-

-
-
The Alien - Link Select

Selasa, 3 Jun 2008

CUTI best!!!

Aku bercuti selama 9 hari di JB. Kawan aku Lex, pemilik Lexus Construction mengundang aku ke majlis kahwinnya sebagai pengapit. Setelah pemohonan cuti aku ajukan dan diluluskan aku menaiki bas transnasional ke destinasi. Ada lah juga dalam 4 jam aku mengharungi perjalanan yang cukup membosankan. Mujurlah ada novel Saga Horizon yang aku bawa bersama. Dapat juga aku menghabiskan novel ini di sepanjang jalan. So, taklah boring sangat. Kekadang tertidur juga di sepanjang jalan. Tiba di Larkin dalam jam 3 petang. Penat gile masa tu. Lex masih belum sampai ketika aku menjejakkan kaki tanah Johor. Aku sempat tunaikan solat Zohor di surau Larkin tu... dan sebelum tu aku sempat tgk opis Gerak Kilat -Raden Johari punya pusat perubatan. Kalau nak bedah batin dan selamat kat sinilah pusatnya... Tak lama kemudian Lex tiba dan tunggu aku kat McD... kami sempat beli songkok hitam untuk majlis akad nikah nanti. So, kami terus ke Saujana amik mak dia dan bergegas ke Perling. Persediaan telah dibuat seperti dulang hantaran yang di sediakan olh makcik Kiah dan dua konconya.. si Rinie yang baru putus tunang dan seorang anak makcik Kiah yang tgh amik exam. Pada hari sabtu pagi kami bertolak dalam jam 5 pagi ke Muar. Singgah di Machap untuk sarapan dan tukar baju untuk akad nikah nanti... 4 kereta dan sebuah bas UTM digunakan dalam rombongan tersebut. Tiba di Muar dalam jam 9.30 pagi... Akad nikah terus dilangsungkan. Masa ni aku pula yang berdebar-debar walauun bukan aku yang dinikahkan. Kelakar gak si Lex ni apabila menerima nikah... laju je dia sebut "Aku terima nikahnya..." masa tu aku dah tergelak kecil. yang lain pun sama... cuma Imam-Tok kadi tu je kontrol macho...hehheehe.. wlau macam mana pun .. alhamdulillah semuanya berlalu dengan selamat... lepa s baca doa dan akujanji dilafazkan di keduabelah pihak.... majlis makan2 pun bermula...da satu yang aku tak sangka ialah... ada pul member aku kat situ... jurukameranya si Wantermmmm... si peminat buah tembikai yang fanatik. hehhee... dia tengah sibuk2 amik gambar... rupanya si Yati tu(Pengantin pompuanla...) member aku juga... amik dia jadi jurugambar... Fuh... oklaa.... ntahlah dah siap ke tak gambar2 tu... Tengah hari tu majlis makan beradab... seblum tu aku ngan Lex balik ke hotel yang disediakan oleh pihak perempuan... so balik sana jap...dan rehat. Lepas zohor kitaorang berarak ke umah pengantin balik dan memulkan acara seterusnya... makan beradab... sebelum tu satu adat orang johor ni masa mempelai di halaman tu.... kita orang jadi mangsa lemparan duit2 syiling yang banyak... apalagi berebut2 la bebudak nak pungut duit2 syiling yang bertaburan di halaman rumah yang mula2 nya dilemparkan oleh orang tua pihak perempuan.... yang makcik-makcik pun ada sekali berebut.. haha .. aku je yang tak... mulanya aku takut gakl.. mana tau pengapit pun takleh nak rebut sekali...hahahah... lepas tu makan berdamai tu... aku pulun ikan siakap steam yang sedap gile dan udang bakar.... hahha aku lak yang melantak kuat.. hehhe(tak tau malu tul!) hahaha...
lepas tu keluarga Lex bertukar-tukar hantran laa... dan jam 4 petang itu majlis selesai dengan aku dan Wantermmmm.... makan tghari kat bawah... secod round punya ... hahahaa...
Aku dan Lex tidur la kat umah pengantin... so aku lepak ngan abang pengantin pompuan(Yati)... abg dia ni OKU... tak leh cakap... dia bisu laa.. tapi rajin dan bijak berkerja. Bukan calag2 OKU budak ni... dia ada pelihara 3 ekor kucing yang besar2 sebab diberi makan Wishkes.... satu yang sangat menarik tentang abang kawan aku ni ..ialah kepekaannya terhadap cuaca dan persekitarannya... kalau hari nak hujan .. dia boleh tau dari deria baunya.... begittu juga kalau ada orang masak nansi dan nasi tu pula mula hangit... sebelum hangit ...dia dah tahu... dan dia akan terus pi dapur ..tutup api. memang satu yang menarik... JKM bagi dia RM 300 sebulan dan dia sendiri bekerja buat jahit baju yang ditempah oleh ABIM ..
yang respeknya... dia jahit semua langsir-langsir kat umahnya. wwwooo... kalau aku laa... nak jahit lubang atau kotyak baju pun dah macam ikat buah nangka... hahah, aku tak gheti2 mende2 ni... hahaha. So , bab paling best sekali... kat umah pengantin ni aku makan 6 kali sehari... memang aku akan gemuk kalau duk sana dalam seminggu lagi... hahahaha... kat Muar nilah aku kenal Mak neh, Ibu pengantin, mak Pot, Pakcik Esa dan ramai lagi laaa keluarga2 pengantin pompuan ni... alhamdulillah.. semua tu memang pengalaman yang cukup berharga buat ku...