
Antara penumpang yang penting dan terkenal ialah :
Prince Pedro Luís Orléans-Braganç. Dia warganegara Brazil/Belgium.Kini menetap dan bekerja di sebuah syarikat di Luxembourg.
Eksekutif syarikat Michelin Brazil iaitu ThyssenKrupp.
Datuk Bandar Rio de Janeiro, isterinya, dan pemimpin Symphony Orchestras Brasilia National Theatre dan Rio de Janeiro Municipal Theatre.
Juliana de Aquino - pelakon teater di Jerman
Pemain hap, Fatma Ceren Necipoglu dari Turki.
Pengalisis lain menyatakan kemungkinan kerosakan mekanikal atau kemungkinan juga keganasan.Biro Analisis Penerbangan Civile (BEA) ditugaskan menjalankan siasatan rasmi. Pengerusi BEA Paul-Louis Arslanian menyatakan bahawa dia tidak optimistik mencari alat perakam kapal terbang kerana mungkin tenggelam 3,000 m di dasar lautan. Penyiasat berharap menemui ekor pesawat kerana perakam itu terletak di sana.Pada 1988, kontraktor bebas mampu memulihkan kotak hitam yang djumpai pada kapal terbang Penerbangan 295 Afrika Selatan di kedalaman 4,900 m . Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon menyatakan kedalaman Lautan Atlantik mencecah 7,000 meter.[1][2]
Perancis menghantar dua kapal selam mini yang boleh beroperasi sedalam 6,000 meter di Lautan Atlantik bagi mengesan kotak hitam.Penyelam tentera laut Brazil dikerah ke lokasi serpihan .Empat kapal tentera laut Brazil yang membawa kelengkapan menyelamat turut dikerah ke kawasan laut sepanjang lima kilometer di mana beberapa serpihan pesawat ditemui tentera udara Brazil.
Menteri pertahanan Brazil Nelson Jobim menyatakan tiada sebarang letupan itu atau kebakaran yang mencetuskan bahan api jet setakat ini. Penyiasat telah menemui kerusi pesawat, pelampung berwarna oren, wayar, bangkai besi , komponen pesawat dan tompokan bahan bakar jet . Zon serpihan terletak hampir 1,000 kilometer dari pantai timur laut Brazil itu untuk memulakan operasi menarik keluar serpihan itu dari laut.Tiga kapal dagang iaitu dua milik Belanda dan satu Perancis berkejar ke sana untuk misi mencari.
Tentera Udara Brazil menyatakan pesawat itu "melalui kawasan ribut petir dengan gelora yang kuat" kira-kira pukul 10 malam. Pesanan automatik diterima 14 minit kemudian "menandakan litar elektrik tidak berfungsi".Perhubungan terakhir dengan pesawat itu adalah pada pukul 10.36 malam waktu tempatan, tetapi tidak memberitahu di mana kedudukan pesawat itu ketika itu.Pesawat itu hilang 300 km timur laut pantai bandaraya Natal .
Nahas udara paling buruk sejak 2001, apabila sebuah jet American Airlines terhempas di New York yang mengorbankan semua 260 penumpang dan krew.
Menteri Pertahanan Brazil, Nelson Jobim memberitahu wartawan semalam (kira-kira 4 pagi ini waktu Malaysia), 'tidak syak lagi' sebuah tempat duduk, kabel, komponen pesawat dan tompokan bahan bakar jet adalah daripada pesawat Airbus A330 Air France yang dalam penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris apabila didapati hilang kelmarin.
Penemuan itu melenyapkan sebarang harapan untuk menemui mangsa yang selamat dan mengesahkan nahas udara paling buruk sejak 2001, apabila sebuah jet American Airlines terhempas di New York yang mengorbankan semua 260 orang di dalamnya.
Jobim berkata, kapal-kapal tentera laut Brazil akan mula tiba di zon serpihan yang terletak hampir 1,000 kilometer dari pantai timur laut Brazil itu untuk memulakan operasi menarik keluar serpihan itu dari laut.
Tiga kapal dagang iaitu dua milik Belanda dan satu Perancis, sudah pun berada di lokasi berkenaan, katanya.
Pada waktu sama, operasi mencari mayat akan diteruskan.
Jika ditemui, mayat mangsa akan dibawa dengan kapal sejauh 460 kilometer ke lapangan terbang terdekat di kepulauan Fernando de Noronha, sebelum diterbang keluar dengan pesawat tentera udara.
Lebih separuh daripada penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu adalah rakyat Perancis atau Brazil, manakala selainnya berasal dari 30 negara, kebanyakannya Eropah.
Jet itu hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro ketika dalam kedudukan di luar jangkauan radar di tengah-tengah Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika.
Komunikasi terakhir dari pesawat itu terdiri daripada isyarat data automatik yang memberi amaran mengenai pelbagai kerosakan elektrik dan tekanan udara di dalam jet tersebut.
Juruterbangnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.
Air France membayangkan pesawat berusia empat tahun mungkin dipanah petir, situasi yang berbahaya jika digabungkan dengan masalah lain seperti pergolakan udara.
Teori lain yang dibangkitkan oleh pakar termasuk kesilapan juruterbang, kerosakan mekanikal atau kemungkinan juga keganasan.
"Tiada hipotesis yang menjadi pilihan buat masa ini," kata Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon semalam.
Menurut beliau, perkara yang pasti ialah tiada isyarat kecemasan daripada kapal terbang itu, tetapi siri amaran automatik selama tiga minit menandakan kegagalan semua sistem.
Memandangkan punca nahas itu masih misteri, pencarian kotak hitam menjadi sangat penting.
Sebuah kapal Perancis dalam perjalanan ke lokasi kejadian dengan membawa dua kapal selam mini yang boleh beroperasi sedalam 6,000 meter yang juga paras maksimum kotak hitam boleh bertahan dan kira-kira kedalaman laut di kawasan berkenaan. - AFP
Saudara mara yang menanti keajaiban terpaksa menerima hakikat apabila pakar berkata semua terkorban dalam pesawat malang itu yang hilang Ahad lalu ketika penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris. - AP/Reuters



Tiada ulasan:
Catat Ulasan