SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM (1:2)

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH YANG ESA, DAN TIADA SEKUTU BAGINYA, TIADA ADA YANG DISEMBAH SELAIN ALLAH.

MUHAMMAD ITU RASULULLAH DAN PENUTUP NABI-NABI

SESUNGGUHNYA AKU ADALAH DARI KALANGAN MUSLIM (96 : 163)

DAN CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI SAKSI (48:28)

"WAHAI PEMELIHARAKU, AKU BERLINDUNG PADA ENGKAU DARIPADA CADANGAN-CADANGAN JAHAT SYAITAN-SYAITAN, DAN AKU BERLINDUNG PADA ENGKAU, WAHAI PEMELIHARAKU, DARIPADA MEREKA HADIR PADAKU." (23:97-98) “WAHAI PEMELIHARAKU, JIKA ENGKAU LIHATKAN KEPADAKU APA YANG MEREKA DIJANJIKAN, WAHAI PEMELIHARAKU, JANGANLAH ENGKAU LETAK AKU DI KALANGAN KAUM YANG ZALIM." (23:93-94)

..DAN ENGKAU SELAMATKANLAH AKU DARIPADA KAUM YANG ZALIM.” (66:11)

"AKU BERLINDUNG PADA PEMELIHARA YANG MEMBELAHKAN , DARIPADA KEJAHATAN APA YANG DIA CIPTA, DARIPADA KEJAHATAN KEGELAPAN APABILA IA GELAP, DARIPADA KEJAHATAN ORANG YANG MENIUP PADA IKATAN, DARIPADA KEJAHATAN PENDENGKI APABILA DIA DENGKI." (113:1-5)

"AKU BERLINDUNG PADA PEMELIHARA MANUSIA, RAJA MANUSIA, TUHAN MANUSIA, DARIPADA KEJAHATAN PEMBISIK YANG MENYELINAP, YANG MEMBISIKKAN DI DALAM DADA MANUSIA, DARIPADA JIN DAN MANUSIA." (114:1-5)

CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI WAKIL DAN PELINDUNGKU.(3:173)

TIADA KEKUATAN SELAIN KEKUATAN ALLAH YANG MAHA AGUNG

SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM. (1:2)

:

:
The Alien - Link Select

Isnin, 18 Februari 2008

TASBIH FATIMAH

APA ITU TASBIH FATIMAH ? Ramai yang mungkin tidak tahu tentang tasbih ini. Bagi mereka yang mengamalkannya pastilah tahu khasiat yang terkandung di dalamnya. Sebagai salah seorang yang mengaku muslim... aku menjadikannya salah satu bacaan rutin sebelum tidur. Alhamdulillah... semenjak aku mengamalkannya, aku tidak menemui sebarang rasa penat atau lenguh selepas bangun tidur. Aku rasa sentiasa bertenaga dan sihat. Untuk mengetahuinya... biarlah aku turunkan kepada sesiapa yang mahu beramal. Adapun Tasbih Fatimah adalah seperti berikut....
Subhanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali
dan dicukupkan menjadi 100 dengan kalimat ini..
"Laa ilahaa illallah wahdahu laa syariikalah lahul mulku walahul hamduh yuhyii wayuumiitu wahuwa alaa kulli sye'in qadir" - 1 kali
Demikian lah Tasbih Fatimah. Amalkan setiap malam. Ini merupakan salah satu daripada amalan rutin aku dan ada beberapa ayat lagi yang akan bakal menyusul. teruskan membaca blog aku ini pada masa kan datang.

2 ulasan:

Deqna berkata...

terima kasih kerana mengingatkan saya kepada Yang Maha Pencipta..

Darl Eqa berkata...

Nice info.. Insyallah akn Eqa amalkan (: