The Alien - Link Select

Ahad, 13 April 2008

FIKSYEN SAINS?


NOVEL FIKSYEN SAINS FANTASI. Nampaknya semakin berlambak di pasaran. Ini satu perkembangan yang aku tunggu2 selama ini...Aku teringat kembali masa mula2 aku baca buku novel berkaitan sains fiksyen ni... tajuknya 'Kembali ke detik-detik lalu' keluaran DBP tahun 90-an laa... itu novel pertama jenis tu dlm bahasa melayu yang aku baca. Seronok ceritanya.. sejak dari saat itu aku bercita-cita untuk jadi penulis Fiksyen sains. Aku membina karya pertamaku ketika di tingkatan tiga. Pertandingan Esei Sains pada tahun 1993. Aku masih ingat lagi bagaimana aku menukar tajuk esei sains aku itu beberapa kali. Sehinggalah aku beri tajuk -yang berbunyi 'TEROWONG MASA'. Dan satu yang diluar jangkaan semua. aku menggondol kejuaraan Esei sains. itu merupakan karya pertama aku dan kemenangan sulungku dalam arena penulisan aku yang masih terlalu mentah ketika itu. Dan detik-detik yang manis itu sentiasa berkegar dan berputar pantas dalam memoriku. satu kenangan yang cukup Indah. Aku ingin mengulanginya semula.... Karya yang sama dan kemenangan yang sama. dengan tujuan itu aku kembali membina semula cerita 'Terowong Masa' dalam bentuk yang lain dan tajuk yang lain. Cuma saja watak-wataknya masih kekal. Prof. Ikmal dan sahabatnya sebagai hero utama karya sains yang bertajuk 'SAM C1G1'- aku bina semula cerita tersebut dan jadikannya sebagai sebuah novel sains yang penuh dan padat dengan aksi2 serta jalan cerita yang menarik dan mendebarkan. Aku siapkannya dalam masa 3 bulan. pada tahun lepas iaitu tahun 2007, setelah 13 tahun berlalu. walaupun ketika itu aku sedar karya sain aku yang lain seperti Persepolis Atlantis dan Arena masih terbengkalai. Pening kepala juga aku memikirkannya.
Dan baru-baru ini aku menyaksikan kelahiran pelbagai karya yang gempak dipasaran. Karya sains seperti Opera Angkasa, Sayap Adinila dan Urana serta ada beberapa buah karya terbaru yang memang cukup mengkagumkan aku. Aku ingin membaca kesemuanya nanti. Aku seronok apabila emikirkan novel jenis ini semakin berkembang dan sambutan juga agak menggalakkan.
Dan peristiwa paling best adalah semalam. Aku ke Pesta Buku antarabangsa di PWTC. Memula aku sampai aku melihat ramai orang bersesak-sesak di gerai2 yang dikhususkan. Aku tak sangka rakyat malaysia ni memang gila2 buku la juga. Satu sikap yang paling mulia... ialah membaca... memang aku akui... aku pun gila membaca! dan semalam aku berjumpa dengan Nieta, Syima syawal, Kak Aiena- Big Boss KD. Aku sempat bertanya khabar dan mengutarakan masalah aku itu pada Big Boss KD yang memang sangat peramah dan baik hati. Selepas tu juga aku ke PTS sebab nak jumpa En,. Syafizan namun malangnya beliau tiada. En. syafizan adalah yang bertanggung jawab menilai karya yang Aku hantar itu melalui email. Aku bergegas ke Alaf21. di situ memang aku niat nak jumpa RAM (Ramlee Awang Murshid), malangnya juga beliau tiada. agak hampa juga... aku ke meja penulis dan bertemu dengan En. Fadli, penulis muda berbakat- karya beliau ialah SAGA HORIZON. satu karya yang baik dan cukup menghiburkan. Aku beli karya tersebut tanpa berlengah dan dapatkan tandatangannya serta nombor HP.... Beliau memang tawarkan aku hantar karya kat Alaf21. Aku memang berminat dengan tawaran tersebut. namun aku kena selesaikan dulu dengan PTS dan KD masalah manuskrip SAM C1G1 aku itu.... setelah tu aku akan selesai Novel baru aku yang bertajuk SISTEM SEVEN yang pada mulanya aku nak khususkan untuk Sayembara Fiksyen Sains yang dianjurkan oleh Utusan. Akhirnya aku memiirkan semula. dan mereka cipta pula satu cerita lain untuk pertandingan tersebut. Insyallah...
