The Alien - Link Select

Jumaat, 29 Ogos 2008

AKU BUKAN HISYAM


Sinopsis:
Lelaki tampan yang seiras aktor Salman Khan dan pernah jatuh cinta dengan Syakirah itu, adalah kawan rapatnya dan mungkin kerana sayang, dia yang sudah tiada di dunia, dimunculkan kembali.
SAM C1G1 dibangunkan oleh Suluken Corporation dengan tujuan untuk menyelamatkan Bumi daripada bencana meteor ganjil yang tiba-tiba mengancam ekosistem Planet Bumi. Namun, ketika usaha itu dilakukan satu masalah besar timbul sehingga menjejaskan usaha Suluken Corporation untuk menyelamatkan Bumi.
Siapakah Krimna? Mampukah SAM C1G1 menghapuskan Krimna? Apakah yang berlaku ke atas Bumi? Siapa pula lelaki yang bernama Aizad dan Lex? Siapa Jessica? Apa pula kaitan Hisyam dengan semua ini? Ikuti kisahnya.



ALHAMDULILLAH! akhirnya Cover Novel ABH aku sudah siap dan gambar di atas adalah covernya. Tahniah buat Kd dan semua yang terlibat dalam menjayakan kulit novel aku ni... hehehe.. penantian setahun yang lalu dah nampak. Insyallah mungkin akan diterbitkan lah novel aku tahun ini.... Bila NJ sent cover aku tadi.. aku bagaikan berjalan di atas air rasanya... rasa best yang amat sangat... Yaaaahhhhoooooooo!!!!


Dapatkannya di pasaran pada pertengahan bulan september ini di kedai-kedai(MPH, Popular dsb.) buku yang berhampiran rumah anda! sila layari... http://karnadya.com.my/