The Alien - Link Select

Rabu, 20 Ogos 2008

TAHUKAH ANDA???

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan
kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling
dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius
akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2.Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam
pembinaan sebuah helikopter.
Ini kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.


3.Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan


4.Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali
sebagai paparazi.
Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo
dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada
tahun 1960.
Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang
bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


5.Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.


6.Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi
berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik
butir-butir besi lain kearahnya.
Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.


7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu.
Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya
supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah
tentu ia tidak akan diekori lagi.


8.Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh
telinganya sendiri menggunakan siku.


9.Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas.Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


10.Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir
sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya.Tapi,
walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.


11.Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan
masih aktif untuk meletup.Tapi mengikut kajian ahli gunung, api
elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.


12.Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


13.Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam
dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang
berupa kekenyangan.Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita.


14.Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah
mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.
hehehehehheh...Sentuh la telinga korang ngan siku sampai ia kena.....
Tak normal la korang maknanya........

Tiada ulasan: