The Alien - Link Select

Selasa, 21 April 2009

MAHMOUD AHMADINEJAD

Mahmoud Ahmadinejad (bahasa Parsi: محمود احمدی نژاد) merupakan Presiden Iran yang mencapai kemenangan besar yang mengangkatnya sebagai presiden pada 3 Ogos 2005. Beliau merupakan presiden paling kontroversi sejak Revolusi Islam 1979 di bawah pimpinan Ayatullah Imam Khomeini. Dia adalah Presiden yang tidak berasal daripada kaum Mullah yang selama puluhan tahun mendominasi jawatan ‘kekuasaan’ di Iran. Lahir pada 28 Oktober 1956Aradan, Iran
Beliau pernah menjadi Gabenor Wilayah Ardabil (1993-1997) dan Datuk Bandar Tehran pada 2004. Beliau dilihat sebagai memberikan kesan yang berbeza kepada iklim politik sejagat. Sejak hari pertama beliau bertanding sebagai presiden sehingalah kemenangannya sebagai presiden pada 3 Ogos 2005, kenyataan dan pandangannya menjadi perhatian dan perkiraan.
Sebahagian besar penganalisis mengaitkan kemenangan besar Ahmadinejad dengan sikapnya yang populis walaupun konservatif. Mereka mengaitkan kemenangannya dengan imej 'Mardomyar' atau sahabat rakyat sehingga golongan sederhana pun mengundi beliau walaupun mengetahui beliau sangat keras berpegang kepada khattul-Imam (garis-garis perjuangan yang ditetapkan Almarhum Imam Khomeini).
Kehidupan presiden yang miskin itu, dengan hanya sebuah kereta Paykan buatan Iran yang buruk dan sebuah rumah buruk, ternyata menarik perhatian ramai. Ahmadinejad hidup sederhana seperti pemimpin-pemimpinnya, Imam Khomeini dan Ayatullah Sayyid Ali Khamenei (Rahbar).
Semasa hayatnya, Imam memilih kehidupan yang sukar walaupun di puncak kuasa. Ketika menjadi pemimpin nombor satu di Iran, pernah berlaku berlaku bekalan elektrik terputus. Para pembantu membawa minyak ke rumah sewaan Imam untuk menghidupkan janakuasa bagi membolehkan pemanas atau heater berfungsi.
Namun, Imam menolak. Kalau rakyat dan mustadh'afin menggigil kesejukan, Imam bertanya, mengapa pula dia harus bersenang-senang memasang pemanas?
Begitu juga dengan Rahbar. Pernah berlaku tetamu-tetamu yang menziarahinya dihidangkan dengan minuman yang sepatutnya berais tetapi tanpa ais. Apabila ditanya, mengapa tiada ais? Pembantunya memberitahu, "peti ais rosak, belum ada duit lagi nak dibaiki". Terpulanglah sama ada hendak mempercayainya atau tidak, pemimpin nombor satu Republik Islam Iran yang kaya dengan minyak, salah satu kuasa minyak terbesar di dunia, tidak ada duit hendak membaiki peti aisnya yang rosak!
Itulah juga jalan hidup yang dipilih oleh Ahmadinejad. Ketika menjadi pemimpin besar dan boleh mendapatkan wang semahu hati kalau dia mahu, Ahmadinejad pernah menegur anaknya kerana terlalu lama mengakses Internet kerana, "abah tak cukup duit nak bayar bil Internet banyak-banyak". Begitu keterlaluan untuk diterima sebagai kebenaran?
Sebab itulah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, ketika menyimpulkan mengapa orang-orang seperti Ahmadinejad diberi perhatian dan perkiraan, berkata, "orang gerun kepada dia sebab dia yang perintah dunia, bukan dunia yang perintah dia". Maksudnya pesona kemewahan dunia tidak mampu menumpaskannya.
