The Alien - Link Select

Rabu, 3 Jun 2009

APA KATA TOK KENALI TENTANG ROKOK?

"Perokok itu terhina, dungu, membazir dan keji, kerendahan bagi penagihnya, pasti, Darinya menguap kentut yang busuk dan diluati. Kepulan asap dari bibirnya mengasapi muka dana peribadi."
Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933)

SIAPA ITU CHIN PENG???

MARI KITA LIHAT SIAPA ITU CHIN PENG YANG KERAJAAN MALAYSIA TIDAK MAHU MENERIMANYA KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK MENERUSKAN SISA-SISA HIDUPNYA.
Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya.
Bukan berasal dari
China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.
Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari sebelahku" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan di
Singapura.
Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.
Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan
Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.
Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang
Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun.
Chin Peng memimpin
MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army, sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.
Selepas
Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal dalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British. Mereka turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal dalam MPAJA turut cuba merampas pentakbiran terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan puak yang didakwa radikal tidak pernah disekat oleh MPAJA. Ini kemungkinannya MPAJA sebenarnya sedang menilai kejayaan tindakan sedemikian. Membiarkan tindakan ahlinya bermaharajalela membunuh dan menyeksa penduduk sekali gus menunjukkan tindakan tersebut mendapat sokongan tersembunyi dari para pemimpin MPAJA.
Tindakan puak radikal dalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindak balas orang Melayu ini,
Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.
Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak di dalam kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka [
perlu petikan]. Kelompok Melayu elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh di dalam urusan politik tempatan. Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.
Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.
Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota
London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.


Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya .
Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.
Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan athiesme. [
perlu petikan] Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di Tanah Melayu pada waktu itu ialah mereka mengamalkan prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh PKM iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama Islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan[perlu petikan]. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.
Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit dengan melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.


Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.
Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada
31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari Malaysia khususnya di sempadan Malaysia-Thailand.


Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.
Selepas 1989, tiada ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan
Rashid Maidin hanya dibenarkan menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.


Cubaannya untuk kembali ke Malaysia menerima sokongan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan dan parti DAP.[1] Chin Peng tidak pernah menyatakan kesal memimpin Parti Komunis Malaya dalam perperangan mereka menentang kerajaan malaysia, malah bangga dengannya sebagaimana yang ditulis olehnya dalam bukunya, ("Setiap generasi membina impiannya. ... Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. Kami telah membayar harga ke atas impian kami. ... Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil.") [2]
Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya termasuk polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.
Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa
Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh (bekas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Muda) dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng. Persoalan ini dicetuskan tanpa memikirkan bahawa Chin Peng tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh rakyat Malaysia malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakkannya.


SILA LIHAT ISUNYA...




WHO IS KARL MARX?

Malam tadi... aku bertekak dengan bini aku pasala Komunis sebab isu Chin Peng nak masuk Malaysia balik.... asyik nak salahkan Chin Peng je... nape tak salahkan pengasas Komunis itu sendiri... si Yahudi Laknatullah Karl Marx! jom kita tgk siapa sebenarnya Karl Marx yang menjadi pengasas ideologi Komunis di seluruh dunia...
(Lihatlah betapa hensemnya dia...tuuu dia kat sebelah ni haaaa!----->
Karl Heinrich Marx (5 May 1818 – 14 March 1883) adalah ahli falsafah, politik dan pakar teori kemasyarakatan Prussia. Walaupun Marx menangani banyak isu sepanjang kerjayanya sebagai pemberita dan ahli falsafah, dia paling dikenali kerana analisa sejarahnya dari segi pertelingkahan golongan kelas, diringkaskan dalam dakwaannya bahawa, "Kepentingan kapitalis dan pekerja bergaji bersetentangan sesama sendiri."[1] Tulisannya membentuk asas kepada pergerakan komunis dan sosialis.




Karl Marx dilahirkan pada keluarga Yahudi moden progressive di Prussia Trier (sekarang di Jerman). Bapanya Herschel, turun-temurun ahli rabbi, merupakan peguambela lawyer; Saudara Herschel, Samuel merupakan — seperti mana susur-galurnya — ketua rabbi di Trier. Oleh kerana peluang untuk maju bagi Yahudi agak terhad pada awal abad ke 19 di Prussia, dan kerana mereka tidak begitu kuat beragama, Herschel memutuskan untuk menukarkan namanya kepada Heinrich dan menukar ugama keluarganya kepada ugama rasmi Prussian, Lutheranism, selepas mana kerjaya undang-undangnya berkembang. Keluarga Marx amat liberal dan rumah Marx menjadi tuan rumah kepada ramai pelawat cendikiawan dan artis sepanjang kehidupan awal Karl.