Semalam juga aku bertemu dengan kawan lama masa sekolah rendah dulu. Maisol. kawan lama yang memang peramah. Sekarang beliau bertugas sebagai Guru di sekolah teknik di Perak. dan Akema kawan lama aku juga turut ke situ untuk berbincang pasal Bisnis USANA. syarikat baru yang muncul tahun lepas(2007) di Malaysia. Bisnis yang menarik dan maybe menguntungkan. Aku terangkan kepada kawan2 aku juga nanti pasal USANA ni ... Petangnya dalam jam 4.30 petang , aku bergegas balik setelah mengucapkan terima kasih kpd Akema. Dalam hujan aku berlari ke arah Stesen komuter Putra. Hjan lebat petang itu...Hmm... baguslah juga hujan ni, sekurang-kurangnya dosa dan noda Kuala Lumpur akan terhapus dari permukaan buminya yang sejak sekian lama ketandusan perkara-perkara baik dan maaruf... aku tunggu lama juga di celah-celah orang ramai yang berasak-asak di stesen itu.
Anyway... aku ada keje sikit nak buat.... nanti aku masuk balik.. cow dulu... Salam :)
JAM 8.30 MALAM. Hmmm... aha... aku masuk balik. Maklumlah keje macam aku ni memang kena duduk menghadap komputer je. So ada banyak masa aku curahkan di dada skrin komputer. mengarang dan menghamburkan karya-karya sains fiksyen aku yang semakin mengarut dari hari ke hari. Tadi aku ke bank untuk masukkan duit. Adik aku di UMS dah kelaparan sangat..takde duit katanya.. kesian adik aku sorang ni... maafkan abang dik.. abg ni bukannya banyak duit..belanja kat sini pun cukup2 makan je... . walau apapun abg akan korbankan juga duit tu untk adik yang abg sayang... demi masa depannya ... abg mahu adik lebih berjaya dari abang. Abg suka melihat adik2 abang ni semuanya lebih hebat dan lebih berguna dari abang.... Hmmm... Anyway, aku dapat idea baru ketika menunggang motor balik ke pejabat. Aku ingin mengarang cite baru. Cite tentang kapal angkasa dan makhluk angkasa yang pelbagai dan panet-planet misteri di alam raya yang luas tiada tepi ini. Aku cadang nak kirimnya ke Alaf21. Macam si Fadhli buat tu... aku cukup teruja dengan apa yang dicapainya sekarang. SAGA HORIZON membuat aku bersemangat untuk menyiapkan karya-karya aku pula... sambil menulis karya ... aku sempat la menulis sikit2 dalam blog ni.... malam ni macam biasalah klau time exam week. Balik pada jam 11 malam setiap malam. mengantuk bukan main... hihiiihii.. Namun sebagai pekerja berdedikasi dan bertanggung jawab... aku tetap berkhidmat demi kerana DIA yang Maha Kuasa.

2 ulasan:

fadli akiti berkata...

salam, saya sungguh berbesar hati mendapat tahu anda bukan sahaja peminat novel FS tetapi PENULIS novel FS, dan ya, saya serius untuk menunggu tulisan saudara. Saya rasa, tidak ada tips yang perlu saya beri melihat pada semangat, ilmu, konsisten dan tujuan saudara. Ini sahaja sudah cukup untuk menggerakkan saudara menulis sebuah 'masterpiece' untuk Alaf nanti.. saya percaya saudara boleh buat.. :)

Firdaus berkata...

Selamat memeriahkan dunia fiksyen sains Malaysia, saya nantikan karya saudara!

Firdaus Ariff - Sayap Adinila