Sambil mengakui pandangan itu, pandangan Almarhum Dr Kalim Siddique ketika menilai kejayaan Imam Khomeini mungkin lebih tepat. Menurut Dr Kalim, Imam berjaya kerana beliau berpegang dengan sistem nilai dan logiknya sendiri, yang terbentuk dalam pengajian dan kemudian komitmennya sebagai ulama di hauzah-hauzah dan husainiyah-husainiyah (pusat-pusat pengajian Islam).
Beliau tidak membiarkan dirinya menjadi lembu yang diikat tengkuknya dengan sistem nilai dan logik Barat.
Jika beliau terlalu bimbang dengan pandangan, logik serta sistem nilai Barat, dunia mungkin tidak menyaksikan kejayaan Revolusi Islam. Perjuangan Imam sendiri mungkin tidak akan mendapat apa-apa dan tidak akan mencapai kejayaan, jika beliau tunduk dan patuh kepada peraturan, sistem nilai, logik serta disiplin ilmu Barat.
Memilih kehidupan yang susah itu sendiri sebenarnya mencerminkan Imam, Rahbar dan Ahmadinejad berpegang kepada sistem nilai dan logik yang berlainan. Ketika logik umum para pemimpin dunia, termasuk sebahagian ulama dan pemimpin di Iran sendiri, memilih sistem nilai yang mahukan para pemimpin menunjukkan kehebatan dan kehidupan yang penuh kilau-kemilau kononnya "supaya dihormati musuh," mereka memilih sistem nilai dan logik yang samasekali berlainan.
Mereka mungkin mencontohi logik dan sistem nilai yang dipegang oleh Sayyidina Husain r.a. yang berlainan dari logik dan sistem nilai orang-orang awam.
Ketika Ibnu Umar r.a. menasihati Husain supaya jangan menempah maut dengan melakukan bara'ah atau pemisahan diri dari kepimpinan Yazid, Husain memilih logik seorang syahid yang percaya bahawa di atas titisan darahnya akan berlaku islah terhadap kehidupan beragama masyarakat yang dinodai pemerintahan yang dilihatnya sebagai bejat dan akan berlaku juga kebangkitan yang lebih hebat - Revolusi Islam Iran, yang menumpaskan Shah si badut dan boneka Israel dan Amerika yang durjana, berpegang kepada pendirian "setiap hari adalah 'Asyura dan setiap tempat adalah Karbala".
Begitu juga Ahmadinejad. Beliau memilih untuk berpegang dengan logik dan sistem nilainya sendiri yang dibentuk oleh madrasah Khomeini dan Revolusi.
Dalam mempertahankan hak yang sah negaranya untuk memajukan tenaga nuklear, beliau memilih untuk merongkai belenggu sistem nilai dan peraturan yang dipaksakan kuasa-kuasa besar yang jahat yang memperkudakan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Malah dalam menilai sejarah pun, Ahmadinejad dengan berani mengemukakan logik dan sistem nilainya sendiri dengan menyatakan Holocaust adalah suatu cerita dongeng untuk kepentingan dan niat jahat Zionis. Beliau malah mengajak ahli-ahli sejarah, ahli-ahli sains dan pakar pelbagai bidang yang berkaitan untuk bersidang dan menilai kebenaran Holocaust.
Ahmadinejad dan para pemimpin yang dikasihinya memberikan pelajaran yang amat mudah kepada seluruh ummah. Jika mahu berjaya sebagai ummah yang Rabbani, mencapai kemuliaan diri serta tidak dipandang enteng oleh musuh-musuh, berpeganglah kepada sistem nilai, logik dan disiplin ilmu dari khazanah agama kita sendiri, Islam