Marx menerima markah yang baik di sekolah gymnasium, sama taraf dengan sekolah menengah. Thesis seniornya (yang mendahului perkembangan lanjutnya dalam analisa masyarakat mengenai ugama, walaupun dalam cara yang memberi penekanan kepada fungsi masyarakat berbanding ketidaksamaan politik dan ekonomi) adalah treatise berkenaan "Ugama: Gam Yang Mengikat Masyarakat Bersama", untuk mana dia memenangi hadiah..




Marx memasuki Universiti Bonn pada tahun 1833 untuk mempelajari undang-undang, atas permintaan ayahnya behest. Bonn terkenal sebagai aktiviti berparti, dan Marx tidak begitu berjaya kerana banyak menghabiskan masa minum di dewan bir. Tahun berikutnya, ayahnya memaksa dia bertukar ke Friedrich-Wilhelms-Universität di Berlin (sekarang dikenali sebagai Universiti Humboldt). Di sana, dia bertukar minat pada falsafah bertentengan dengan kehendak ayahnya, dan dia masuk kumpulan pelajar dan profesor muda yang dikenali sebagai "Young Hegelians", diketuai oleh Bruno Bauer. Sesetengah ahli kumpulan ini menganggap persamaan dengan sebelum falsafah Aristotle dan post-Hegelian philosophy. Max Stirner, seorang lagi ahli Young Hegelian menggunakan kritikan Hegelian dan mendakwa bahawa selain menolak ugama sepenuhnya nihilistic adalah mistik mysticism. Pandangannya tidak diterima oleh kebanyakan rakannya, dan Karl Marx bertindak balas responded in parts melalui Die Deutsche Ideologie (Ideologi Jerman).
Georg Hegel telah meninggal pada tahun 1831, dan semasa hayatnya merupakan orang yang berpengaruh di Universiti dan pendidikan Jerman secara umumnya. Pertubuhan Hegelian (dikenali sebagai Right Hegelians) yang bertempat di Universiti mempertahankan bahawa siri historical dialectics telah pun lengkap, dan masyarakat Prussian sebagaimana sekarang merupakan kemuncak semua perkembangan masyarakat terkini dengan sistem kakitangan kerajaan yang meluas, universiti yang bagus, dan tahap pengajian yang tinggi. Hegelians Muda yang dikaitkan dengan Marx percaya bahawa masih terdapat pertukaran dialectical yang akan berlaku, dan masyarakat Prussia masa itu masih lagi tidak lengkap kerana ia masih mempunyai kelompok miskin, masih terdapat penapisan kerajaan, dan diskriminasi terhadap bukan Lutheran.
Marx diberi amaran agar tidak menghantar dissertation kedoktorannya di Friedrich-Wilhelms-Universität, kerana ia pasti kurang disenangi di sana kerana reputasinya sebagai radikal Hegelian Muda. Sebaliknya Marx menghantar dissertationnya, yang membandingkan theori atomik
Democritus dan Epicurus, ke Universiti Jena pada tahun 1840, di mana ia diterima.




Apabila Bauer, mentornya disingkir dari fakulti falsafah pada tahun 1842, Marx meninggalkan falsafah untuk menceburi bidang kewartawanan dan menyunting Rheinische Zeitung, akhbar radikal Cologne. Apabila akhbar tersebut ditutup pada tahun 1843, sebahagiannya akibat pertelingkahan antara Marx dan penapis kerajaan, Marx kembali berpaling kepada falsafah, melibatkan diri dengan aktivis politik, dan bekerja sebagai pemberita bebas free-lance. Marx kemudiannya berpindah, sesuatu yang sering berlaku akibat pandangan radikalnya. Pada mulanya Marx berpindah ke Perancis, dimana dia menilai semula hubungannya dengan Bauer dan kumpulan Hegelians Muda, dan menulis On the Jewish Question, kebanyakannya kritikan pada pendapa semasa mengenai hak awam dan kebebasan politik political emancipation. Di Paris dia bertemu dan bekerjasama dengan rakan collaborator Friedrich Engels, yang membawa perhatian Marx pada keadaan kelas bekerja, dan membimbing minat Marx kepada ekonomi. Selepas dia dipaksa meninggalkan Paris kerana hasil tulisannya, dia dan Engels berpindah ke Brussels, Belgium




Di sana mereka menulis secara bersama The German Ideology, kritikan mengenai falsafah Hegel dan Hegelians Muda, dan kemudian Marx menulis The Poverty of Philosophy (1847), kritikan mengenai fikiran sosialis Perancis. Karya ini merupakan asas bagi kerja Marx dan Engels pal;ing terkemuka, The Communist Manifesto, pertama diterbitkan pada 2 Februari 1848, yang ditempah oleh Communist League (dahulunya, League of the Just), organisasi pendatang Jerman yang dijumpai Marx di London.




