The Alien - Link Select

Selasa, 12 Mei 2009

VIRUS BABI H1N1- DAN PENDINDINGNYA...


WARNA MERAH ADALAH KES YANG TELAH DISAHKAN. DAN WARNA OREN ADALAH KES YANG BELUM SAH.

Selesema babi merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).[1] Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi
wabak selesema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.

Wabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung. Pada 5 Februari 1976, seorang anggota tentera di Fort Dix, Amerika Syarikat, mendapati dirinya letih dan lemah serta mati keesokannya. Doktor mengesahkan kematiannya berpunca daripada virus babi sebagaimana yang berlaku pada tahun 1918 akibat wabak selesema. Presiden Gerald Ford mengarahkan rakyat disuntik dengan vaksin, namun rancangan suntikan itu dibatalkan.
Pada 20 Ogos 2007 wabak selesema babi menyerang Nueva Ecija dan di kawasan tengah pulau Luzon, Filipina. Pada tahun 1968, virus "Hong Kong” membunuh lebih sejuta orang di seluruh dunia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan 62 kematian akibat virus H1N1 yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia. Ia menyamai selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan. Setakat ini tidak ada vaksin yang sesuai. Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan, menyatakan penularan virus di Amerika Utara amat serius dan berpotensi bertukar kepada wabak besar. Sekurang-kurangnya 81 kematian dilaporkan akibat pneumonia teruk yang disebabkan penyakit seperti selesema. Sebilangan yang mati dikesan mempunyai versi unik virus selesema A/H1N1, iaitu gabungan virus burung, babi dan manusia. 11 kes dikesan di California, Kansas dan Texas manakala 8 pelajar sekolah di New York City dijangkiti virus selesema dipercayai jenis yang sama.Pada 25 April 2009, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mahmood Adam akan memberi kerjasama di semua pintu masuk.
SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA. PERSEDIAAN TUBUH ADALAH SANGAT PENTING.Bawang putih ialah nama tanaman daripada genus Allium sekaligus nama daripada umbi yang dihasilkan. Umbi dari tanaman bawang putih merupakan bahan utama untuk ramuan dasar masakan Malaysia.Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.
Bawang putih mempunyai khasiat sebagai
antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).
Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan
tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.
BERIKUT IALAH RAMUAN AIR UNTUK MINUMAN KESIHATAN. TUMBUK SEULAS ATAU DUA ULAS BAWANG PUTIH BERGANTUNG KEPADA KEPERLUAN. CAMPURKAN DENGAN AIR PANAS SEGELAS DAN BANCUH DENGAN SUSU TEPUNG ATAU NSUSU TIN F&N. MINUM AIR ITU DUA HARI SEKALI. INSYALLAH... SELAIN JAUH DARI SEGALA JENIS PENYAKIT. VIRUS H1N1 JUG TIDAK AKAN MAMPU MENEMBUSI SISTEM IMUN TUBUH KITA. INSYALLAH...