... KASIH IBU


~EIGHT LIES OF A MOTHER~

1.The story began when I was a child;
I was born as a son of a poor family.
Even for eating, we often got lack of food.
Whenever the time for eating, mother often gave me her portion of rice.
While she was removing her rice into my bowl,
she would say "Eat this rice, son. I'm not hungry".
That was Mother's First Lie


2.When I was getting to grow up,
the persevering mother gave her spare time for fishing in a river near our house,
she hoped that from the fishes she got,
she could gave me a little bit nutritious food for my growth.
After fishing, she would cook the fishes to be a fresh fish soup,
which raised my appetite. While I was eating the soup,
mother would sit beside me and eat the rest meat of fish,
which was still on the bone of the fish I ate.
My heart was touched when I saw it.
I then used my chopstick and gave the other fish to her.
But she immediately refused it and said "Eat this fish, son.
I don't really like fish."
That was Mother's Second Lie.

3.Then, when I was in Junior High School,
to fund my study,
mother went to an economic enterprise to bring some used-matches boxes that would be stuck in.
It gave her some money for covering our needs.
As the winter came,
I woke up from my sleep and looked at my mother who was still awoke,
supported by a little candlelight and within her perseverance she continued
the work of sticking some used-matches box.
I said, "Mother, go to sleep, it's late,
tomorrow morning you still have to go for work.
" Mother smiled and said "Go to sleep,
dear. I'm not tired."
That was Mother's Third Lie.

4.At the time of final term,
mother asked for a leave from her work in order to accompany me.
While the daytime was coming and the heat of the sun was starting to shine,
the strong and persevering mother
waited for me under the heat of the sun's shine for several hours.
As the bell rang, which indicated that the final exam had finished,
mother immediately welcomed me and poured me a glass of tea
that she had prepared before in a cold bottle.
The very thick tea was not as thick as my mother's love,
which was much thicker. Seeing my mother covering with perspiration,
I at once gave her my glass and asked her to drink too.
Mother said "Drink, son. I'm not thirsty!".
That was Mother's Fourth Lie.

5.After the death of my father because of illness,
my poor mother had to play her role as a single parent.
By held on her former job, she had to fund our needs alone.
Our family's life was more complicated. No days without sufferance.
Seeing our family's condition that was getting worse,
there was a nice uncle who lived near my house came to help us,
either in a big problem and a small problem.
Our other neighbors who lived next to us saw that our family's life was so unfortunate,
they often advised my mother to marry again. But mother,
who was stubborn, didn't care to their advice,
she said "I don't need love."
That was Mother's Fifth Lie.

6.After I had finished my study and then got a job,
it was the time for my old mother to retire.
But she didn't want to; she was sincere to go to the marketplace every morning,
just to sell some vegetable for fulfilling her needs.
I, who worked in the other city, often sent her some money to help her in fulfilling her needs,
but she was stubborn for not accepting the money.
She even sent the money back to me.
She said "I have enough money."
That was Mother's Sixth Lie.

7.After graduated from Bachelor Degree,
I then continued my study to Master Degree.
I took the degree, which was funded by a company through a scholarship program,
from a famous University in America .
I finally worked in the company. Within a quite high salary,
I intended to take my mother to enjoy her life in America .
But my lovely mother didn't want to bother her son,
she said to me "I'm not used to."
That was Mother's Seventh Lie.

8.After entering her old age,
mother got a flank cancer and had to be hospitalized.
I, who lived in miles away and across the ocean,
directly went home to visit my dearest mother.
She lied down in weakness on her bed after having an operation.
Mother, who looked so old, was staring at me in deep yearn.
She tried to spread her smile on her face;
even it looked so stiff because of the disease she held out.
It was clear enough to see how the disease broke my mother's body,
thus she looked so weak and thin.
I stared at my mother within tears flowing on my face.
My heart was hurt, so hurt, seeing my mother on that condition.
But mother, with her strength, said "Don't cry, my dear.
I'm not in pain."
That was Mother's Eight Lie.


After saying her eighth lie, She closed her eyes forever!
*Aku tiba-tiba treringat dan rindukan Ibu di kampung. Semoga Allah SWT memberkatinya, mengampuni dosa-dosanya dan meredhainya sebagai antara hamba-hambanya solehah dan semoga Allah menempatkannya dalam Syurga Firdaus disisi Ibu Rasulullah SAW.... amin"