The Alien - Link Select

Jumaat, 26 Jun 2009

MICHAEL JACKSON


Michael Joseph Jackson (lahir 29 Ogos 1958 - meninggal 25 Jun 2009[2]), sering dikenali sebagai MJ dan "Raja Pop", ialah pemuzik, penghibur, dan ikon pop dari Amerika Syarikat yang menjadikan kejayaan kerjaya dan hidup peribadi yang penuh kontroversi sebagai sebagai sebahagian budaya pop selama 40 tahun.
Michael Jackson dipandang sebagai salah seorang penghibur terhebat dan artis rakaman paling popular dalam sejarah, dengan mempamerkan teknik-teknik fizikal yang rumit, seperti
tarian robot dan moonwalking yang telah membentuk muka hiburan dan tarian popular. Kejayaan beliau dalam industri muzik termasuklah revolusi video muzik,[3] mencatatkan keluaran dan jualan album berprofil tinggi sebagai trend baru untuk syarikat rakaman untuk mengaut untung,[4] mendominasi muzik pop sepanjang 1980-an,[5] dan menjadi penghibur berkulit hitam yang meraih bilangan peminat yang besar di MTV sambil melariskan saluran muzik yang muda ketika itu.[6] Gaya, pergerakan dan vokal beliau yang amat unik telah memberi ilham dan pengaruh, serta melahirkan satu generasi penuh dengan artis-artis hip hop, pop, dan R&B. Beliau secara simboliknya digelar "Penghibur Paling Berjaya Sepanjang Zaman" oleh Guinness World Records.[7]
Jackson memulakan kerjaya menyanyi pada usia tujuh tahun sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson 5. Belaiu mengeluarkan rakaman solo sulung beliau, Got to Be There, pada tahun 1971, sementara masih bersama kumpulan tersebut.[8] Dalam karier solo beliau, Jackson merakam dan menerbit album yang terlaris dijual sepanjang zaman, iaitu album Thriller yang jualan sedunianya mencecah 104 juta.[9] Selepas Thriller, Jackson terus mengeluarkan album-album yang menjadi juara carta antarabangsa seperti Bad (1987), Dangerous (1991), HIStory (1995), dan Invincible (2001), album terkini beliau yang mengandungi semuanya karya asli. Michael Jackson telah menerima 13 anugerah Grammy[10] dan mencatat 13 single #1 di Amerika Syarikat, menjadikan beliau artis lelaki solo yang paling banyak kali mencapai kedudukan #1 dalam era Hot 100.[11] Pada bulan November 2006, World Music Awards mengumumkan bahawa Michael Jackson telah menjual lebih 750 juta unit seluruh dunia,[12] menjadikan Jackson salah seorang artis muzik yang paling laris jualannya sepanjang zaman.
Dari 1988 hingga 2005, Jackson menetap di hartanah
Neverland Ranch beliau, di mana beliau membina sebuah taman tema kecil dan zoo persendirian yang sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidapi penyakit yang tidak boleh dirawat. Khabar angin mengenai parti bermalam di rumah beliau menerima liputan media negatif setelah didapati bahawa kanak-kanak kerap tidur di aktilnya. Ini mula-mula diketengahkan apabila beliau dituduh melakukan penderaan kanak-kanak seksual pada tahun 1993. Hubungan Michael Jackson dnegan kanak-kanak diketengahkan semula pada tahun 2003 apabila dokumentari TV Living with Michael Jackson disiarkan. Akibatnya, Jackson diheret ke mahkamah lalu didapati tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak dan tuduhan-tuduhan lain pada tahun 2005.
Pada pagi 25 Jun 2009, Jackson dilaporkan pengsan di rumah sewanya di barat
Los Angeles. Pasukan paramedik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:21 pm waktu tempatan.[13] Beliau dilaporkan tidak bernafas sebaik sahaja pasukan paramedik tiba, dan rawatan CPR cuba dilakukan serta-merta.[14] Beliau koma dan meninggal dunia sebaik sahaja selepas dikejarkan ke Hospital UCLA.[15]Kematian beliau disyaki kerana kegagalan jantung.[14] Jackson diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 2:26 pm Waktu Pasifik. Pada pukul 4:36 pm waktu tempatan, koroner Los Angeles mengesahkan kematian Jackson.[16] Walaupun tiada bukti perbuatan jenayah, pasukan penyiasat Jabatan Polis Los Angeles memulakan siasatan terhadap kematiannya.[17]
Fuh! teringat masa aku bebudak dulu... tarian MJ nilah yang aku gile minat seh! masa tu kat asrama ... ada pertandingan menari MJ... aku nak join tapi macam tak gheti .. ada member sorang join mende ni.. fuh dia memang terer gila buat moonwalk... sebijik macam MJ... aku respek aa budak tu.. nama dia Azranizam Dugoh .. aku ingat lagi nama nya... akhirnya MJ
Tinggal hanya nama.... MJ the Pop King.
Sila rujuk web MJ :
http://www.michaeljackson.com/