaman bahaya kepada pesakit tertentu ini...kerana bakteria ini hanya colonize iaitu pembawa dan dia bukan mendatangkan kesan kepada tubuh, bakteria itu hanya hidup dalam tubuh pesakit itu," katanya kepada pemberita semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Galas di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini hari ini.

Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengesan kes jangkitan yang melibatkan bakteria 'superbug', kata menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Berikutan itu, katanya, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah diarah menjalankan ujian bagi mengenal pasti serta pengesahan kehadiran bakteria yang membawa gen NDM-1 di Malaysia.

"Sejak kejadian jangkitan bakteria 'superbug' mula dikesan pada tahun 2008, lebih banyak kes melibatkan 'superbug' mula direkodkan di seluruh dunia atau secara lebih spesifik di India, Pakistan dan United Kingdom," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, langkah pengawasan telah dimulakan di mana semua hospital di seluruh negara diarah menghantar sampel bakteria yang menunjukkan corak kerintangan tinggi terhadap kebanyakan antibiotik yang diuji, kepada kepada IMR, untuk ujian lanjut.

"Sehingga ini, tidak ada pesakit yang dijangkiti oleh 'superbug' tersebut yang dirawat di negara ini.

"Pihak IMR telah menyaring 18 isolat bakteria yang menunjukkan corak kerintangan yang tinggi dan hanya satu isolat yang positif terhadap gen NDM-1 yang dikesan di Malaysia.

"Isolat yang positif tersebut hanyalah merupakan 'colonizer' iaitu ia tidak menyebabkan penyakit dalam seseorang pengidap penyakit barah tetapi hanyalah pembawa.

"Ujian susulan terhadap sampel dari pengidap barah tersebut adalah negatif," tambahnya.

Liow berkata, kementerian kesihatan akan terus menjalankan pemantauan bagi mengesan awal dan mengambil langkah pencegahan bagi memastikan kejadian kes jangkitan bakteria ini, tidak merebak di Malaysia.

ini cuma keratan akhbar sahaja. maklumat lanjut dapatkan dari mrsasuperbug.com

Tiada ulasan: