The Alien - Link Select

Khamis, 19 Mac 2009

ALLAHUAKBAR!!!




"TIDAK KU JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADA-KU"


ALHAMDULILLAH… .






Segala puji bagi, Allah SWT, seluruh alam yang menciptakan langit dan bumi serta seisinya yang ghaib mahupun yang jelasnyata. Dan apa yang kita ketahui dan tidak. Maha Suci Allah yang menjadi kita ini manusia yang berbangsa-bangsa agar kita dapat mengenal dan berkenalan di antara satu sama lain untuk beribadat semata-mata kepada Allah SWT yang TIADA TUHAN SELAIN ALLAH YANG WAJIB DAN PATUT DISEMBAH.

Sebagai orang Islam aku akui, hidup dan matiku kerana semata-mata kerana Allah SWT. Tiada yang lain selain Allah SWT. Dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya yang tidak akan ada pengganti lagi selepasnya. Sebagai orang Islam juga kita semua diwajibkan menurut segala perundangan Allah SWT, melaksanakannya dengan sedaya upaya walau dengan apa cara sekalipun yang dibenarkan oleh Islam.

Sejarah telah membuktikan mana-mana pihak yang berjuang untuk bangsa atau sekadar memuliakan bangsanya di muka ini… pihak itu akan musnah dan melalui bermacam kesengsaraan. Tetapi, mana2 pihak yang berjuang semata kerana Allah dan memuliakan agama Islam. Nescaya dia akan beroleh kemenangan yang pasti di dunia dan di akhirat… Rasulullah SAW berjuang untuk Islam kerana Allah SWT dan untuk menyatukan bangsa Arab kerana Allah SWT. Dan, hasilnya Baginda SAW berjaya…Rasulullah SAW tidak pernah berjuang untuk bangsa Arab. Tetapi dia berjuang untuk menyatukan seluruh Manusia dan Jin di bumi ini di bawah satu kalimah Iman yang sangat tinggi dan mulia...
Dan hal ini tidak dijanjikan untuk Rasulullah SAW sahaja tetapi bagi sesiapa yang membawa dan menggalas kalimah ‘Laa ilaaha illallah Muhammadurasulullah’ di atas Iman, akal dan usahanya untuk menyebarkan syiar iman di seluruh pelusuk Bumi ini.

Tidak kira bangsa Suluk, Melayu, Indonesia dan bangsa lain di dunia ini di kalangan manusia dan Jin semuanya akan bersatu dibawah kalimah Iman ini… maka setelah itu barulah dunia ini akan aman, seaman-amannya, sedamai-damainya tanpa peperangan menegakkan bangsa. Tetapi semata-mata berabdikan diri pada yang Esa….
Oleh itu marilah kita semua menggalas tugas kenabian ini untuk membawa manusia berhimpun di bawah satu kalimah. Jadikan seluruh tanah-tanah di bumi ini di bawah SATU panji kalimah Iman yang mulia ini.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!