The Alien - Link Select

Sabtu, 22 Mac 2008

DIARI 1

HOPE
-Amrishan mengorak langkah. Kali ini ditekadkan hatinya untuk terus menjalani ujian itu. Prof. Ikmal sendiri agak kecewa dengan keengganan Amrishan tempoh hari. Amrishan takut sebenarnya dengan segala kesan sampingan yang pernah diketahuinya. Disebabkan itulah Amrishan menghampakan Prof. Ikmal.
Hari ini dia bangun pagi dengan sebuah tekad yang kukuh dan berani untuk menghadapi ujian itu. hari ini juga dia tidak akan menghampakan harapan dan kepercayaan Prof. Ikmal buat kali kedua. Dia mahu segalanya selesai dalam masa yang singkat agar dia dapat memusnahkan Suluken Corporation yang telah mengubah identitinya selama ini. Dia mahu Maharaja SC itu tundukkepadanya sebagai satu pembalasan yang setimpal dengan apa yang berlaku ke atas dirinya.
9.00 pagi- Prof Ikmal menunggu dengan debaran. Amrishan yang ditunggu-tunggu itu masih belum muncul. Makmal Cyrogen E331 masih lengang walaupun lampu dan suis peralatan telah diaktifkan. Balang khas yang bakal digunakan untuk memulihkan DNA Amrishan itu telah sedia diisi dengan cecair Albuminia HP3000. cecair itu juga akan memulihkan seluruh mutasi Aquasilver pada sel-sel badan lelaki muda itu. Dia masih teringat saat mula dia bertemu dengan Amrishan di laut. Selat melaka menjadi saksi kekagumannya pada anak muda itu. Amrishan berenang dan menyelam dengan bebas di laut dalam itu tanpa bantuan oksigen atau apa-apa peralatan menyelam. Dia terkejut sehingga dia terkaku seketika sehinggalah anak muda itu menghampirinya. Dia masih ingat bagaimana lelaki itu seolah-olah bernafas dengan menggunakan air laut yang keluar masuk melalui hidungnya yang sedikit kehijauan.
Dan apa uyang paling menakjubkannya, Amrishan ada sifat-sifat kemanusiaan yang masih kekal. Semuanya tiada beza seperti manusia lain cuma sahaja kemampuan anak muda itu bernafas di dalam air dan bergerak dengan laju bak seekor ikan yang berenang bebas di lautan.
(bersambung...)
*************
Hari ini aku menjejakkan kaki ke JJ... Minggu ni tayangan mula bagi movie terbaru- The WaterHorse- Ketika kuar dari rumah , hujan masih renyai-renyai. Aku pecut juga lah motor ke JJ walaupun ada beberapa batang jalan yang digenangi air hujan. Jalan ke Klang di tutup akibat banjir kecuali di Lebuh raya Shah Alam. Tanpa berlengah aku ikut jalan tu sehinggalah aku tiba di JJ dengan selamat. Jam menunjukkan 3.30 petang . Waktu tayangan pada jam 4.10 PM, kerana takut terlambat aku kunci motor cepat2 dan bergegas ke kaunter tiket di tingkat 1. Mujurlah aku sempat. Dapat juga tempat duduk pertama dari belakang. Sebelum itu , aku bergegas ke Mall untuk beli susu dan roti kelapa High 5 untuk dimakan sambil menikmati movie yang best ni... Waterhorse mengisahkan lagenda Loch Ness yang terkenal di Scotland. Kuda Laut tu ditemui oleh seorang budak yang bernama Angus dlm bentuk telur dan akhirnya menetas di bengkel ayahnya. Disitulah Angus membesarkan binatang tersebut sehinggalah ia terpaksa di bawa ke tasik untuk kebaikan binatang itu sendiri. Namun, kehadiran tentera yang berkubu disitu membuatkan kuda laut yang dinamakan sebagai Crusoe itu mula terancam dan akhirnya melarikan diri ke laut lepas yang luas. Citenya memang best... aku terbayang masa-kanak dulu, ketika itu aku dalam lingkungan 4 tahun dan terjumpa dengan seekor anak kucing di tepi hutan. Aku memelihara kucing itu sehinggalah ia menjadi besar dan akhirnya hilang pada waktu malam di hutan yang sama aku menjumpainya.
Aku ke MPH selepas menonton dan membeli sebuah buku yang bertajuk-Himpunan Petua2. Buku yang memang aku cari2 selama ini... aku balik umah tepat jam 6.30 petang setelah solat Asar di surau yang disediakan di JJ.
*************
Petua hari ini- tahukah anda dengan meminum Teh 'O' Bawang Putih, anda akan membuat tubuh anda sentiasa segar dan bertenaga serta bebas dari penyakit? ia juga menguatkan perut dan mengatasi masalah jantung dan darah tinggi sekiranya diamalkan secara rutin . Insyallah..