Pada tahun itu Eropah mengalami pergolakan revolusi; pergerakan golongan pekerja merampas kuasa dari Raja Louis Philippe di Perancis dan menjemput Marx untuk kembali ke Paris. Apabila kerajaan ini dibubarkan pada tahun 1849, Marx berpindah balik ke Cologne dan memulakan semula Rheinische Zeitung, mengakibatkan dia disingkir. Marx berpindah kali terakhir ke London. Pada tahun 1852 Marx menulis pamplet terkemukannya The Eighteenth Brumaire of Louis Bonaparte, dalam mana dia menganalisa bagaimana Napoleon III mengambil alih Perancis. Dari tahun 1852 hingga 1861, semasa di London, Marx menyumbang kepada New York Tribune, kepunyaan Horace Greeley sebagai pemberita Eropah.




Pada tahun 1863, Chancellor of the Exchequer William Ewart Gladstone membentangkan ucapan belanjawan pada Parliamen dalam mana dia menyentuh mengenai peningkatan pendapatan negara England, dan menambah, "Saya patut risau dan bimbangkan kepada peningkatan kuasa dan pendapatan jika ia saya percaya terhad pada golongan yang sudahpun mewah." Tetapi, Gladstone menambah, pendapatan ini turut meningkat bagi pekerja British juga.
Pada tahun
1864 Marx menubuhkan International Workingmen's Association, kemudiannya dikenali sebagai First International, sebagai pengkalan bagi meneruskan pergerakan politiknya. Dalam ucapan pertamanya, dia tersalah memetik ucapan Gladstone. Dia mendakwa bahawa Chancellor telah berkata, "Peningkatan kuasa dan kekayaan yang menggalakkan terhad sepenuhnya kepada golongan berharta." Petikan sebenar diketahui umum dan percanggahan ini digunakan untuk menjatuhkan the International.
Sehingga hari ini, anti-Marxists seperti
Paul Johnson memetik ucapan Marx yang bercanggah dengan maksud Gladstone sebagai bukti pemalsuan dan adalah tidak jujur secara umumnya.
The International terselamat dari kontrovesi ini tetapi bubar pada tahun
1872 sebahagiannya kerana kegagalan Paris Commune, dan sebahagiannya kerana kebanyakan ahlinya berpindah kepada fahaman anarkisme, yang dianjurkan oleh Mikhail Bakunin. Di London, Marx memberi tumpuan kepada penulisan sejarah serta teori, yang paling terkenal ialah satu set himpunan tulisanDas Kapital (Capital: A Critique of Political Economy), dengan jilid pertamanya diterbitkan pada 1867. Sepanjang tempoh hayat Marx berada di London, keluarganya hidup dalam kesusahan dan bergantung kepada pemberian dari Engels untuk terus hidup.
Marx meninggal di London pada tahun 1883, dan dikebumikan di
Highgate Cemetery, London. Baki jilid Capital diterbitkan oleh Engels secara posthumous dari nota Marx.

CIRI-CIRI HALAL

MAKANAN, MINUMAN
GARIS PANDUAN MAKANAN, MINUMAN DAN BARANG GUNAAN ORANG ISLAM
1. TUJUAN
Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.
2. SUMBER BAHAN MAKANAN DAN MINUMAN
Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan.
2.1 Haiwan
Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu;
a) Haiwan Darat.
b) Haiwan Air.
2.1.1 Haiwan Darat
Semua haiwan darat halal dimakan kecuali;
i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
ii. Babi.
iii. Anjing.
iv. Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.
v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya.
vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.
vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.
viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan seumpamanya.
x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.
2.1.2 Haiwan Air
Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.
2.1.3 Tumbuh-tumbuhan
Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.
2.1.4 Minuman
Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.
2.1.5 Bahan Semulajadi
Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
2.1.6 Bahan Kimia
Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
2.1.7 Bahan Tambah
Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.
3. BAHAN GUNAAN ORANG ISLAM
Bahan gunaan orang Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu;
a) Kosmetik
b) Pakaian dan peralatan.
3.1 Kosmetik
3.1.1 Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku dan seumpamanya.
3.1.2 Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.
3.2 Pakaian dan Peralatan
3.2.1 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan.
3.2.2 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu babi dan anjing.
3.2.3 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan.Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit babi dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.
sila rujuk di web ini....
http://e-halal.hdcglobal.com/corporate.php?ID=75

sekian... wallahualam.