The Alien - Link Select

Rabu, 23 Januari 2008

HARI KHAMIS ???


Hari ni khamis... macam biasalah rutin harian aku... bangun sahur, untuk puasa hari Khamis... bagi aku puasa sunat pada hari ni adalah wajib... so takleh la tinggal... Minggu lepas sya demam.. so tak dapat nak puasa... Kena istighfar la juga 1000 kali sebagai ganti puasa yang tertinggal tu.... Hari ni alhamdulillah... dapat juga posa... pagi tadi .. lepas je subuh.. tak sedar tertidur masa layan DVD- cerita Rogue- Jet Li... lepas satu sedar je .. dah jam 9 pagi... Then layan lagi cite Unleasehed-Danny the dog ( jet Li ) Kiranya aku memang minat gile ngan pelakon juara wushu sedunia ni... Lepas klayan cite tu Aku bergegas mandi dan nak pi keje.... Biasalah shif malam... Mujurlah aku ni jenis yang rajin buang masa kat Library... so keje kat Library macam keje kat umah aku je... boleh dikatakan LIbrary adalah Rumah no.2 selepas rumah no.1 .. YAHOOOOOO!!!!...... Happynya aku keje kat Library!!! Tu yang bersyukur sangat BIG BOSS aku kat MIA tu tak bagi aku balik Markas. kalau tak, tentu banyak keje-misi khas yang buat aku aktif kembali akan diteruskan juga walau bahaya macammana pun. Sekarang ni, tangan aku dah rasa lemah sebab sudah lama tak pegang senjata. Mungkin aku akan terperangkap terus di sini sehinggalah mugkin BIG BOSS akan kasihan kat aku(Yee... itupun kalau dia jenis yang ada hati perut!) dan bagi aku balik Misi 301 tu... Dia memang teruk aa... 10 tahun aku duduk di bawah dia... dia boss yang paling teruk aku dapat ( Teruk aku kalau dia terbaca blog aku ni....) BOSS ! Kau tau tak!!! aku dah jadi lemah woooiiii!!! Cepatlah bagi aku balik MISI 301 tu!!! Walaubagaimana pun!! THANK YOU BOSS, SEBAB BAGI AKU KEJE KAT LIBRARY NI....

...Hari ni sampai je opis terus ngadap komputer... buka E mail dan post new untuk blog ni... oklaa... see ya petang karang!


Jam lebih kuang 2.30 pm... aku selesai susun buku... jenuh juga menyusun buku yang berterabur kat ats rak2 tu... bagai nak tercabut tulang belakang aku ni... kekadang pelajar2 ni bikin geram tau! Diorang ni biasa jelaa selerakkan buku... letak buku merata-rata, sorok buku ditempat yang tertentu dan akhirnya buat aku susah nak susun balik untuk memudahkan diorang cari buku tu balik... ada kalanya terfikir ga aku... BODOH agaknya diorang ni... belajar je tinggi2 tapi bodoh tahap kambing! Ha ha ha!
Aku teringat masa aku sekolah kat SMK SANZAC( http://www.sabah.edu.my/sanzac/ ) sembulan Kota Kinabalu dulu... fuh memang best... penah tgk lambang sekolah? tu kat atas tu.. tu lambangnya... Banyak kenagan aku kat sekolah tu... di situlah aku jumpa Rizal Johari, Norzesam, Bobby, Rahmat, Johan Tamat, Iskandar, Al-Hajah(Sepupu-hilang tanpa jejak), Salleh Imbin, Lastin Garatam, Robin Tampulan, Mohd. Asri, Sani Imal, Azranizam Dugoh, Khusaini tarawek(Polis kat Bukit aman dah sekarang),Asmawi, Azrianie Idrus, Felicia Jaikul (Metron), Cikgu Yaakub( Warden) ngan Cikgu Muhammad, Cikgu Kamal, Sir James Molijoh, Paling penting sekali aku jatuh cinta ngan cikgu B.M aku... Cikgu Maslina... hahahaha... kelakatr bila ingat balik.! Anyway SMK Sanzac adalah sekolah yang paling bermakna bagi aku... sehingga aku menggelarkan diri aku ZACK sempena nama SANZAC....(1992-1995)



Tiada ulasan: