The Alien - Link Select

Khamis, 11 Mac 2010

SPM & STPM 2009

TAHNIAH BUAT SEMUA PELAJAR YANG TELAH BERJAYA DALAM SPM DAN STPM 2009

SPM: 7,987 cemerlang
Seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
Daripada jumlah itu, seramai 255 calon mendapat gred cemerlang tertinggi A+ iaitu 214 calon dari sekolah Kementerian Pelajaran manakala 41 calon lagi merupakan calon persendirian, swasta dan sekolah tajaan agensi.
Pada keseluruhannya pencapaian calon kali ini amat membanggakan dan melebihi pencapaian tahun sebelumnya.
Pencapaian calon mengikut lokasi bandar dan luar bandar juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Saya agak terkejut dan teruja dengan keputusan demi keputusan SPM di Negara kita ini. Rasa tercabar pula… Nampaknya ia seolah-olah memberi gambaran yang amat jelas pada kita bahawa pelajar-pelajar sekolah menengah ini semakin bijak dan terbaik. Dan kini kita perlu menilai semula sistem pembelajaran di tahap menengah ini.
Kita patut jadikan tahap menengah ini seperti pengajian di universiti agar pelajar-pelajar kita lebih ke hadapan sebelum memasuki kursus Diploma dan ke atas…. Iniamat penting untk menjamin kekuatan Negara kita dia masa akan datang. Hanya dengan ilmu yang banyak dan tinggi sahaja yang mampu menjamin masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Insyallah

Tiada ulasan: