TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, YANG MAHA ESA DAN TIADA SEKUTU BAGI-NYA,
MUHAMMAD ITU RASULULLAH DAN PENUTUP NABI-NABI
"WAHAI PEMELIHARAKU, AKU BERLINDUNG PADA ENGKAU DARIPADA CADANGAN-CADANGAN JAHAT SYAITAN-SYAITAN, DAN AKU BERLINDUNG PADA ENGKAU, WAHAI PEMELIHARAKU, DARIPADA MEREKA HADIR PADAKU." (23:97-98) “WAHAI PEMELIHARAKU, JIKA ENGKAU LIHATKAN KEPADAKU APA YANG MEREKA DIJANJIKAN, WAHAI PEMELIHARAKU, JANGANLAH ENGKAU LETAK AKU DI KALANGAN KAUM YANG ZALIM." (23:93-94) ..DAN ENGKAU SELAMATKANLAH AKU DARIPADA KAUM YANG ZALIM.” (66:11) "AKU BERLINDUNG PADA PEMELIHARA YANG MEMBELAHKAN (PADA WAKTU DINIHARI), DARIPADA KEJAHATAN APA YANG DIA CIPTA, DARIPADA KEJAHATAN KEGELAPAN APABILA IA GELAP, DARIPADA KEJAHATAN ORANG (PEREMPUAN) YANG MENIUP PADA IKATAN, DARIPADA KEJAHATAN PENDENGKI APABILA DIA DENGKI." (113:1-5) "AKU BERLINDUNG PADA PEMELIHARA MANUSIA, RAJA MANUSIA, TUHAN MANUSIA, DARIPADA KEJAHATAN PEMBISIK YANG MENYELINAP, YANG MEMBISIKKAN DI DALAM DADA MANUSIA, DARIPADA JIN DAN MANUSIA." (114:1-5)

:::CINCIN MUSTIKA WARNA:::

:::CINCIN MUSTIKA WARNA:::
The Alien - Link Select

Isnin, 26 Oktober 2009

NAMA-NAMA HEBAT!



RASULULLAH MUHAMMAD SAW
Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud: "Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."



KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB ( AMIIRUL MUKMINIIN )
*"Kalau ada nabi selepas ku nescaya kamulah orangnya wahai Umar!"-Sabda Rasulullah SAW
*"Syaitan sangat takut pada kamu dan di mana saja kamu lalui jalan itu tidak akan dilalui oleh Syaitan."-Sabda Rasulullah SAW
Saidina Umar ibni al-Khattab r.a (c. 581 - November, 644), kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan puak Quraisy. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun. Beliau sangat dikenali sebagai Amirul Mukminiin, Pemisah antara Hak dan Batil. Sangat ditakuti Syaitan dan tegas dalam melaksanakan hokum-hukum Allah SWT. Beliau Kekasih juga mentua Rasulullah SAW yang kedua selepas Abu Bakar r.a.

Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Beliau juga berilmu iaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.

Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.

Pada tahun 637, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.

Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.

Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana. Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah. Abu Lu'lu'ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah.

Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Saidina Abu Bakar. Saidina Uthman Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya..




SAIFULLAH (KHALID AL-WALID)
"Penegak hukum Allah dengan Pedang, tegas dan amat redha pada Allah."
Khalid ibni al-Walid (592-642) juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul (bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh.[1] Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan juga zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Uthman bin Affan.[1] Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Byzantine dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.

Khalid ibn Walid adalah bangsa Arab berketurunan Quraisy yang pernah suatu menentang Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan nabi, beliau dilantik penglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sassanid Parsi dan tentera Byzantine Rom.


Insyallah… bila aku ada anak lelaki nanti… akan aku namakan dia, MUHAMMAD UMAR SAIFULLAH….
Semoga dengan nama ini dia akan terkemuka di dunia dan di Akhirat. Diberkati dan dirahmati Allah seperti Allah merahmati dan memberkati Rasulullah SAW…

Tiada ulasan: